Dari semalam hingga ke hari ini Baginda tak henti henti mengamuk...
Apalah bala yang datang nie.....Patique dah siap boring mendengar leteran leteran...perkara perkara yang boleh diselesaikan di peringkat pembesar sahaja...
Bermula dari seawal pagi....Patique dipanggil ke bilik Pembesar Pulau Kalungga kerana ader pergaduhan diantara 2 orang dayang di shift malam. Selalu ajer jika melibatkan Autarian pasti akan berlaku isu besar. Walhal dikatakan kedua orang dayang ini dulu amat baiklah hubungannyer dan tak tahu kenapa...akhirnya tercetus perang saudara....hingga membawa ketempat kerja. Adakah macam nie....personal is personal lah....Bila kat Istana buat jerlah kerja...cam biasa....Tulah waktu baik dulu..orang kata jangan berbual pun...korang pergi berbual....Ini orang instruct suruh check pun korang tak nak pergi sebab tak baik...pemikiran macam budak budak ..tak profesional langsung.
Dah semua hulubalang, ketua dayang, penolong ketua dayang & pembesar pembesar dipanggil. Apa dia nie???/ Perkara camnie pun nak kena panggil segala ker???/
Stressssss!!!!!!!!!!! Betullah....
Tak habis dengan itu pada jam 11 pagi lebih kurang.....Rasanya Memanda Menteri Bumi Matahari yang mulut tempayan kot ...mereport pada Baginda ..mengatakan timbang di bahagian penghantaran telah diseret ke setor untuk digunakan....Baginda pun pergi ke bahagian penghantaran...memeriksa timbang dan timbang itu telah rosak..Maka murka lagilah Baginda...memacam dikatakan....hinggakan Para pembesar pun dimarahi kerana tiada tindakan diambil...Walhal..timbang tu tidak sesuai untuk menimbang kotak kotak recycle yang berat ya amat itu...dan arahan dari Pembesar Pulau Kalungga yang menyuruh agar timbang itu digunakan....Tak pasal pasal Ketua Dayang di bahagian penghantaran kena maki hamun.....Patique pun terbabit sama untuk menyampaikan pesanan....Stresssss!!!! LAGI......Then Ketua Dayang pun memberitahu Patique yang bila perkara itu berlaku Pembesar pembesar buat muka tak tahu jer.......Walhal kerosakan tersebut telah diberitahu dihari sebelumnya......Dari atas pun kena ..dari Bawah pun kena...Stresssssss!!!!! lagi & lagi. Setelah rehat tengahari yang Patique CUMA dapat 15 min sahaja.....Lebih kurang jam 2 petang.....guard post yang baru telah tiba.....Maka Patique memberitahu Pembesar Berdarah Maharaja berkenaan perkara tersebut...kerana Patique pun tidak tahu dimana guard post lama ingin diganti dengan guard post baru.
Ketika itu Baginda diminta untuk mengalihkan kereta nya...Maka baginda pun turun kebawah...maka berlaku lagi kemurkaan....Dimana Baginda memarahi Pembesar Berdarah Maharaja kerana tidak memikir langkah langakah perancangan untuk tukar ganti...Kerana guard post yang lama diletakkan di sebelah gusard post baru...dan siapa yang ingin mengangkat dan membuang guard post yang uzur itu.....Walhal perkara perkara itu di uruskan oleh Pembesar Pulau Kalungga ...dan seperti biasalah...Pembesar Berdarah Maharaja...tersepit menerima habuan...Dah Baginda berjumpa Patique bising bising...itu tak kena ini tak kena...sampaikan apa yang baginda ingin sampaikan kepada kedua orang Pembesar tersebut. Bertambah lagi Stressssss !!!!!!!!!!!!
Jam 3 lebih...Memanda Menteri memanggil Patique untuk menghadiri mesyuarat..kerana ader kesilapan label di bahagian penghantaran....Adoiiii...kalau sampai ketelinga baginda ini...maka memekak lagilah jawabnya...siapa check?? siapa follow up???...kenapa??? Apa???? Bagaimana???? ...Syukur ketika itu Baginda sudah pulang...Cuma Stresssss berhadapan dengan Memanda Menteri yang bebal pulak...sbab tak paham paham proses.
Ingatkan hari ini....sudah selesai segalanya......pagi pagi jam 7.50 pagi seorang hulubalang berjumpa dengan Patique...Katanya pagi tagi dia dimarahi Baginda kerana tidak mencukur jambangnya...Sebenar pada minggu lepas hulubalang ini telah ditegur kerana tidak mencukur jambangnya...dan biasalah golongan Autarian ini jenis berbulu lebat...kiranya cepat jerlah..nak jadi beruang....Pembesar Berdarah Maharaja pernah menegur sebelum itu...dan dikatakan dia tengah bersembayang..dan diharamkan mencukur apa apa bulu dibadan selama 40 hari. Baginda berkata .... pihak Istana tidak membenarkan para pekerja JANTAN nya untuk menyimpan jambang...misai dan sedikit janggut masih boleh dimaafkan....tetapi lebih baik jika dicukur licin setiap hari.
Dahnya hulubalang tersebut telah menerima 2 surat amaran berkenaan perkara tersebut dan Baginda bertitah ..katanya..jika hendak memilih agama hingga perlu tukar imej perlu keluar dari Istana dan mencari kerja lain.......Pihak Istana tidak ader kena mengena dengan agama. Kesihan melihat hulubalang tersebut....Tapi Patique pun tidak dapat berbuat apa apa...kerana Patique pun tak tahu adakah wajib melakukannya atau tidak...kerana agama yang dianuti berlainan. Cuma yang Patique pegang adalah Jangan Menghina Agama orang lain..kerana ditakuti Meraka akan menghina agama Patique.
Dah bertambah satu lagi Stresss!!!! hari ini........Stress semalam pun tak selesai lagi nak ditambahkan dengan yang baru.... Lepas nie tahu apa lagi yang ingin dimemekakkan...oleh Baginda.....STRESSSSSSSS!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
********* Aaarrrggghhhhhhhhh***********