Saturday, July 30, 2011

Attendance

Hari ini dalam 20 orang yang bercuti kerana pelbagai alasan…. Hingga bila perlu begini…Baginda hari ini bertitah memakan masa hampir sejam setengah memarahi ketua ketua dayang..kerana tidak menjaga kedatangan anak anak buah mereka….tetapi Patique tahu..pelbagai telah dilakukan…sebelum ini ader yang memarahi anak buah mereka kerana kerap cuti..tetapi end up Ketua ketua dayang ini dimarahi kembali ..konon nya cara memarahi tidak betul…kiranya wrong method  and there was no approachment in giving advice.  Malas Patique nak cakap..bila ditegur..jawapan STANDARD dah cakap dengan Pembesar Pulau Kalungga..Bila ditanya..URUSAN PERIBADI….lama lama semuanya berperangai atas URUSAN PERIBABI adalah ….Mungkin kesat kedengaran..tetapi inilah hakikatnya…yang cuti orang yang sama…yang datang lambat pun orang yang sama….Pernah berlaku didepan Patique dimana Baginda menegur peratus kedatangan mereka nie…dan adalah sekor dua selamba Piglet jerrr….sengih sengih…lentok kiri kanan….macam takder apa pun…..sbab apa boleh bersikap macam tu….Sebab dah ader behind agenda…diantara mereka…I don’t know whether it is good or bad agenda….tapi kalau dah boleh buat muka selamba cam tak bersalah tu….kiranya dah kamcing ler…kan….Tu yang membuat ketua ketua dayang nie malas dah nak tegur mereka mereka yang banyak sangat URUSAN PERIBABI nie…. Pembesar pun sama jer…Dalam seminggu waktu kerja cuma ader leh   20 jam….yang selebih 28 jam tu ntah kemana menghilang…banyak juga urusannya….Tu sapa yang nak jawab….sapa yang nak tegur….semua di pass jerr…kat pencacai untuk buat…Bila nak buat keputusan bulu ketiak pun tak nampak…macammana kerja nak effisyen….kalau KETUA pun sama jer…
Pastu nak tegur tegur orang…..HAMPEH…
Banyak lagi yang nak dperkatakan..tetapi nak buat camner bukan Patique yang berkuasa…kalau Patique yang berkuasa dah lama dah memasing Patique Pecat Potong Kepara….Yang boleh buat hanya Pandang , Dengar dan Sabar

Friday, July 29, 2011

Harimau Malaya & Singa Temasek

Semalam Patique duduk berdepan TV kerana adernyer semangat untuk menonton perlawanan bola sepak diantara Harimau Malaya & Singa Temasek ini.  Waktu perlawanan pertama dahulu di bumi Temasik …Harimau Malaya terpaksa menerima 5 berbalas 3 gol.  Semalam keputusan hanya seri 1 berbalas 1 gol.  Dari pandangan Patique yang kureeeng arif nie…Corak permainan tidaklah begitu memberansangkan….Ternyata pasukan Singa temasek melengah lengahkan masa…sejak dari awal permainan….tetapi kenapa pasukan Harimau Malaya pun terikut ikut jadi slow….Walaupun rata rata menyatakan berpuashati dengan corak permainan Harimau Malaya ini….tetapi bagi Patique masih banyak kekurangannya….Ini baru berdepan dengan squad Singa Temasek ..bagaimana jika berdepan dengan squad Kimuchi Kobis Putih and squad Sashimi Maguro yang ternyata sering layak ke World Cup.  Pada Patique squad Kimuchi Kobis Putih dan squad Sashimi Maguro ini kira masih baru dalam sejarah berbanding squad Harimau Malaya. Waktu dahulu squad Harimau Malaya adalah satu squad yang agak disegani seantaro dunia dengan nama nama gah dipersada dunia bola sepak tempatan. Tetapi setelah sedekad dua….kegagahan squad menurun…..Dalam 15 tahun lampau di bumi Matahari Terbit ..bola sepak baru dipopularkan….ketika patique berada disana ..ramai yang menganggap penduduk dari tanahair Patique mampu bermain bola sepak dengan bagus….tetapi kini kita lihatlah sendiri kebanyakan pemain squad Sashimi maguro nie ..bermain di liga liga dunia…bersama team team yang mempunyai nama besar..hinggakan budak tak khatan lagi pun tau nama nama team tersebut disebabkan selalu menjadi sebutan kepada peminat peminat tegar dunia bola sepak.
Walau apa pun squad Harimau Malaya nie nampak banyak kemajuannya…lebih dibanggakan dibawah bimbingan jurulatih tempatan.
Cuma sedikit terkilan ialah segelintir penyokong yang bermain main laser menganggu tumpuan pemain pemain . Tak payahlah kalau negeri kita menang pun akibat gangguan gangguan laser ini….pemain sudah main dengan baik…penyokong juga Patique berharap dalam menjadi penyokong yang bermoral.
Apa pun Selamat Maju Jaya kepada Pasukan Squad Harimau Malaya…..

Thursday, July 28, 2011

Hari Yang Memenatkan..

Semalam bermula dari jam 9.30 am Patique menghadiri mesyuarat Para Pembesar. Mesyuarat dihadiri oleh Baginda Matahari Terbit, Pembesar Pulau Kalungga, Pembesar Berdarah Maharaja, Memanda Menteri, Pembesar dari Negeri Matahari Terbit dan Pembesar dari Istana Kewangan. Mesyuarat berlangsung menjangkau ke jam 12.00pm dan masih belum selesai….ketika itu Patique dan Memanda Menteri terpaksa mengundur diri…kerana terdapat satu lagi perjumpaan di Bumi Bunga Orkid  pada jam 1.40pm.
Perut telah terasa lapar..ketika melalui lebuhraya North South ..singgahlah Patique ke kawasan rehat jejantas….nasib tak baik…tutuplah pulak..kerana ader kerja kerja pembersihan…maka kami meneruskan perjalanan …ketika tiba dipersimpangan ke Bandara di Bumi Bunga Orkid tu…jalan sesak tidak bergerak kerana dengarnya ader kemalangan berlaku. Maka Patique pun mengambil lencongan ke jalan lain….kerana masa semakin suntuk…. diperjalan maka Patique singgahlah di sebuah petrol station nasional untuk grab a sandwich dan coffee sebagai pengalas perut. Perjumpaan berjalan dengan lancar dan amat membosankan…speaker cakap tak tau kemana..voice projection very bad….Content tak tau apa kebenda. Setelah usai perjumpaan seperti biasa ader ler..tea time…Masa tu Patiue belasah sandwich 4 keping dan currypuff sebiji…punya la lapar. Keluar dari tempat perjumpaan jam telah menunjukan hampir jam 4.00 pm.
Seperti dirancang Memanda Menteri pulang menaiki kenderaan Istana..dan Patique menuju kekedai camera …untuk menservey lensa idaman. End up I bought Macro & Wide Angle converter…bleh la…dari nak beli lensa yang harga mencecah 2400 hengget tu. Buat masa nie bersabar jer la dengan converter nie yang jauh jauh jauh lebih murah..hehehe.  Setelah menghabiskan masa di Toko Camera ..maka pada jam 6.00 pm ..Patique pun berangkat pulang … meredah kesesakan lalu lintas ke teratak Patique.
Pada jam 7.00pm selamat tiba ker teratak dan terus bersiap untuk pulang ke kampung…Tepat jam 7.20 pm….bergerak kekampung dan tiba pada jam 8.00 pm…setelah menyelesaikan  tanggungjawab …keluar untuk membeli makanan kerana Bonda terchenta…tidak mengasapkan dapur…maka tiada apa untuk santapan malam.
Tiba di teratak Bonda jam telah menunjukan jam 9.00 pm dan usai menikmati santapan malam jam menunjukan jam 10.00 pm…dan Patique melelapkan mata jam telah lepas jam 11.00 pm. Suatu hari yang agak memenatkan…….

Tuesday, July 26, 2011

Cuci kereta

Tengahari tadi Patique keluar untuk membayar maintenance rumah Patique dan berdekatan ader tempat Wash&Run….Pelikkan..Wash then Run without pay…hahahaha
Anyway Patique pun singgah untuk mencuci kenderaan Patique. Tahap cucian kira BOLEHLAH…Jika dibandingkan dengan tempat berdekatan teratak Patique ..dimana
bahagian dalam ader yang tak dilap oleh abang abang Bangle kat teratak Patique tu.
Anyway yang Patique bengangnya..ialah…ketika bayar dia charge 14 hengget…mak oii…kete Patique kalau nak banding ngan kete Waja sebelah tu lebih kurang sama jer…keta waja tu Patique lihat bayar 8 hengget … Kenapa kereta Patique kena 14 hengget...... ini nak naik hangin nie….Pas tu Patique bagilah note merah 2 keping…dia tanya 4 hengget tak der ker…Patique jawab takder ader sehengget jer…Pas tu boleh mulut abang kalungga nie berdecit  lak….hek elehhhhh…Aku nie customer…Ko tu buat service cuci kereta…janganlah bersikap kureeeenggg sopaaaan…..Sapa suruh ko charge sampai 14 hengget…kalau charge 10 hengget sah sah tak yah cari change dia…Selalunya Patique cuci kena 10 hengget jer….sbab walaupun bertaraf MPV bukannya standard ALPHARD atau ESTIMA…



kalau standard camtu ko nak charge sampai 20 hengget pun depa tak heran….klau Patique bawak VIVA …ko charge 8 hennget gak apa??? Sama cam WAJA …kenapa tak charge 5 hengget…..Tu la..kalau nak untung tu lelebih lak….Lebih mau kurang tara mau…
Yang pastinya…lepas nie Patique tak pergi dah tempat cuci kereta nie lagi….
Sesuai ngan namanya WASH & RUN….Nampaknya 1st time wash after that run and never came back…hahahahaha.

**** Nak buka car wash “ Keep Returning Car Wash” ******

Puasa…

Seperti biasa dalam perjalanan ke Istana Matahari Terbit , Patique pasti akan mendengar radio kegemaran Patique. Topic diperbincangkan pagi tadi adalah denda RM3K dan penjara pada mereka yang ditangkap melantak di public.  Pada pandangan Patique lah..kalau denda RM10K sekali pun….tapi masih terdapat pintu belakang luas terbuka untuk kedai makan…maka berduyun duyun lah….jantan jantan yang uzur masuk untuk mentedarah.  Thorough enforcement shall be done to prevent all  Muslim to eat during daytime. 
Pihak berkuasa perlu menjalankan tugas dari kedai ke kedai….semak ke belukar…Include bar & lounge….Sbab mereka yang dogol & degil nie…pasti akan mencari tempat untuk mentedarah.  Memang prevention cannot be done 100% but it may decrease the quantity. Itu tak termasuk akak akak yang katanya uzur..tetapi haraaam tak der apa pun…melantak sesuka hati jerrr…
Bagi Patique buatlah apa cara sekalipun …pasti perkara diatas sukar dibendung kerana asasnya ialah kesedaran untuk beramal…..Itu yang perlu di ketengahkan dulu…..pastinya mengambil masa tetapi dari 1 orang ke 2 orang….dari 2 ke 4 orang ….dari 4 orang ke 8 orang….dan seterusnya.  Ini tidak cerita cerita membina iman nie ke ban kerana tak suka dengan pengajar dikatakan ada lencongan fahaman. Tapi kalau bab bab menyanyi nie dah nak naik meluat nak tonton…..tak kiralah adik adik, abang kakak dan terbaru pakcik makcik pun nak masuk pertandingan menyanyi gak…..cecukupla tu umur memasing dah masuk petang nak kesenja…ada hati nak melalak di TV supaya senasional mendengar….
Walau apapun  meminjam kekata penceramah motivasi …. Fikir fikirkan & Selamat Beramal.


***** Lepas Nie Adik Adik Susah Lah Nak Belajar Mengaji Lagi …*****

Monday, July 25, 2011

Minah Rempit…

Perkara nie berlaku ketika dalam minggu lepas ketika Patique dan buah hati Patique pulang dari menonton Harry Potter …..Masa disatu selekoh  berhampiran dengan rumah Patique tu ader la dua ekor minah nie ( ekor sebab tak der OTAK)…selamba CIPAN jer…potong masuk simpang dari kiri kat selekoh tu…..Kira terkezut gorilla la..Patique ..bukan apa…kereta baru beeebbbb….Kalau kereta lama dulu mau jer..Patique tekan accelerator skit jer…sah tergolek ANJING minah minah tu…..Dah lah tak pakai topi keledar….lesen ntah ader ntah kan idak…dah tu nak suicide lak depan kereta Patique….Nie yang buat Patique baran nie……
Dah tau nak masuk simpang tu…pergi la belah kanan….nie dari belah kiri cilok tak hengat…masuk simpang…..kalau tergolek depan Patique waktu tu…sah sah Patique bukak tingkap …cakap PADAN MUKA KORANG……Biar berparut muka betis segala…Dah lah tak cuuunnn…bertambahlah ketidak keCUNan korang tu….…..itu pun nak merempit tak hengat dunia…
Walau apa pun….Patique ingat enforcement perlu dilakukan didalam kawasan perumahan Patique tu…Biar kurang skit….Mamat & Minah rempit nie.


Klau Tak der OTAK tu camtulah jadi nyerr  

Camera…

Pepagi lagi Baginda Matahari Terbit singgah ke meja Patique….Ingatkan apa yang hendak disampaikannya…rupa rupanya nak beritahu yang Baginda memiliki camera baru terbaik dunia bagi exchangeable lens compact camera…jenama seperti dijangkakan Leica made in Germany.
Beriya iya menunjuk camera barunya kepada Patique…Tapi seperti biasa Patique tak ler menunjukkan kejakunan Patique…hehehehe…kira biasa biasa jer….

Pada pendapat Patique …camera tu mempunyai lens yang baik….Display yang juga baik 18 megapixel…yang paling Patique suka ialah bentuk cameranya yang classic tetapi mempunyai ciri ciri digital camera yang canggih….even the speed shutter di control oleh dial button yang dimana selalunya dial button ini untuk setting method pengambilan gambar…samada landscape, portrait, macro…Av,Tv or manual. Kelemahan nya ynag  Patique perasan..camera ni agak berat …lebih berat dari DSLR.  In term of function Patique pun tak pasti rasanya untuk A &  Manual  from ISO 160 ~ ISO 2500 but additional pull option  to ISO 80.
Shutter speed for Auto 32s to 1/4000s and kalau manual 8s to 1/4000s ....longest exposure time is 240s tak tau la..camner nak setting...tak sempat nak godek...sbab Baginda sibuk..nak pegang camera dia...huhuhu.
Focal length.pun tak sompek nak godek gak....

Anyway I must admit…if compare to GF-2 Lumix…under exchangeable lens compact camera..
I’ll choose Leica M-9….Ala ala M16 lak…huhuhu.
Rasa the function is not much different but the classicness appreance tu agak catchy pada Patique. Walau apapun…DSLR still my 1st choice…sbab the function banyak and lens variation pun banyak.


****** Still saving for Ultra Wide Angle Lens EF-S-10-22 F/3.5-4.5 USM ******

Friday, July 22, 2011

Kalungga tu Kalungga Gak La…

Pagi tadi ader seorang Penolong Ketua Dayang di tegur kerana selalu tidak berada di stesen kerjanya….Maka Penolong Ketua Dayang Kalungga ini telah pergi mengadu kepada Pembesar Pulau Kalungga dan fakta teguran diputar belitkan…ketika itu Baginda Matahari Terbit berada dibilik Pembesar Pulau Kalungga …Maka panjanglah cerita..menjadi hampir sejam perbincangan dilakukan.  Besar sangat ker Penolong Ketua Dayang  tu…sampai tak leh ditegur….Alasan Penolong Ketua Dayang Kalungga ini adalah….Kalau nak marah pun …kenapa nak marah depan orang ramai…Kira jatuhlah air muka …Ceh!!!
Nie Patique nak cakap…Ko tu dah lah cuti punya lah banyak…mengalah cuti cuti Malaya…kerja pun tak berapa nak bagus…section ko banyak buat silap….tapi tak der improvement pun….lepas tu dah lah selalu tak berada kat stesen kerja… macammana…nak improve….Tu pasallah…Kepala Dayang tegur Ko….Bukan masalah tegur sebab benci ker apa…sbab kerja jer….tak masuk pun hal hal poribody ko puuuunnnn….Itu pun nak buat drama…DRAMA QUEEN sungguh……
Tu lah…kalau dah Kalungga tu Kalungga gak….selama Patique berada 7 tahun kat sini…perkara yang nyata ialah….Kalungga nie…suka mengadu domba….lepas tu bila ditegur menyimpan dendam…pasal kerja bleh bawak bergaduh sampai keluar….Kat tempat kerja…boleh mengayam ketupat……beratus sarung…cerita pasal dalam kain orang ….klau bertengkar…bukan setakat pekerja jer….Mak Bapak..Atuk Nenek ..Sedara Mara..Pasangan semua masuk campur…..Semua nak datang ke Istana konon nak mencari keadilan….. PONINNNGGGG….PONINNNGGGG!!!!....
Korang nie tak tau ker…antara tugas dan peribadi….Peribadi cerita lah kat luar…Takyah ko nak angkut sekampung..datang Istana….Lagipun Istana nie bukannya Mahkamah ker…Rumah Kebajikan ker atau Pusat Kaunselor…..pembesar pembesar kat sini ader banyak kerja lain lagi nak buat…dari menyelesaikan masalah korang yang remeh temeh tu….
Patique rasa pihak Istana kena keluarkan polisi baru dimana perkara PORIBODI sampai nak angkut sekampung TIDAK DIBENARKAN dibawa ke Istana….kalau perkara ini berlaku…pekerja terbabit boleh di PECAT…diulangi DIPECAT….masa tu kot..baru berkurang masalah masalah diatas.
Tu lah kalau sifat sifat tu dah ader dalam darah daging…….memang tak leh nak ubah….
Biar diberi peluang  Mengadu Domba segunung Kinabalu pun…….Pastinya tak cukup sbab nak segunung Everest pulak.

**** Bukan bersikap racist tapi inilah kenyataannya kerana Patique tiada masalah dengan racial hanya agama menjadi perbezaan *****

Tabiat..

Kalau dah tabiat suka  menonggang tu ..pastinya akan menonggang.
Memanda Menteri minggu lepas telah diberi amaran kerana berbau arak ketika datang ke Istana Matahari Terbit ini.  Baginda telah bertitah jika tertangkap lagi bau arak ketika berada di Istana …maka Memanda Menteri akan dipecat.  Memanda Menteri memohon maaf dan berjanji untuk memberi selama seminggu untuk berubah….dan selama seminggu lepas tiada bau arak yang terpalit pada Memanda Menteri.  Pada dua hari lepas Memanda Menteri berlepas ke Kota Temasik atas urusan kerja….dan semalam ketika pulang dari Kota Temasik ..Memanda Menteri singgah sebentar ke Istana Baginda … tetapi Patique tiada terhidu bau arak pada Memanda Menteri…..tetapi pagi tadi ketika Baginda  Istana Matahari Terbit ingin mengajak Memanda Menteri untuk bersantap…bau arak amat kuat pada Memanda Menteri…Maka murkalah Baginda Matahari Terbit…..dan dengarnya surat amaran telah dikeluarkan.
Dengarnya agak teruk Memanda Menteri dimarahi didepan pengawal pengawal Istana….Berita yang Patique terima pun dari pengawal Istana yang bercerita.
Bagi Patique ..Memanda Menteri nak minum sebarrel arak sekalipun tak menjadi masalah…SELAGI tidak menyusahkan pekerja pekerja Istana Matahari Terbit ini…..
Ini tidak..akibat menonggang arak terlalu banyak…nafas dah berbau nafas NAGA…lepas tu lain yang dicakap…lain pulak yang difahaminya..Mungkin kerana banyak urat kat kepala OTAK Memanda Menteri yang putus…tu yang selalu konpius tu… Waktu meeting pun selalu berlaku…Bila penerangan diberi…tetiba jer topic atau fakta berubah…lepas tu katalah yang kami nie memberi maklumat yang salah…Memanda Menteri sebenarnya…otak tak compute…MENYUSAHKAN orang sahaja.
Sudah beberapa kali perkara ini berlaku…sudah beberapa kali Patique sia sia jer kena marah kata cakap tak betul….Yang tak betulnya kepala otak Memanda Menteri…Orang cakap 50 Ko cakap 100…Orang cakap dah PERGI …..  Ko cakap dah BALIK….Macamana nak betul…kalau kepala OTAK tu WENG!!!! jer memanjang….Kerja pun  tak berapa nak betul…satu issue nak berulang bincang sampai 10 kali sbab tak paham paham….mengalahkan meeting Budget Negara…Ini  Baginda Matahari Terbit masih memberi peluang ntah keberapa kali kepada Memanda Menteri…..Nampaknya sampai bila lah Memanda Menteri Ngok Ngek nie nak berapa di Bumi tercinta Patique nie…Adanya Memanda Menteri nie bukan membawa kemajuan kepada rakyat negeri ini…tetapi membawa petaka nampaknya. ….Hmmmmmm

***** Menghitung Hari Agar Segera Dihantar Pulang ******

Tuesday, July 19, 2011

Lagi Best !!!!



Semalam pada jam 6.00 pm...lagi Best Patique selamat di delivered.
Anyway compare to my MYVI lama there were not so many different.... only
the body, panel and stereo...But feel a bit pick up from the old one.
Anyway still grateful driving my Ozzy Orange MYVI for the last 6 years.
Thanks WNJ XXXX.......




***** Keep Singing ♪♪Lagi best Woo Oo!! Oo!! ♪♪Lagi best Woo Oo!! Oo!!♪♪ *****

Monday, July 18, 2011

Lembabbbbb…

Baru baru ini Patique ader membeli sebuah kenderaan baru..Dan seperti biasa kenderaan baru ini..perlulah menunggu and I awared about it..Setelah 10 hari menunggu…Maka Salesman telah menelefon Patique yang kenderaan yang Patique ingini itu telah tiba…ia berlaku pada hari rabu yang lepas…

Maka ketika agreement signing…Patique pun memberitahu jika ikut pengiraan Patique yang kenderaan Patique boleh keluar pada hari Jumaat.  Salesman menyatakan jika tiada masalah hari Jumaat boleh keluar..kalau tak pada hari Ahad nanti Patique akan mendapat kenderaan Patique. Maka hari Jumaat lepas Patique pun menelefon Salesman tersebut dan kata nya runner dia belum pulang…and around 5.00 pm he told me that the runner not be able to get the document…and I don’t know what kind of document that need to be settled.
This morning around 10.00 am I called the Salesman to reconfirm whether I’ll be able to get my car at 12.00 noon. He told  that his runner just went to JPJ this morning to get the document…I wonder what did his runner do last Friday…Susah sangat ker nak dapat nombor kenderaan kat JPJ tu…bukankah everything is online nowadays.  I don’t know the one he mean runner..is really running or walking. It is better he call him his walker…kalau nak ikutkan cara kerja yang slooowwwwww.

Why did I call him slow…Last year I bought a new car also not a local brand…and still had to wait for 7 days. Then on the 11.00 am the Salesman called me and inform that the car had arrive and his runner is going to JPJ to get the number. So I told him that I need the car that evening at 7.00 pm. Even he was not sure that his runner will be able to arrive before that…but he’s done his best…by calling the runner to get  the number..prepared the number plate ..and wallah!!!…at 7.00 pm I obtained my new car…and I’ll be able to surprise my sweetheart at home.

But this time is tollay different..the runner is so sloooowwwww…the Salesman does not have creativity to prepared the car earlier…everything have to be waited…When I asked whether it possible to get by noon…he just told me …depend to his runner…just want to scream....the runner is working for you…and you’re the Boss..and make a customer happy is a part of the job…So why don’t you pick the damn telephone and make a call …pushing him to be faster and creative how to settle the document ealier. I just wondering how easy they work…everything will be someone fault and never be your fault…kalau macam nie..payahlah…If your runner is the KING of ANAKONDA …..the customer have to wait days just to get their car..because the Saleman does not monitoring and does not have proper plan when the car can be delivered.
 
Anyway…this is my 2nd time buying the same brand car and received suck service…Even it from different branch. Cuma this time slightly better than last time.
So macamanalah nak maju….kalau terus terusan macam nie….

********* Ingat nak bantu jenama tempatan....Even the barang bagus sekali pun..Tapi tahap service HAUKKK ...tak leh nak maju gak ***********

Thursday, July 14, 2011

Lagi Best……


♪♪♪Lagi best wo! o! o!!!♭♪  Lagi best wo! o! o!!!♪♪  Lagi best wo! o! o!!!
Nantikan kemunculannya…. Hati patique asyik mengalunkan lagu nie sajer…
Ader makna ker????? heheheheh

***** Lepas nie lagu apa lagi nak nyanyi yer *****


Takut..

Last week I just discovered that my permata hati will get scare when watching this CM.
CM nie just about choc jer….but the main character in it tu yang buat dia orang takut.
Actually character tu about hulubalang zaman pemerintahan melayu dulu…dan dibawa oleh penyanyi, composer juga pelakon yang terkenal tu.


Bila CM nie keluar jer…dia orang mesti lari jauh dari TV….So sekarang nie…bila dia orang pergi jauh…Patique and buah hati Patique akan jerit nama pelakon tu…bleh????
Hehehe ..nak buat camner..dah dia orang takut dengan pelakon nie…So we just use his name to scare them….hahahahaha.. Sorry yer…pinjam nama ….Most of the time …bila nak takut bebudak…Orang akan kata momok, lipas and cicak…But we will call M……
For time being ia berkesan..tapi sampai bila tak tau la…..

***** Kena cari nama baru..untuk takutkan mereka in the future *****

Wednesday, July 6, 2011

Anak sapa la punya nie…..

Sewaktu Patique pulang membeli belah dari satu shopping complex berdekatan Istana Baginda bersama teman sejiwa Patique…we spotted a used diaper atas tangga menuju ke parking.
Inilah dia…kalau nak kata tak berapa bijak nanti marah…..Tapi buat perkara perkara yang budusss…adakah bekas kencing & berak anak pun buang sesuka hati jer…..
Bukan takde tong sampah…cubalah buang kedalam tong sampah kan senang,….tak der sapa yang nak jadi mak bapak korang punya balaci kutip diaper terpakai tu.
Tu lah kan..pemimpin bagai nak keluar anak tekak …menyatakan Negeri Patique nak jadi negara maju….Tapi sekadar facial jer yang nampak maju…jiwa dan pemikiran HAZAAABBBBB……tak maju langsung.
Cubalah ader kesedaran sivik …kat sekolah tak belajar ker??? Bukankah ader kelas moral & sivik ???/ Sbab masa Patique sekolah dulu ader subject nie…tak tahu la pulak klau sekarang nie ..subject nie dah dimansuhkan…..Kalau mansuh sekali pun bukankah semua agama mengajar erti kebersihan, jangan menyusahkan orang dan jangan pentingkan diri.
Ini tidak lepas tembolok sendiri sudah…orang lain dia punya pasal….kalau terus terusan berpikiran begini….Biar pun pemimpin melaungkan negara maju sampai terkeluar usus kecil besar sekali pun…pastinya status maju dari segi pemikiran itu takkan tercapai sekadar maju pada facial sahaja.


***** Gamaknya diaper tu nak kena asap kemeyan kot…..baru nak mak bapak baby tu nak berubah… yakkkk!!!  *******

Tuesday, July 5, 2011

Kesinambungan Ujian

Pada Sabtu yang lepas setelah ujian berakhir..maka Patique pun segera meminta diri untuk pulang kerana ada urusan yang perlu dilaksanakan.
Semalam baru Patique tahu cerita sebenar dimana Baginda telah memanggil seluruh penolong ketua & ketua dayang/dayung dan bertitah sehingga 2 jam lamanya. Syukur Patique tiada disitu ketika kejadian kalau tidak mahu jadi 3 jam pulak. Then semalam Baginda telah memanggil seorang Ketua Dayung ini kerana keputusan ujian yang teruk dan pengiraan yang salah…dimana Baginda dan pembesar Berdarah Maharaja telah menjadi guru matematik selama 2 jam untuk mengajar Ketua Dayung tersebut. Patique pun tak sangka begitu slooowww sekali ketua Dayung dalam pengiraan….bukannya melibatkan kuasa atau pengkamilan…Cuma simple calculation campur tolak darab bahagi jer….Berita ini disampaikan sendiri oleh Pembesar Berdarah Maharaja setelah usai kami berexcercise digym.  Pembesar Berdarah Maharaja juga bimbang dengan tahap matematik Ketua Dayung yang rendah ini. Bagi Patique NO COMMENT…sbab nak komen pun malas…ini semua pilihan Baginda  bukan pilihan Patique…Baginda ynag beriya iya untuk menaikkan Ketua Dayung ini..padahal there are more capable persons that able to do better.
Setelah Ketua Dayung berada dibilik Pembesar Pulau Kalungga ..maka Baginda pun bertitah..tetapi introduction tidak tepat menyebabkan Ketua Dayung mengamuk dan mengambil keputusan untuk berhenti kerja….Kira suatu tindakan yang drastic…mendengar perkataan yang keluar dari mulut Ketua Dayung ini…maka Baginda telah sedikit terkedu dan mengubah strategi titahannya….dan keadaan dapat dikawal…tetapi I was stranded almost 1 ½  hour kat dalam bilik tu…Adoiiii…buang masa jer….
Ingakan cerita sudah selesai…rupa rupa nya…masih ader sambungan….Pagi tadi Ketua Dayung dipanggil kembali kebilik Pembesar Pulau Kalungga  dan Pembesar Pulau Kalungga awal awal sudah cabut keluar…adakah macam tu…..Ini yang buat Patique hanginnn satu badan nie….
Kali ini Baginda memberi nasihat dan bertitah secara baik….maka Ketua Dayung pun kiranya dapat menerima titahan Baginda itu….
Patique tahu bukan kerana Baginda murka kerana gagal ujian yang membuat Ketua Dayung mengamuk…Cuma amukan itu adalah kerana Baginda mengungkit dan jika berlaku pada Patique pun …Patique akan mengamuk….Kalau dah buat baik ..tak yah mengungkit…Bukannya Ketua Dayung itu merosakkan Istana..Cuma gagal dalam ujian…dan ia perlu diperbaiki…Jika perbincangan hanya berkisar tentang ujian dan tanggungjawab Ketua Dayung sahaja ..Patique yakin amukan tidak berlaku…Ini cerita zaman TOK KADUK pun nak ungkit kembali….payahlah..sampai bila nak maju kehadapan.
Anyway harap cerita ini sudah selesai dan esok bermula hari yang baru . Semoga tiada lagi cerita berbangkit….


***  Ucapan terima kasih kepada tetamu yang hadir ke majlis makan tengahari pada hari minggu yang lepas ****

Ujian Jawatan

Pepagi pada 01 Jul setelah Baginda menikmati juadah sarapan paginya…Maka Baginda memanggil Patique untuk mengumpulkan para penolong and ketua dayang. Titahnya akan diadakan ujian jawatan para penolong dan ketua dayang ini untuk memastikan mereka faham untuk melaksanakan tugas berdasarkan polisi polisi Istana, polisi Baginda dan matlamat Istana.
Jadi namapaknya para penolong dan ketua dayang ini tidak senang duduklah mengulang kaji …kertas kertas seminar yang lepas kerana bagi mereka yang tidak lulus akan diREHATkan dari jawatan buat sementara waktu..sebagai waktu RECHARGE katanya.
Tiada jawatan bermakna tiada elaun jawatan…gaji pun tinggal sikit….So diharap para penolong dan ketua dayang ini perlu berusaha mengulangkaji pelajaran agar tiada yang keciciran.

Bila ujian dilakukan…tidak diketahui..mungkin esok, lusa dan seterusnya.

***** Nak soalan bocor ???...Kena Tanya Patique..Tapi perlu ada pengerasnya..huhuhu****