Kenapa la…hari ini Patique menjadi bengang sesangat dengan Baginda Istana Matahari terbit nie….
Kisahnya begini….dengarnya setelah Negeri Matahari Terbit dilanda gempa dan tsunami maka banyak la pembekal yang terkandas untuk mengeluarka produk mereka. Baginda Matahari Terbit adalah seorang kerabat di Negeri Gajah Putih…Dengarnya kerabat Baginda disana sedang mengalami masalah mencari satu part nie untuk produk mereka….dan jika tiada maka tidak berjalankan para pekerja di Istana kerana tiada kerja yang boleh dilakukan.
Maka Baginda telah mengarah Temenggung Istana Matahari Terbit untuk mencari jika ada pembekal di Malaysia yang boleh membekal part yang diperlukan itu. Maka Temenggung pun berusaha mencari di laman sesawang dan menghubungi jika ada part berkenaan.
Hari ini Baginda mengeluarkan lagi satu arahan …Titah Baginda dijalankan oleh Temenggung ..maka Temenggung meminta bantuan Patique untuk menghubungi syarikat berkenaan. Patique pun menghubungi syarikat itu dan menanyakan tentang part berkenaan dan baru Patique tahu yang syarikat berkenaan bukannya pembekal..tetapi pengguna part berkenaan….Baginda ingin membeli stock yang ada pada syarikat itu….
Ini yang buat Patique konpius…Patique nie bekerja di Istana Matahari Terbit…bukan nya di Istana Kerabat Baginda di Negeri Gajah Putih itu…dan part yang diminta pun Patique tak tahu untuk apa….tetiba nak beli stock orang….
Kerabat Baginda di Negeri Gajah Putih tu takde ker pekerja nya sendiri…untuk berhubung dengan wakil syarikat berkenaan…..Orang orang di Istana Kerabat Baginda Negeri Gajah Putih tu tak tahukah nak guna laman sesawang….kenapa KAMI di Istana Matahari Terbit ini kena lakukan TUGAS yang bukan dalam skop kami….dan sesuatu yang KAMI tidak tahu…
Baru jer Baginda bertitah..megatakan personal tidak boleh di campur aduk dengan hal di Istana…tetapi nampaknya ader kekecualian bila perkara itu melibatkan Kerabat Baginda…. Tolooooongggggg la…..Jangan la jadi KETAM ….mengajar anak jalan terus ..tetapi dia jalan menyenget……
Makin lama terasa macam orang BODOH jer…buat kerja yang tiada kena mengena…
Janganlah…sebab Baginda nakkan nama harum semerbak melur di luar…maka di taji kami yang bekerja di Istana untuk melakukan sesuatu di luar bidang kami.
**** Patique Yang Konpius *****





















