Pepagi lagi Baginda Matahari Terbit sudah memekak….Ntah apa masalahnya Patique pun tak tahu…Semuanya berlaku di bumi Matahari Terbit…..ketika gegaran melanda…ada 8 orang pekerja Istana yang dihantar kesana dan mereka berada dalam keadaan panik ….dalam 8 orang pekerja ini ada seorang ketua yang menjaga mereka…dan pastinya pengalaman ini juga adalah yang pertama baginya.
![]() |
| arthursclipart.org |
Seperti diberitahu ..Patique juga tidak pasti apa masalah yang berlaku disana…tetapi dari informasi diterima..para pekerja mendesak ketua ini untuk menyampaikan bahawa mereka ingin pulang awal ke tanah air kerana ketakutan gempa bumi dan juga radiasi dari logi neuklear yang terletak beratus ratus kilometer dari tempat mereka.
Dengan pengetahuan yang sedikit pastinya ketua para pekerja ini juga berasa tidak selamat…kerana tidak pernah mengalami gegaran ditanah air sendiri dan juga tidak tahu mengenai logi neuklear dan radiasi yang berlaku……Pastinya perasaan didalam bahaya tersemat dihati…walaupun disorok kepada para pekerja lain…tetapi Patique yakin perasaan itu terserlah diwajahnya.
Pagi ini ketua para pekerja ini dimarahi…dan Patique tidak bersetuju kepada Baginda Matahri Terbit 100% ….Katanya ketua pekerja…walau bagaimana pun perlu memihak kepada Istana..dan tidak perlu mendengar kata dan perasaan para pekerja….Itu benar..jika tidak berhenti dari Istana Matahari Terbit selayaknya. TETAPI jika diamati kedudukan ketua para pekerja …kemana dia perlu mengadu pula…bukankah kepada pembesar dan memberi informasi apa yang berlaku dikalangan para pekerja juga menjadi tanggungjawabnya.
Baginda Matahari Terbit juga pulang kesana dan tiada masalah di tempat tinggalnya disana…Tetapi ada Baginda menghubungi mereka yang berada dalam perasaan cemas disana??…Ada Baginda memberitahu mereka tiada apa yang perlu dirisaukan??….Ada Baginda memberitahu situasi sebenar yang boleh menenagkan mereka??.
Bagi Patique ini adalah tanggungjawab Baginda sebagai ketua di Istana Matahari Terbit ini. Benar para pekerja boleh mendapatkan informasi dari Istana Timur Matahri Terbit disana..tetapi dengan bahasa komunikasi yang terhad…berapa peratuskah kefahaman para pekerja ini berkenaan situasi yang berlaku. Para pekerja juga menerima tekanan dari keluarga di tanah air…yang menghubungi mereka dan memberitahu situasi berlaku di Bumi Matahari Terbit berdasarkan berita dikaca TV semata mata. Informasi – informasi dari keluarga yang mungkin telah ditambah perisa penyedap kata juga menokok tambahkan lagi kebingungan para pekerja disana.
Memang Pembesar-pembesar Istana Matahari Terbit juga menjalankan tugas dengan menghubungi mereka di Bumi Matahari Terbit…tetapi berapa jelaskah para pembesar ini dengan situasi berlaku di sana kerana para pembesar juga berjauhan dari Bumi Matahari Terbit dan itu bukan kampung halaman para pembesar…masakan para pembesar tahu apa yang berlaku disana…Paling kuat pun tidak lebih dari 40% dari sepatutnya.
Apa apa pun Patique tetap tidak berpuas hati dengan apa yang berlaku pada pagi ini…kerana bagi Patique Baginda Istana Matahari Terbit umpama meludah kelangit jatuh di muka sendiri…dan tidak sedar akan perkara ini…..
Yang patique ingin tekankan…Baginda adalah KETUA di Istana Matahari Terbit ini...tetapi ketika berada dikampung halaman bukan bermakna tiada tanggungjawab untuk mengambil tahu dan menghubungi para pekerja disana. Jika Baginda menghubungi mereka pastinya perkara seperti diatas tidak terjadi….pastinya para pekerja tidak mendesak Ketua mereka untuk menghubungi pihak Istana Matahari Terbit untuk pulang awal…Kerana adalah perkara biasa umpama seorang Raja yang mengambil tahu rakyatnya dengan menghubungi mereka…Pastinya rakyat akan rasa berbesar hati dan perasaan cemas dapat ditenangkan …kerana Raja sendiri yang memberitahu tidak perlu bimbang dan segala dalam keadaan terkawal dan berjanji akan menjaga keselamatan mereka.
Inilah dikatakan ingin menutup kelemahan sendiri maka tekankan masalah lain …Seronok betul jadi Baginda Istana Matahari Terbit…boleh mengelak dari dipersoalkan….nanti tunggu TSUNAMI kebangkitan pekerja bila mereka sudah tidak tertahan…Pada masa itu Baginda kan terjelepuk jatuh ketanah.

No comments:
Post a Comment