Thursday, March 3, 2011

Kaki Tonggang !! Kaki Botol !!


Semalam setelah pulang dari Istana Baginda Matahari Terbit....Patique singgah untuk mengeluarkan wang upah Patique di tempat simpanan wang. Setelah memakir kuda Patique maka perlu berjalan dikaki lima.

Berdekatan dengan pusat simpanan wang ada sebuah kedai Nepal dimana minuman keras dijual secara terbuka. Itu Patique masih lagi bersabar...tetapi setiap kali melalui kaki lima itu mesti ada yang menonggang disana dan dalam keadaan mabuk tidak kira warga Nepal atau tempatan.

Semalam ketika Patique melalui kaki lima berkenaan ..ader 4 orang sedang asyik menonggang berkongsi Wiski jika tidak silap Patique..kerana ia dituang ke dalam cawan dan dicampur dengan air mineral.  Patique amat marah semalam kerana mereka ini menganggu pejalan pejalan yang menggunakan kali lima tersebut termasuk Patique.
Ketika patique melalui kali lima tersebut...salah seorang dari mereka dalam keadaan mabuk dan sound Patique ...mengatakan orang nak minum disini Lu tak nampak ker????

Ini Patique nak beritahu.....kaki lima bukan tempat untuk menonggang arak....kalau korang nak mabuk ker atau nak kena langgar dijalanraya ker...Patique tak peduli.
Yang Patique peduli ialah...korang jangan menyusahkan orang lain yang menggunakan kaki lima tersebut ...dengan bau arak yang kuat dengan keadaan masing masing dalam keadaan mabuk. Kalau nak mabuk juga...pergi la ketempat dimana  korang boleh duduk dan minum.....Korang nak minum tonggang menatang tu 10 tempayan pun Patique tak kisah...as long as korang tak kacau orang lain.

Ini lah masalah negeri patique kekadang masing masing dah beri toleransi kepada kehendak orang lain...tetapi bila dah diberi betis nak demand peha pulak...bila dah diberi peha nak demand tuuuttttt!!!!! pulak. Kalau macam tu sampai bila bila pun tak ada kesudahannya.

Kepada kaki kaki tonggang dan botol...kalau betul korang nak tonggang 10 tempayan sekali pun.....pergi tonggang jauh jauh...jangan sampai berlaku tragedi bila korang mengacau dan menganggu orang melebihi batasan...masa itu tragedi besar akan berlaku hanya kerana korang didalam keadaan tidak sedar dibawah pengaruh alkhohol.
Bila berlaku cedera mencedarakan, bunuh membunuh nanti siapa yang susah korang gak...dan menyedihkan bila ada mangsa tidak berdosa yang terlibat disebabkan perbuatan korang yang kurang AJAR.

No comments:

Post a Comment