Jumaat lepas pagi pagi lagi membuat hati Patique PANAS!!!!!
Kedudukan patique di dalam Istana Baginda Matahari Terbit nie tidak la tinggi…cuma
ala ala Hulubalang jer…berkorban masa dan tenaga sepenuhnyer mencari rezeki meneruskan kehidupan.
Pada Isnin lepas…ader la seorang ketua dayang nie…yang mempunyai semangat juang yang tinggi..tetapi semangat tu telah disalah guna oleh yang empunya badan.
Disebab asyik melanggar tatasusila Istana ini maka tindakan telah diambil oleh pembesar pembesar di sini.
Disebabkan tidak dapat menerima tindakan itu…maka ketua dayang pun meminta untuk berehat selama sepurnama lamanyer.
Akan tetapi semalam tindakan yang dilakukan para pembesar telah disangkal oleh Tuan Baginda Istana Matahari Terbit.
Patique sebagai ala ala hulubalang nie….hanya mendengar dan absorb all the words into my mind. Selang tidak berapa lama…maka naik la seorang Ketua Dayang lain menangis nangis….kerana mulut dibawa oleh Tuan Baginda Istana Matahari Terbit.
Patique menjadi mushkil kerana ..tadi mentarbiah pembesar pembesar punya la berapi api…kira sampai rentung para pembesar nie…..lepas tu tuan Baginda Matahari Terbit pula melakukan perkara yang sama. Apa cerita ??????????????
Maka Patique yang telah mengabsorb kata kata Tuan Baginda tadi…mula membuka mulut…menegur dengan cara yang baik…mengikut budaya timur negara Patique….
Bak kata pepatah menarik rambut dalam tepung …Rambut Jangan Putus….Tepung Jangan Berserak…
Tetapi bagi manusia yang beraja dikepala dan bertakhta dihati nie…sukar menerima teguran…walaupun acapkali…memberi statement..yang rakyat negara depa nie….kira saling menghormati dan seringkali mengaku kesilapan….
Ini la yang dikata kan lidah bercabang….Cakap lain Buat Lain….kat Para pembesar nasihat lain…kat para dayang dan pencacai…belit lain……
Sudah dasar penipu tu penipu jugak….Ini bukan kali pertama….sudah berkali kali berlaku.
Maka semalam ketika menegur..maka terjadinyer peperangan mulut….dengan darah Hulubalang nie…maka Patique…keluarkan statement statement yang pernah Tuan Baginda sampaikan…..Disebabkan pertengkaran berlaku didalam language negara Baginda..maka ternganga la. Para pembesar tidak faham dan konfius….
Pada Tuan Baginda Istana Matahari Terbit , Ingatlah Bumi ini bumi Patique dan rakyat jelata yang Tuan Baginda selalu perbodohkan ….Tuan Baginda hanya menumpang…jadi tolong hormati rakyat negara patique…Jangan Tuan Baginda membuat onar disini. Dibumi ini ada cara mengatasi masalah….bukan semua nya..yang ader di bumi Tuan Baginda boleh diadaptasi disini. Jangan smapai rakyat di Istana Matahari Terbit nie bangkit memberontak…..waktu tu Patique tak jamin Tuan Baginda boleh memperbaiki keadaan.
Patique rasa bukan Patique seorang yang hadapai masalah ini…..ramai lagi yang senasib dengan Patique diluar sana .
***** Kata kata dari Patique..Ini dunia kita…kita menentukannye..mana yang elok dari negeri luar perlu diadaptasi..mana yang buruk campak jauh jauh…untuk kemajuan pemikiran rakyat negara ini.





