![]() |
| pbs.org |
Semalam ketika usai makan malam bersama keluarga tercinta...Ayahanda Patique mengeluarkan satu topic yang membuat dia ketawa ketika mendengarnya dari seorang rakan beliau. Rakan Ayahanda Patique mengeluarkan kenyataan bawa peperangan membawa kemajuan......hahahaha.....Apalah tinggi sangat pemikiran si rakan ayahanda ini.
Jika setelah menjadi padang jarak padang tekukur sesebuah negara atau tempat itu akan lebih buruk dari bencana Gunung Merapi...rasanya tiada lagi kemajuan...
Ya mungkin setelah usai peperangan ..maka ada pembangunan ..tetapi tidak boleh dipanggil kemajuan...kerana pembangunan itu akan membangun kembali ketakuk sebelum perang...bukan lebih dari itu. Tak tau lah kemajuan yang dimaksudkan itu ...jika sebelum perang bangunan tertinggi disuatu tempat itu 120 tingkat dan selepas perang naik jadi 150 tingkat. Jika itu yang dipanggil kemajuan Patique nak bagitau Pakcik silap...kerana itu bukan kemajuan namanya...itu menuju kemunduran negara...kerana selepas perang negara akan jatuh miskin..dan untuk membina atau membangunkan kembali negara kebentuk asal memerlukan perbelanjaan yang banyak. Pastinya untuk membina sesebuah bangunan memakan jutaan atau billion . Jadi dimana dana pembangunan akan datang..kalau tidak meminjam...maka jika besar pinjaman sesebuah negara...sebenarnya makin mundurlah rakyat...kerana beban hutang akan ditanggung oleh rakyat secara tidak langsung.
Pakcik kemajuan bukan berdasarkan pembangunan sahaja....kemajuan juga melibatkan pemikiran...kemajuan dalam pemikiran lebih diiktiraf dari kemajuan pembangunan.
![]() |
| Add caption |
Jika peperanagn membawa kemajuan...Itu adalah kemajuan teknologi untuk menghancurkan manusia. Kemajuan itu hanya hak milik negara yang MEMBEDIL sebagai ujikaji teknologi mereka.....tetapi negara yang DIBEDIL menuju kemunduran kerana hancur menjadi GUINEA PIG.
![]() |
| wallpaperbase.com |
Patique bersyukur hidup dinegeri Patique ini kerana masih aman untuk pergi mencari rezeki di Istana Baginda Matahari Terbit setiap hari....tidur nyenyak setiap malam...dan masih mampu untuk makan dan minum.....walaupun ia tidak sempurna 100% tetapi Patique masih bersyukur. Cuma Patique rasa tidak boleh kita terus berpuashati dengan keadaan ini dan perubahan dan usaha kearah lebih baik perlu dilakukan dari masa ke semasa.
![]() |
| newsphiles.org |
PEACE NO WAR !!!!




No comments:
Post a Comment