Wednesday, August 24, 2011

Hari ke 24



Hari ini masuk hari ke 24 Ramadhan …kira nya hanya tinggal 5 hari jer berpuasa…Lepas nie memasing tumbuh baliklah tanduk kat kepala dan ekor tak belakang.
Bukan puasa yang Patique ingin nyatakan disini..Cuma Ramadhan kali ini agak mudah berbanding tahun tahun yang lepas…Selalunya pada waktu waktu begini adalah waktu peak dimana....Patique akan pulang paling awal 7.15 pm….kiranya tiba dirumah orang sudah berbuka…dan Patique terpaksa berbuka di dalam kenderaan.
Tetapi pada tahun ini..setelah masuk 24 Ramadhan…..belum pernah lagi Patique berbuka dalam kenderaan….Syukurrrrrr!!!....Sempat lagi Patique singgah santai membeli juadah berbuka di pasar pasar ramadhan…. Kiranya dalam kepala setiap petang terpikir nak gie pasar ramadhan yang mana.....dan semestinya lah bersama Pembesar Berdarah Maharaja.
Kiranya Ramadhan kali ini memang agak menyeronokkan…Harapan patique perkara ini berterusan sehingga berakhirnya Ramadhan dan dapat menyambut hari raya paling panjang dalam sejarah kerja Patique.

Sekian….

***** Masih berusaha mencari keberkatan hiduuuppppppp ******

Monday, August 22, 2011

Nyanyuk ke aper???


Pepagi tadi ada meeting di Istana Matahari Terbit kerana baginda baru sahaja pulang dari kampung halamannya. Meeting dilakukan kerana jualan yang amat amat rendah pada bulan ini kira kira hanya 30 ~ 40 % peratus dari jualan yang normal.
So dikatakanlah yang rakyat tanahair Patique ini tidak memikirkan jika Istana mengalami masalah jualan yang rendah..bagaimana untuk menguruskan dayang dan dayung.  Bukan tidak memikirkannya cuma jika proposal dilakukan…katalah rakyat tanahair Patique nie pemalas…suka jer…kalau bab bab cuti atau pendekkan masa nie.
So the best way berdiam diri jer…jangan bagi idea…Sbab any idea dari kami rakyat marhein nie akan dikira mengarut.
So Baginda pun melakukan satu guideline….Maka Baginda bertitah…Kata nya agar Dayang & Dayung masuk kerja pada jam 8.15am dan pulang pada 4.15 pm. Kira satu jam pulang awal…..Bagi kami hulubalang dan pembesar waktu hanya sama sahaja…tiada perubahan.  Bagi shift kedua bermula dari jam 1.00 pm hingga ker jan 9.00 pm.
Jadi apa nak lagi..waktu dah dipendekan dan pada hari minggu ini maka semua dayang dan dayung yang beragama Islam tidak perlu datang bekerja untuk menggantikan cuti.
Maka mungkin hanya ditolak dari cuti tahunan mereka.
Pada jam 3 tadi maka.Pembesar Berdarah Maharaja ingin mengumumkan tentang waktu tersebut…tetapi baginda tetiba MURKA…katanya tiada information yang mengatakan pengumuman akan dilakukan pada hari ini…..Walhal pagi tadi sudah diberitahu yang akan diadakan pengumuman pada jam 3 dan cop mohor Baginda sudah diperolehi…Pastu nak inform apa lagi ….Nyanyuk ker apa???? Patique pun tak faham….perkara perkara macam nie lah yang buat pagi selalu hangin satu badan……Yang berusaha buat kerja nielah yang asyik dimarahi….yand sekor lagi Pembesar tu..ntah hilang kemana dari jam 11.30am hingga ker 4.15 pm …batang hidung pun tak nampak ..Kami nie jer lah yang menadah telinga…Dia ntah buat apa bertebaran diluar tu.
Tapi tulah …cakap pun masih perkara yang sama yang berlaku…Bilalah Istana Baginda nie nak berubah ke corak pemerintahan baru dimana dari Pembesar hingga ke Pencacai dilayan sama rata.

XTVT Hujung Minggu


Pada hari Sabtu yang lepas Patique telah dijemput untuk berbuka puasa di suatu kawasan jajahan negeri Patique ini. Maka setelah usai menjalankan tugas di Istana Baginda Matahari Terbit. Maka Patique pun bergegas pulang dan membawa teman sejiwa juga buah hati Patique untuk membeli belah bagi menyambut Hari Eid. Niat hanya untuk membeli kasut buah hati Patique sahaja tetapi punya lah susah untuk dicari dari satu kawasan ke satu kawasan…Kira dari Shah Alam ke Subang lepas tu ke Puchong.
Tetapi Patique tidak mengalah kerana Patique tidak hingin perjalanan dan niat untuk membeli belah persiapan Hari Eid  ini menjadi sia sia.  Maka setelah usai berbuka puasa maka dalam jam 8.30 pm …Patique bersama teman sejiwa dan buah hati bergegas ke Pusat membeli belah menara berkembar di ibukota.  Tiba jam telah menunjukan 9.40 pm..maka dengan segera Patique masuk ke toko jualan dari matahari terbit itu.
Tengah sibuk dan kalut memilih kasut buah hati ..section telah ditutup …dan kaunter pembayaran juga telah ditutup…kira nya I was the last customer yang ader kat dalam tu….dan kesian kira 5 orang pekerja terpaksa menunggu untuk sorang last minute customer dan pujian terhadap bro yang mencari kasut buah hati Patique walaupun section dah tutup tetap tersenyum mencari kasut di inventory.  Bagaimanapun ….apa yang hendak dibeli tetap diperolehi…suatu hari yang amat memenatkan.
Pada hujung minggu pula…memandangkan pembantu pulang ke kampung halaman..maka urusan dirumah terpaksalah disandang oleh Patique dan Teman Sejiwa.
Dalam jam 4.00 pm..Maka Patique dan teman sejiwa serta buah hati pergi ke pasar ramadhan di TTDI ..tetapi nasib tidak menyebelahi..hari hujan dan parking tarak…..So bergegas ke Kota Damansara …Nasib baik hujan tak turun…Setelah usai ke Pasar Ramadhan ..menyinggah pula ke Rumah Sakit Sg. Buluh…kerana saudara tercinta terlibat dengan kemalangan pada 4 hari lepas. Tiba dirumah Patique kira kira hanya ada 10 minit untuk persedian berbuka. Anyway…tetap dapat berbuka dengan gumbira….huhuhu.

Tuesday, August 9, 2011

Bengang !!


Seperti dijangkakan…rupa rupanya Baginda  Matahari Terbit berangkat pulang ke negeri halamannya pada malam ini hingga bila tidak diketahui.
Baginda berangkat keluar dari Istana dalam jam 11.00 am dan Pembesar Pulau Kalungga pula berangkat keluar makan kot? Pada jam 11.30 am …dan hingga kini ketika jam menunjukan waktu 4.15 pm…masih belum pulang ke Istana…..Ini lah yang membuat Para pembesar lain, Panglima, Hulubalang dan dayang dayung tidak berpuas hati….Padahal ketika ketiadaan Baginda di Istana ….segala urusan Istana perlu di sandang oleh Pembesar Pulau Kalungga..Kalau tidak masakan perlu dibayar kadar upah yang berganda ganda tingginya…jika tidak mahu membuat tugasan letak sahaja jawatan.
Selalunya dan kebiasaannya..Jika Baginda tiada di Istana maka Pembesar Pulau Kalungga mengambil kesempatan tiada di Istana..segala urusan Istana diuruskan oleh Pembesar Berdarah Maharaja…dahlah kadar upar separuh dari Pembesar Pulau Kalungga tetapi tanggungjawab mencecah dua kali ganda kerana adernye Pembesar yang pandai memanupulasikan pembesar lain.
Masing masing kini memedam marah didalam jiwa..untuk dilepaskan…tetapi selagi Baginda berkuasa di Istana…..selagi itulah pembesar Pulau Kalungga ini akan terus sesuka hati keluar masuk Istana macam BAPAK dia yang punya…..Lepas tu bila sampai di Istana komplen itu dan ini kekononnya buat kerja ….MENYAMPAH, MELUAT.& MEMEME apa apa lagi bersarang dihati Patique nie.
Tapi nak buat camner..Patique sekadar hulubalang jer di Istana….diambil tombak dan keris dari Patique hilanglah kuasa….Yang boleh dilakukan bersabar…kerana Patique percaya suatu hari nanti Istana akan terbalik dan waktu itu…Pembesar Pulau Kalungga akan tahu tinggi rendahnya dunia. …HAHAHAHAHA ( Ketawa jahat )


Monday, August 8, 2011

Cuti Raya…


Pagi tadi Patique masuk lambat ke Istana…kerana menghantar ayahanda Patique ke Hospital untuk  pemeriksaan matanya.  Tiba di Istana Matahari Terbit…jam telah menunjukan 12.45 pm dan berita terhangat ialah berkenaan cuti raya……Macam biasa setiap tahun kalau bab bab cuti nie…memang amat menyeksakan…..Yang Patique dengar telah diberi 2 options….


Option 1 :
            
              Bercuti dari 29 hb Aug ke 02 Sept ( dari Isnin ke Jumaat ) tetapi kena hadir kerja pada 28 hb Aug dan 04 hb Sep ( Ahad ) sebagai replace cuti pada 29 Aug dan 02 Sep. Bagi Patique tiada masalah..kerana hari apa pun Patique bekerja kadar upah totaaaappppp samo jer. Pada 03 Sep ( Sabtu ) waktu kerja biasa.
Tetapi kesian pada mereka yang dikira 2X kadar upah jika bekerja di hari Ahad…..Sepatutnya replace untuk satu Ahad sahaja kerana ia dibayar 2X …tetapi apakan daya..kalau dah dasar komunis tu tetap komunis.

Option 2 :

            Cuti pada 30hb Aug, 31hb Aug dan 01 Sep ...mengikut calendar dan tiada pengambilan cuti tahun sebelum dan selepas yang dibenarkan…Jika mengambil cuti  pada sebelum atau selepas… Maka gaji akan di potong seperti dibawah:
 
             1. Pembesar                        1000 hengget /sehari
             2. Panglima/Hulubalang        500 hengget /sehari
             3. Ketua Dayang /Dayung     300 hengget /sehari
             4. Para Dayang/Dayung       Unpay leave

Ini tidak temasuk BONUS yang akan dipotong pada hujung tahun ini jika mengambil cuti seperti diatas.

Conclusionnya…ikut kata Patique….Kalau pembesar Pulau Kalungga nak cuti berapa hari cutiiiiiiiiii laaaahhhhh tanpa potongan sebab pandai putarrrrr alam….Kalau Pembesar Berdarah Maharaja ….KEMUNGKINAN akan dipotong seperti diatas + bernanah telinga dengar tarbiah Baginda.  Panglima/Hulubalang dan Ketua Dayang/Dayung pulak SURE = PASTI  tindakan diatas kan diambil + tarbiah + kaunseling paksa berjam jam oleh Baginda.
So you have NO ACTUAL OPTION….Every OPTION you’ll loose…anyway just choose the most suitable even it will not fit you 100 %.  As long you are working with this DAMN Istana Matahari Terbit ini …selagi itulah..kena bersabar walaupun sebenarnya tahap kesabaran tu nak menipis.


****** Tengah beristifar banyak banyak sambil hidung kembang kempis menahan  amarah & gelora dijiwa *******


Saturday, August 6, 2011

Baginda Bertitah lagi

Seperti biasa lah dipagi Sabtu nie..baginda memang suka jer bertitah pepanjang….Dah lah waktu kerja yang singkat…Bila dah bertitah menjela panjang nyer…waktu kerja semakinlah singkat…Ini yang membuat tak berapa nak productive di hari Sabtu nie.
Satu kata kata yang Patique nak emphasize kan disini ialah “ Personnel control is very difficult..That’s why Beta really strict on it ”….Jawapan Patique ialah PIIIRRAAAAHHHHH  !!!!!  Yang diberi tugas tu pun  tak leh nak contol personal dia….Lagi mahu jaga personal orang lain….ada ka ???
Kenapa Patique cakap begini…hari hari …keluar rehat pukul 11.30 am…..pulang rehat sesuka hati …paling cepat..pukul 1.30 am….Dah kira 2 jam rehat tu…blum lagi pas tu pukul 3.00 pm plak kuar sampai pukul 4.30 pm…then balik pukul 5.15 pm.
Nah ini baru satu personal control yang tak leh control…..Lepas tu cuti sesuka hati….ader makcik masuk spital..lah…ader sedara sakitlah…ader sepupu meninggallah…. Kekadang sampai 2 ~ 3 hari cuti…..yang kami nie..kalu sedara meninggal pun..pergilah separuh hari masuk opis balik pas tu…..penat ker apa ker pendam jer…Itu blum lagi nak pergi beribadat sampai mencecah seminggu lebih…..Pas tu ader hati nak gi buat tetiap tahun lak tu…Kata nak gi menghilangkan dosa….
Patique nak beritahu yang bila lu pi beribadat tu buat lebih banyak dosa dari biasa sbab ..ramai jer memaki ..dari belakang….Ialah orang lain nak gak buat pergi mendekati tuhan mereka..itu pun kena tegur…Bila lu…Boleh jer..pergi..sampai seminggu lebih…Blum lagi nak bertapa di GUA pelancongan tu…makan sehari dua….Hmm…
tu yang buat pekerja pekerja disini meluat bila. ..yang men ‘control’ tu sibuk nak berceramah padahal  kain dah koyak rabak tak leh nak tampung…sibuk nak cerita pasal kain orang yang koyak.
Nie yang Patique MELUUAATTTT nak dengar …Tapi apakan daya….Umpama melaung kegaung…..Laung lah…beribu kali pun….yang kedengaran ulang ulangan jer…tapi tiada perubahan.

Friday, August 5, 2011

Pasar Ramadhan

Hari nie masuk hari ke 5 Ramadhan.  Syukur 4 hari Ramadhan telah selamat ditunai.
Seperti tetahun yang lepas…Bila bermula Ramadhan ..maka bermulalah Pasar Ramadhan di pelbagai kawasan. Kira seperti cendawan tumbuh selepas hujan…..
Hari pertama Ramadhan…Patique bersama Pembesar Berdarah Maharaja singgah ke Pasar Ramadhan di Taman Ehsan…Waduhh waduhh…..Orang punya la ramai ..bersesak sesak hinggakan nak tengok makanan pun susah…yang nampak orang jerrr lalu lalang…
Seperti  Ramadhan yang lalu…maka di first Ramadhan nie..Patique nak lah..menjamah murtabak dan roti jala…..Maka setelah berhimpit himpit digerai murtabak..dapat murtabak yang diidamkan…roti jala lak…hmmm nasib baik dapat last stock….
Hari kedua Ramadhan ..Patique singgah di Sebelah Stadium Selayang….Besar lebih kurang dengan Pasar Ramadhan Taman Ehsan…Tapi food variation is more than Taman Ehsan.   Hari kedua Patique membeli…Popia Basah, Sata dan Dim Sum….Seronok tak terkata kerana dapat menikmati Dim sum ketika berbuka puasa….Bayangkan dengan 9 hengget dapat 16 biji…kira semua dapat makan dengan puas…Hari ketiga singgah membeli di Pasar Ramdadhan Rawang bersebelahan bangunan MPS tu…Peniaga ramai..tetapi kawasan agak sempit menyebabkan sukar untuk membeli makanan dan tak der pulak makanan yang betul betul menangkap kalbu makan ku….Patique membeli murtabak dan kuih tepung pelita. .. Hari keempat…Maka singgahlah Patique bersama Pembesar Berdarah Maharaja ke Pasar bersebelahan Stadium Selayang…Dahl ah hujan..lepas tu tiada Pasar Ramadhan kerana hari khamis adalah hari pasar malam…agak mengecewakan ..kerana tak banyak pilihan untuk juadah berbuka….Jadi Patique hanya membeli sata dan air soya sejuk…..hari nie nak kemana pula yer……Bukan apa nak pergi tempat tempat lain…dahlah petang hujan selalu….jadi agak terbatas untuk menyinggah di pasar pasar ramadhan yang lain….
Teringin nak pergi ke Pasar Ramadhan Taman Tun ….Jalan meow meow…( Jln Kuching ) ..tetapi dengan masa yang terbatas dan kesesakan lalulintas yang agak kronik…Patique lupakan sahaja niat dihati.

Jari Jari Ku


♪♪Jari jari ku hilang semua kerna bermain mercun harammm♪♭♪…..♪♪Tapi nak buat macam mana sbab nafsuku tak leh tahan……♪♭♪. ( Nyanyi  rentak ala ala lagu Jari jari ku sakit semua kerna bekerja siang dan malam……. ). Semalam baru hari keempat Ramadhan dah ader 2 orang yang putus jari kerana bermain mercun. Mangsa pertama ketika pembukaan Ramadhan berumur 20 tahun dan mangsa kedua setelah masuk 3 Ramadhan berumur 19 tahun.  Menjadi persoalannya budaya kitakah bermain mercun ini…..Setahu Patique budaya bermain mercun ini adalah dibawa oleh masyarakat Cina untuk menakut nakutkan hantu dengan membuat bising……Tapi bagi budaya masyarakat kita …budaya ini sepatutnya tidak wujud dan menjadi ikut ikutan dari budaya lain….Mana ader hantu setan di bulan Mubarak nie…bukan semuanya telah diikat kerrr….Cuma kalau nak halau pun hantu setan kepala hitam jer…huhuhu….Jika dilihat mangsa putus jari jemari ini adalah semuanya dah habis sekolah…Tapi tak tau lah kan sekolah tahap apa….Setiap tahun dah disebar senasional mangsa mangsa yang cukup sifatnya tetiba dah jadi tak cukup sifat disebabkan suka bermain mercun ini.  Zaman Patique kekecik dulu pun dah ader pelbagai mercun.. Seingat Patique sekadar bermain bunga api yang guna batang besi tu….lepas habis terbakar..celup dalam air…Pas tu ader satu lagi bunga api yang keluar banyak asap bila terbakar tu…..Tapi bila dah besar skit rasanya dah tak main dah sebab dikatakan melanggar undang undang…..mercu mercun yang meletup letup tu seingat Patique tak pernah main…apakan lagi meriam buluh yang membingitkan tu.
Tahun ini tak tahulah ader ker idak mangsa meriam buluh atau paip nie….yerlah seingat Patique setiap tahun ader jerrr…yang hilang anggota badannya …angkara bermain mercun dan meriam nie.
Rasa rasanya ader tak kita dengar mangsa mercun atau bunga api ketika Chinese New Year ataupun Deepavali…..Yang selalu kita dengar ketika hari raya jer….Patique pun tak paham … Kaum negeri Patique nie yang memang kalau mengikut budaya orang tu dia yang nombor satu….Contohnya kalau nak menjadi Mat/Minah Salleh tu…dia melebihi Mat / Minah Salleh Ori….. Rambut lebih karat dari biasa, mata lebih biru dari laut, pakaian lebih seksa dari apa yer???....Tapi kulit kalau dah tahap sawo tu…sawo gak ler….. Ialah perkara yang hendak disampaikan ialah….klau nak amik budaya tu…amik yang elok yang molek….mana yang tak berkenaan tu takyah leh nak ceduk gak masukkan dalam budaya kita….

***** Diasah Oleh Budaya Timur *****