Friday, February 11, 2011

No More POI SUTE !!!

Apa itu POI SUTE???

POI SUTE  terdiri dari 2 perkataan  POI & SUTE…

  1. POI   … makna POYO…hehehehe..... Bukan lah…POI adalah cara pembuangan Toing Toing !!!!
  1. SUTE …adalah dari perkataan SUTERU …bermakna buang

Jadi POI SUTE tu membawa makna Toing Toing Buang !!!!

Kenapa Patique membawa topik ini…Ini adalah kerana jika korang perasan..setiap kali diperjalanan mesti ada yang membuang sampah keluar tingkap kereta/Lori/Bas…
Especially puntung rokok….Diaorang ingat ader kuli nak tolong kutip sampah diaorang kat tengah jalan tu.
Kalau ader pekerja sekali pun…bukannyer pekerja pekerja ini bekerja 24/7 kat tempat tu.
alibaba.com
Adalah lebih baik kalau puntung rokok tu dibuang dalam portable ashtray yang boleh dibeli kat kedai RM2. Bukan mahal pun…beli rokok RM10 boleh…takkan beli portable ashtray tak boleh….bukan sekali pakai…berkali kali boleh pakai.  Itu baru puntung rokok…belum lagi yang buang tin minuman….bungkusan cikedis….Itu pasal lah jalan raya kat negeri Patique nie penuh dengan sampah ditepi jalan…


Ada satu pengalaman Patique ketika melalui lebuhraya dr Kajang ker Semenyih…
faqs.org
Kereta Proton Wira biru  [ nombor plat tak ingat la pulak ] ….selamba BADAK jer buang sepelastik kulit rambutan  …menggagau kereta belakang mengelak…. termasuklah kereta Patique….Ini lah…kalau otak kat buntut…..menyusahkan pengguna lain…..
Agaknyer klau boleh melantak durian dalam kereta tu …buang kulit durian kat luar tingkap…Cuba kalau sampah tu di simpan dalam beg plastik dan buang kat tong sampah di Petrol pam ker..di kedai ker..atau dimana mana..yang ader tong sampah.
Bukan susah pun…benda yang mudah dipraktikkan…itu pun tak boleh ker ??????

Kepada Pemandu dan Penumpang …Buang la sikap.. POI SUTE tu….kerana ia menyusahkan orang lain….korang ingat bagus ker buat perangai macam tu…kalau ramai masih bersikap macam nie…takkan ader Negeri kita ini bersih…
Kita cuma melakukan sedikit perubahan dalam sikap yang akan membawa perubahan besar kepada sekeliling kita…Marilah Patique merayu kepada ANDA semua melakukan perubahan sikap untuk kesejahteraan semua.

NO MORE POI SUTE  !!!!!!

No comments:

Post a Comment