Friday, July 22, 2011

Tabiat..

Kalau dah tabiat suka  menonggang tu ..pastinya akan menonggang.
Memanda Menteri minggu lepas telah diberi amaran kerana berbau arak ketika datang ke Istana Matahari Terbit ini.  Baginda telah bertitah jika tertangkap lagi bau arak ketika berada di Istana …maka Memanda Menteri akan dipecat.  Memanda Menteri memohon maaf dan berjanji untuk memberi selama seminggu untuk berubah….dan selama seminggu lepas tiada bau arak yang terpalit pada Memanda Menteri.  Pada dua hari lepas Memanda Menteri berlepas ke Kota Temasik atas urusan kerja….dan semalam ketika pulang dari Kota Temasik ..Memanda Menteri singgah sebentar ke Istana Baginda … tetapi Patique tiada terhidu bau arak pada Memanda Menteri…..tetapi pagi tadi ketika Baginda  Istana Matahari Terbit ingin mengajak Memanda Menteri untuk bersantap…bau arak amat kuat pada Memanda Menteri…Maka murkalah Baginda Matahari Terbit…..dan dengarnya surat amaran telah dikeluarkan.
Dengarnya agak teruk Memanda Menteri dimarahi didepan pengawal pengawal Istana….Berita yang Patique terima pun dari pengawal Istana yang bercerita.
Bagi Patique ..Memanda Menteri nak minum sebarrel arak sekalipun tak menjadi masalah…SELAGI tidak menyusahkan pekerja pekerja Istana Matahari Terbit ini…..
Ini tidak..akibat menonggang arak terlalu banyak…nafas dah berbau nafas NAGA…lepas tu lain yang dicakap…lain pulak yang difahaminya..Mungkin kerana banyak urat kat kepala OTAK Memanda Menteri yang putus…tu yang selalu konpius tu… Waktu meeting pun selalu berlaku…Bila penerangan diberi…tetiba jer topic atau fakta berubah…lepas tu katalah yang kami nie memberi maklumat yang salah…Memanda Menteri sebenarnya…otak tak compute…MENYUSAHKAN orang sahaja.
Sudah beberapa kali perkara ini berlaku…sudah beberapa kali Patique sia sia jer kena marah kata cakap tak betul….Yang tak betulnya kepala otak Memanda Menteri…Orang cakap 50 Ko cakap 100…Orang cakap dah PERGI …..  Ko cakap dah BALIK….Macamana nak betul…kalau kepala OTAK tu WENG!!!! jer memanjang….Kerja pun  tak berapa nak betul…satu issue nak berulang bincang sampai 10 kali sbab tak paham paham….mengalahkan meeting Budget Negara…Ini  Baginda Matahari Terbit masih memberi peluang ntah keberapa kali kepada Memanda Menteri…..Nampaknya sampai bila lah Memanda Menteri Ngok Ngek nie nak berapa di Bumi tercinta Patique nie…Adanya Memanda Menteri nie bukan membawa kemajuan kepada rakyat negeri ini…tetapi membawa petaka nampaknya. ….Hmmmmmm

***** Menghitung Hari Agar Segera Dihantar Pulang ******

No comments:

Post a Comment