Friday, February 18, 2011

Ular Oh Ular ….

Semalam ketika Patique sedang mengambil oksigen diperkarangan Istana baginda Matahari Terbit…seorang pekerja telah memanggil Patique dan bertanya adakah ini cacing atau ular??
Bagaikan Nujum Pak Belalang  maka Patique membelek belek haiwan yang tergedik gedik dilantai perkarangan Istana itu.  Tetiba kepala haiwan itu naik bagaikan ular ingin mematuk.. Setelah dipastikan oleh 2~3 orang pekerja…maka SAH lah haiwan itu ular.

Anak Ular Di Perkarangan Istana Baginda

Ular apakah itu ???  Tidaklah Patique ketahui kerana Patique tidak pernah mengambil sebarang kursus Zoology dan tidak pula pernah berkawan dengan mereka yang arif tentang reptilia ini seperti  Jeff Corwin, Donald Schultz, Mendiang Steve Erwin dan Dr. Brady Barr.

Anak ular ini telah dilepaskan kembali oleh pekerja Istana kedalam longkang…dan Patique kembali kekamar kerja Patique didalam Istana Baginda Matahari Terbit.

flickr.com
Sedang duduk melakukan tugas maka terfikir dikepala Patique…Jika ada anak nyer dimanakah ibu nyer????  Meremang bulu roma memikirkan nyer….
Harap harap si Ibu tidak pula mencari makan atau bersiar siar diperkarangan atau didalam Istana Baginda Matahari terbit ini….kerana jika ini berlaku maka gempar la para dayang dan pacal..ketakutan atau kegelian..maka sebarang kerja tidak dapat diselesaikan seperti dijadualkan.

Dari Patique Yang Komited Dengan Tugas di Istana

No comments:

Post a Comment