Wednesday, June 29, 2011

Pagi Gembira….

Ini bukan berkenaan surat gembira…Pagi tadi Patique pergi service kereta Patique di TCEAS di Batu Cave dan customer service memberitahu Patique yang ia akan mengambil masa 4 jam untuk siap. So sambil minum coffe kegemaran dan melantak biscuit kering yang disediakan pihak TCEAS ..maka Patique mengeluarkan lah Netbook kesayangan Patique dan mengedit atau lebih senang..memilih gambar gambar yang telah diambil sepanjang minggu lepas. Setelah usai memilih gambar dan tranfered to disk drive…battery Netbook lah..berkelip kelip…nak charging malas sbab plug point agak jauh dari tempat Patique duduk.
Setelah berfikir sejenak..maka timbullah idea ..kenapa tak berjalan kaki jer..ke Batu Caves tu…jarak lebih kurang 800m jer…so dengan gagahnya Patique mengendong beg camera ke sana….Wahhhh!!!!! Lama sungguh Patique tidak ke Batu Caves nie..kira sudah banyak perubahan..dan banyak shot yang boleh diambil…cuaca dah agak panas dengan tempat yang agak crowded…Patique pun snap!! Snap!!! & snap!!!.
Ada kera, ada burung, ader orang, ader keta, ader patung dan ade ade adelah…..
Inilah peluang Patique untuk shot waktu cuaca terang…kebanyakan masa patique ambil ketika malam atau petang…so banyaklah gambar yang over exposure..anyway it was a good training for me…Ialah beginner..camnie lah…nak cari masa terluang tu sikiiiitttt sangat so…camner pun…mana ader peluang maka have to grab it.
Anyway it the best morning I ever had for quite a long time…sbab tak makan masa bersama keluarga…sbab kekadang tu rasa bersalah lak…dah lah masa terluang tak banyak terpaksa curi masa spend with family lagi…
Then at 12.30pm kereta Patique pun dah siap and I went back to the office. Walaupun berat hati nak balik kojer…but I’m happy today because I had a very good morning….huhuhuhuhu.

***** harap harap ader lagi peluang macam nie..mendatang ..hehehehe *****

Monday, June 27, 2011

Gumbira…

Sejak kebelakangan nie ramai dah dedayang & dedayung yang menerima surat gumbira…..Seingat Patique kali terakhir menerima surat gumbira nie pada tahun  lepas..
Tahun nie tak dengar cerita pun yang nama Patique akan naik untuk menerima surat gumbira  nie…klu dah diberi tapi panggilan tidak kunjung tiba….
Nampak nyer …tahun nie cuma boleh minum Soda Gumbira jer la…nampaknyer….


***** Masih berdoa semoga dapat Surat Gumbira….sbab dah naik kembung asyik minum Soda Gumbira jer….hehehehe ******

Friday, June 17, 2011

Bodus....

Yang ini memang boleh dipanggil bodussssss...( plural )
Apa yang ader dalm kepala hotak dia pun Patique tak tau....
Dah tau nak jadi hippo pakai ler suar yang golap adek oiii...
Nie serupa cam pakai swimming suit ..takdo bezanyer Adeekk Oiiiii........
Gamak aurat tu cuma kat kepala jer kot....yang bawah pinggang tu..bukan aurat kot....eermmmm


***** Kekadang ketika duduk direstoran..mata patique disajikan dengan lurah bontot..minah minah yang bertudung nie...Hilang selera...kalau putih bersih tak per jugak.....nie kulit berkayap kurap kudis..semua ader ..tu pun masih nak pakai low cut pant ..nak tayang bontot tak berseri tu kat orang......Geliiiii Eden bukan " and then" tau *******

Kejutan Budaya

Rasanya minah nie kena kejutan budaya kot…..
Rasa macam nak terjang pun ader…rasa nak bagi penumbuk pun ader….rasa macam siaalll pun ader….
Apalah masalah minah nie…
Takkan takder common sense langsung...


**** Patique pun tak tau Bodh ker aper??/ ********

Need to STOP…

Yesterday ..ketika Patique pulang dari Istana Matahari Terbit…. Patique mengekori satu trelar yang membawa muatan live stock…ITIK….hadoooiiii…nak memotong pun kereta banyak so terpaksalah Patique membontoti trelar tersebut dalam beberapa minit….yang Patique tidak tahannya..ialah bulu ITIK yang berterbangan umpama daun berguguran…punyalah penuh trelar tersebut dengan sangkar itik. ( You can imagine how the truck is full loaded with live stock) ..

Yang menjadi tanda TANYA ialah…di Negeri Patique nie tiada undang undang ker…menyatakan yang live stock nie tidak boleh dibawa dengan pengangkutan dijalanraya. Ini baru ITIK ….cuba kalau BABI ker…Kambing ker..Lembu ker…penuh selori …dan korang mengikuti dibelakang nya…sure menyebabkan korang rasa nak maki hamun jer…lori tu….dah tu ader najis berterbangan..atau air yang menjejeh terpercik kat kereta korang….sure punyalah korang mencarut sekandaq….lelebih lagi kalau live stock tu BABI….
Selama Patique menjelajah di Negara Matahri Terbit atau Negara Bermata Biru pun tak pernah nampak pun truck yang membawa live stock nie dijalanraya. What I knew yang live stock nie telah dislaughtered terlebih dahulu dan dibersihkan….. kemudian dibawa didalam truck yang ader frozen facility…so even they knew ader haiwan didalam truck itu..tetapi tidak mendatang pemandangan atau situasi kurang senang.
Patique rasa Negeri patique nie kena buat enforcement..berkenaan membawa haiwan hidup nie…dijalanraya.. kalau bawa kuda seekor ker, anjing dua ekor ker….kucing tiga ekor ker…bukanlah masalah besar..kerana selalunya haiwan haiwan ini dibawa oleh kenderaan persendirian…dalam kereta atau pick up mereka…
Ini maksud Patique haiwan untuk disajikan kepada kita..untuk disembelih dirumah penyembelihan…Adalah lebih baik setiap pusat penternakan mempunyai pusat penyembelihan mereka sendiri yang diakui oleh jabatan jabatan yang berkenaan seperti status persekitaran, penyembelihan halal atau haram dan perkara perkara berkaitan.
Patique harap yang Negeri Patique yang ingin berstatus negara maju ini…mula memikirkan masalah lori membawa live stock dijalan raya..baik dijalan persekutuan, jalan negeri atau lebuhraya.

Thursday, June 16, 2011

Paham ke Idak Nie???

Pagi nie Pembesar Pulau Kalungga telah menunjukkan satu senarai nama para dayang dan dayung yang ingin masuk lambat kerana ingin menghadiri majlis perkahwinan di Batu Caves katanya.
Yang Patique peliknya ..Majlis perkahwinan itu bukannya majlis perkahwinan kawan mereka yang juga pekerja di Istana Matahari Terbit ini tetapi ABANG kepada kawan mereka ini. Abang budak tu kawan ko jugak ker…setahu Patique korang kawan dengan budak tu jer…bukannya kenal pun ABANG budak tu….Bila ditanya ada yang mengaku sedara lah…Ko nak belit pun berpada pada la…..oiiiiii…Ingat KAMI nie bodoh ker..nak percaya kata korang tu…..Nampak sangat saja nak menyoya …kira masuk lambat 2~3 jam…Pas tu nanti bila gaji tak naik…dapat bonus skit…mulalah muncung macam TAPIR ……kata Istana Matahari Terbit tak adillah….pilih bulu lahhh……Kalau nak kata pilih bulu nie…dah lama Patique nak buat….Kalau Patique pilih…bulu bulu yang lurus dan agak agak ikal jerrr…kalu jejenis bulu kerinting nie …kirim salam….banyak sangat songelnyer……
Ada juga dikalangan mereka 2~3 ketul nie…lagi sengal…Masuk lambat sebab nak sambut BIRTHDAY…..Kepala hangguk betullah….Birthday Agong pun pun datang kerja…nie birthday sapa lak nie…yang besar dari Agong..yang korang nak masuk lambat atau cuti..Bila ditanya…jawapannya…. sedara punya birthday la…anak buah punya birthday la….Tok nek punya birthday la…
Kalau macam tu..kalau ader 30 orang sedara…kira setahun 30 hari korang nak masuk lambat atau cuti….baik tak yah keje cam tu….korang pie la..Birthday party setiap hari ….takder sapa nak marah…melantaklah kek tu puas puas…
Nie la..yang buat Patique tak paham…tak tau which is priority in life….Kerja ker??? atau Kenduri Abang Kawan ker atau Birthday ker?????

Dilihat pagi tadi…Pembesar Pulau Kalungga masih berlembut dengan dayang dan dayung nie…..Kalau Patique diberi peluang tadi…Patique Cuma beri kata dua sahaja…Korang nak pegi melantak ker atau nak datang kerja on time????
Kalau korang nak pegi melantak dan yoya..dipersilakan…pas tu tak yah dah datang kerja lagi….sbab dengan attitude macam nie…tak mendatangkan faedah kepada Istana Matahari Terbit buat rugi bayar gaji jer…..

**** Yang Pasti ….Dayang & Dayung nie…bila ditanya faham ker…jawapan punya baik…FAHAAAMMM !!!!!...Tapi tetap tak faham******

Tuesday, June 14, 2011

Should Have This…

I should have this belt…so I will be able to control my waist line everyday….huhuhu..



********** Bila la boleh dapat love handle yang cantik************

Impian..

Sebagai Manusia …Kita mempunyai pelbagai impian…
Mengimpikan rumah bak istana, wang berkepuk dalam bank, kereta yang berlambang kuda  dan pelbagai lagi. Kebanyakan impian kita bila didengari terlalu menjerumus kearah material….kenapa jadi begini ya??
Bagi Patique ini kerana kelangsungan hidup yang mendambakan material lebih dari segalanya….
Sebagai contoh…kalau nak cari suami ..pastinya inginkan suami yang berkerjaya besar…rupa paras jatuh nombor 2…yang penting kukuh dari segi ekonominya….kerana ada pepatah baru la….Sekadar hensem jer..tak boleh mengeyangkan perut…..Betul la tu…stakat nak hensem yer…kalau kerjanya hansap….mana nak kenyang….keculi ada minah nak spedo.
Maklumlah dunia alaf baru nie….No money No talk….Takde wang satu apa pun tak jadi… Kalau tak..takder la..minah minah yang malatop diluar tu nak kawin dengan pakcik pakcik berumur…semua nya kerana cinta itu buta….ialah dibutakan oleh RM.
Kalau dah ader anak ….. susu nak dibeli…selang setahun dua ..susu naik harga…anak anak semakin besar dan makan pun semakin banyak…kalu tiada berwang…bagaimana nak bagi makan anak anak….Itu tak temasuk bil elektrik…juga meningkat disebabkan harga petrol dunia naik….so..kalau nak jimat letrik..takkan nak bergelap sepanjang masa…berhangat didalam rumah tak yah pasang kipas…….Itu belum lagi bil telefon…
Walaupun pakai prepaid sekali pun…sure berhabis gak RM50 ke RM60 sebulan.
Pas tu kalau dah ader anak 2 orang..takkan nak naik motor…buat tatu angkatan tentera lak….sure kena beli kete….Dah kos naik lagi …petrol lak nak kena isi….belum lagi nak bayar pengasuh…tiap bulan RM200~ RM250 sebulan…maklum lah kalau sorang jer bekerja mana nak cukup…pulun OT tak balik umah sekali pun sure tak berapa nak cukup… tempat tinggal pun nak kena bayar…tak kira la…menyewa atau beli sendiri.
Apartment mampu milik…baru keluasan 600 kaki persegi…bersempit sempit la…macam sardine duduk sekeluarga. Nanti bila anak anak dah besar panjang…mula la mencari kebebasan diluar ..kerana rumah ku bukan syurga ku…
Ini lah kehidupan yang kita hadapi setiap hari….kepala si suami dah naik botak ..macamana nak menguruskan kewangan..macammana nak membahagiakan keluarga…macammana nak meluangkan masa…bawa anak anak berjalan atau bercuti…
Kerana punca semuanya WANG…….

Hingga Bila Kehidupan Akan Terus Begini…..WANG .. WANG…WANG….

Buat masa nie Patique tiadalah masalah kewangan…tetapi sama seperti yang lain diluar sana..kekurangan masa kerana bertebaran mencari rezeki untuk keluarga.


**** Impian Patique ialah ingin menjadi orang yang merdeka…dari segala segi…hehehehe ***********

Monday, June 13, 2011

Blue Monday


Malaaasssssnya nak bangun pepagi Isnin nie…..Dah la hari nie sekolah sudah bermula setelah dua minggu bercuti….Sah sah pagi tadi jalan sesak. Seperti biasa Patique bangun dan bertolak ke Istana Matahari Terbit.
Hanya jasad Patique sahaja di Istana ini tetapi jiwa ntah terbang kemana….
Walau bagaimana pun tugas tetap perlu ditunaikan…dan Patique tetap bertugas seperti biasa…..

Syohhhhhh!!!!!!! Jiwa yang Malas …….. Mari Jiwa yang Rajin….


Tetapi nampaknya Jiwa Malas nie tetap bertahta di hari ini……

Saturday, June 11, 2011

My Gym Partner

Yesterday I cancelled my appointment with my trainer. It is because Pembesar Berdarah Maharaja wants to go to the gym at 8.00 pm and my appointment is at 9.00 pm to 10.00 pm.
So I will not spend my time at the gym for 3 hrs then. The best solution just cancelled my appointment with the trainer.
I arrived at the gym sharp at 8.00 pm. And when I glanced at my phone there were 4 miss called from Pembesar Berdarah Maharaja.  I tried to call him back because he told me that he’ll be waiting at the counter but I didn’t see him there and I thought he was late.
When  my watch showed 8.10 pm ..I hit to the treadmill and there he was stumbling and struggling. By looking at him made me tickle inside and burst a laugh.
I knew he never joined any gym in his whole entire life and this is his first time.
But still respect him ..that he’ll be able to complete his session by 25 min and complaint to me that he felt a bit dizzy.  I told him that was normal because he is not use to it yet.
Thanks to him yesterday I completed my 1 hr solid cardio …starting with running on the treadmill for 30 min then doing my tummy and bicep excercise followed by swinging on the stradder another next 30 min. I was drenched by my own sweat and I felt that I really have my exercise compare to weight training machine that makes my muscle ache.
We wrapped at 9.30 pm and after showering we heading to A&W to have root beer with double floats…Oh gosh …I really hate this…because I think it not worth it after burning so many colories then you pile up back the lost calories with something that unhealthy. I told Pembesar Berdarah Maharaja that will be the first and last we going to indulge ourself with snack....and after this once completed your exercise no more eating or supper … just straight go back home and have a nice sleep to relax your body.
Anyway just had a lot of fun yesterday and great to have gym partner.


Friday, June 10, 2011

If you happy..

If you happy and you know it…You clap your hair…
If you happy and you know it….You clap you hair…

Another attractive CM from Gatsby





hehehehe...............

If it was true….

Jika ia benar…rasa melambak dah orang kat luar tu berpusu pusu untuk membelinya…
Anyway ….the CM really caught me and I really like it.
Just imagine from under average Joe ( bak kata orang kat sini…muka hazab ) to over average guy…..huhuhuhu…
Anyway the real guy is not that ‘hazab’ pun…the CM makes him looks like that.
Anyway who’s the creative person that came up with this idea????






***  Walaupun CM nie dah agak lama ...tetapi Patique tetap akan tergelak bila menonton nya ******

Thursday, June 9, 2011

Gym Partner

Semalam ketika Patique pergi ke gym…Pembesar Berdarah Maharaja juga ada bersama.
Pembesar Berdarah Maharaja ingin join the gym too. Ok la..lepas ini tak lah Patique keseorangan di gym tu…kira ada la gym partner …macam nie baru la semangat..hehehehe.
Mendengar cerita dari Pembesar Berdarah Maharaja…..staff di gym tersebut sibuk menasihati Pembesar Berdarah Maharja untuk appoint trainer…supaya Pembesar Berdarah Maharaja mampu untuk menggunakan equipment di gym tersebut.

Pembesar Berdarah Maharaja menyatakan yang kawan dia akan mengajarnya kemudia.
Yang buat Patique panas tu..staff di gym tu menyatakan yang badan kawan you pun tak OK lagi …dia pun guna trainer …macammana dia nak ajar awak…..Dalam kata lain….Kawan Lu pun borooiii …sibuk guna trainer…. nak  ajar lu pulak…Boleh ka????
Helllooooooooo……..Jangan pandang gua sebelah mata aahhhhh……Trainer tu pun cuma 12 kali jer….berapa banyak yang boleh diajari …dalam waktu sesingkat itu…..Patique guna trainer..sbab Patique nak tahu teknik penggunaan every exercise machine…So after this I may use it appropriately…Tak der la…buat set and rep bagai nak rak…tapi hasil tarak sebab method salah….If you able to get a correct method…so you’ll be able to tonning your muscle correctly…..Itu yang Patique target…kalau nak guna trainer sampai badan berketak ketak…….mahu abis sampai berbelas ribu….ialah 12 session dah RM1620 …cuba darab 6 …dah jadi RM9720….baik Patique makan steroid jer…bleh berketul ketul badan macam mutant…hahahaha.
Anyway to Pembesar Berdarah Maharaja...Go and get your sport shoes ….. jangan guna cap ayam udeh lerrr….sat lagi baru nak berlari tapak tanggal…tak ker sengal waktu tu….huhuhuhu 

Wednesday, June 8, 2011

Lagi lagi kes pembuangan..

Ini bukan kes pembuangan bahan terhadam, sampah di Bukit Tagar atau pembuangan angin… Ini kes pembuangan anak ….Mungkin agak lewat untuk Patique komen…tetapi Patique ingin meluahkan juga apa yang tersirat dan tersurat dalam hati Patique ini.




Baru baru ini kita didengarkan lagi dengan berita pembuangan bayi dari tingkat lima (kalau tak silap Patique la) di sebuah apartment. Bayi lelaki itu pecah kepala dan terburai perutnya kerana di gonggong anjing…..Nampaknya…tak cukup dengan cara meninggalkan dalam beg, kemudian menanam atau menyumbat dalam salur air……ini campak pulak dari tingkat atas….Patique rasa mereka nie semua dah GILA…kalau betul anak itu tidak berbin atau berbinti…kiranya musibat jantan dan betina tu dah buat kerja haram….pas tu tak cukup lagi ..ditambah pulak dengan keharaman kedua…..dah dua kali haaaarraaammmmmmm….jadilah musibat musibat jantan betina ini HARAAAAMMMM JADAAAHHHHH. Kalau korang dah tak nak sangat bayi tu…melambak kat luar tu yang nak anak….malah ada yang sanggup bayar lagi untuk dapat hak pembelaan anak anak itu.  Kalau malu korang nak bagi kat orang….kan Negeri kita nie  dah sediakan pusat untuk meletak bayi yang tidak diingini ini. Dan tiada rekod dan tindakan akan diambil….kat korang….Bukan Patique menyokong perkara perkara melahirkan anak tidak berbin atau berbinti ini….sbab mungkin ada yang kata kalau camtu..nanti depa buat la lagi….Musibat musibat jantan betina nak bertaubat ker..atau nak bertau buat ker…itu kita serah pada tuhan dan mak bapak depa yang jaga…..Kita hanya boleh berdoa jer setiap masa  supaya tiada lagi perkara begini berlaku…tapi yang menjadi keutamaan ..bayi bayi ini dah lah tidak berdosa…pas tu kena tanggung pulak seksaan dari mak bapak diorang yang berdosa dosa tu…..
Bagi musibat musibat tu sudah sudah la…dah tau korang tu subuuurrrrr…pas tu nak test….kiranya macam kes hit and run la…..dah hit pas tu tak nak amik tanggungjawab…..
run away macam tu jer…..bagi yang termengandung tu tak tau nak buat apa…pas tu pakat pakat dengan musibat musibat lain….jadi pembunuh kejaaammmmm….ialah berani bunuh bayi tak tak reti melawan….kalau betul nak jadi pembunuh cuba pie bunuh
polis ke tentera yang kat balai atau kem ….itu baru brutal…belum sempat korang bertindak ..dah kiookkkkk..kena tembak..tau pulak takut.
Ingat lah…mengambil nyawa seseorang tu bukan kerja korang walaupun anak anak tu adalah darah daging korang…cuma tak sah jer…Itu kerja tuhan yang memberi nyawa dan mengambilnya kembali.


******  Patique suggest kan musbat musibat nie perlu dikenakan cawat besi ..pakai mangga SOLEX….baru takder kot..kes pembuangan bayi lagi **************

Washing Machine

Aaargghhhhh !!!!
My washing machine rosak lagi….baru jer pakai 4 tahun lebih dah rosak pulak….waktu bebaru beli hari tu dalam 6 bulan dia punya holding bar spring..rosak ..bila drum dia berputar akan kena kat dinding washing machine tu….then Patique tukar la..sendiri..pergi beli barang kat customer service and support dia kat Kelana Jaya.  Then semalam pepagi…rosak pulak lagi…but kali nie..air masuk ..time nak wash keluar pulak error message dE kat monitor control panel tu….Patique telefon lah..customer service and support … Operator tu beritahu yang dE means Door Error….. Puas la..Patique mengodek & mengetuk door washing machine tu…but nothing happened. Lastly switched off the plug and waited for 5 mins….still nothing happened the error still appeared.  My last solution called back customer service and support and they will send the technician today…
I thought the technician is free but the charge is RM75 not including spare part….Adooiiii..berapa yang Patique nak kena bayar nie…..kekadang tak faham..kediaman Patique bukannya jauh mana dari pusat service tu just around 15 mins…still kena charge RM75 …then I’m not using that washing machine macam laundry center pun..still panel dia rosak…Before I had this brand ..I used washine machine from the same country ..itu pun baru 3 tahun ++ ..panel dia dah rosak gak….and the panel is not cheap…..the price is same with buying a brand new semi auto washing machine..even sometimes semi auto washing machine cap Ayam is cheaper.  I’m quite sure this washing machine cap ayam also be able to be utilize around 5 years. After this kalau washing machine yang ader nie tak boleh diselamatkan ..Patique ingat ….Patique akan beli satu Automatic Washing Machine cap ayam…..rasa rasanya samanya boleh pakai untuk 5 tahun kot…


***** harap harap Technician hari nie..boleh baiki mesin basuh Patique tanpa perlu tukar panel baru… ***********

Monday, June 6, 2011

At Last…..

At last I got my DSLR 600D …with standard lens.
It might be nothing for some of you out there…but is meaningful for me.

Friday, June 3, 2011

WTH…

Pagi semalam ketika Patique ingin berangkat ke Istana Matahari Terbit untuk mejalankan tugas Patique ader sebuah MPV nie memang setiap hari akan membuat Double Parking menghalang kereta lain yang memakir kereta mereka dengan betul. MPV nie pada pagi semalam telah menghalang sebuah kereta dan pastinya owner kereta terhalang berkenaan telah menolak MPV nie kehadapan….ketika Patique melintasi MPV ini Patique telah melihat bumpernya telah melanggar kereta lain iaitu sebuah sedan Vios putih akibat tolakan owner kereta yang pertama tadi. Maka Patique ingin membantu owner Vios tersebut kerana dia sedang mengendung anak…dan kelihatan seperti tercari cari seseorang tetapi Patique batalkan kerana mungkin owner Vios tersebut menunggu owner MPV bernombor WTH ( What The Hack ) tu tiba. Patique tak tahu apa yang terjadi kepada selepas itu kerana Patique juga sudah terlambat untuk ke Istana Matahari Terbit.


Pagi tadi ketika menuju ke kenderaan Patique……MPV “What The Hack” ini memakir kenderaannyer secara betul dalam kotak pakir….Ermm … Pandai pun nak Parking bebetul….Ingatkan owner nie tak reti nak memakir MPV buatan China nya itu..sbab asyik double park semedang……Melihat kepada owner MPV What The hack nie…macam kerja bagus…nye la…pergi kerja…siap kemeja bertie bagai…tetapi cara memakir kennderaan nya tak melambangkan langsung ciri ciri orang berpelajaran……
Patique yang memandu MPV buatan Jepun…. di ulangi…Jepun nie pun tak pernah buat double Park “ Mati la Meriak” huhuu…bukan buatan mana yang menjadi persoalan nya..kalau nak memandu kenderaan buatan Papua New Guinea ( kalau ader) sekali pun tak der kena mengena ngan Patique….tetapi bila memakir kereta tu pastikan la tidak menyusahkan orang lain…itu baru dipanggil orang berpelajaran bukan nya keluar universiti tu dah boleh dikatakan berpelajaran kalau perangai macam ungka dihutan menyusahkan orang lain nak buat apa.

Kepada Owner kenderaan MPV Buatan China Berplate WTH ( What The Hack !! ) 3XXX tu…tukar tukar ler perangai…..Tau Ko tu balik kerja selalu lambat ..maklum la BZ !! Tapi orang lain pun balik kojer lambat gak…bleh pun parkir jejauh sbab tak nak menyusahkan orang pepagi. Kepada owner kereta lain yang setiap hari buat double park tu juga..tetolong la yer….parkir kereta anda dengan betul….jangan samapi ader yang meradang tolong bakor kan kereta korang.

Thursday, June 2, 2011

Photography…

Bagi meraka yang membaca ( Ada yang membaca kerrr ??? ) …pasti tahu yang Patique menginginkan sebuah camera DSLR….kerana Patique ingin berkecimpung kembali mengambil gambar ..Tanpa camera yang bagus…pastinya..pelbagai eksperimen sukar dilakukan…maksud patique jika mengunakan Compact Camera…… ialah the motto is Everybody Can Be A Photographer …sbab just change to auto mode then snap snap snap…walla!!!  Print out good picture because you can see the person , the scenery etc clearly but there is no art in that….below are the photos that inspire me to get a good camera and learn to be a good photographer…even just for hobby.
I adore the photos and salute those photographers who took the below photos.


Dengan angle yang baik dan BW yang seimbang  gambar diatas kelihatan seperti lukisan.

 
                         Gambar diatas kelihatan seperti dilukis dengan cat minyak 


Alur cahaya yang masuk dari tingkap dan warna bilik yang gelap begitu memukau.


Hanya warna warna tertentu begitu menyerlah.


Penuh seni 


Setting camera begitu baik..kerana nampak para Monk dan cahaya lilin seimbang sbab klau buka shutter lebih lama pasti gambar cahaya lilin akan menjalar.....


Ini yang Patique paling suka..keseimbangan kegelapan, cahaya dan penuh mistik...


Anyway Patique tak ler pro atau semi pro tentang teknik phography nie...anyway kalau zero knowledge sekalipun pasti mengatakan gambar diatas amat berseni dan cantik...kerana ia memerlukan pengetahuan, skill, technic and passion yang tinggi yang mana ia tidak boleh dihasilkan dengan Compact Camera.

Wednesday, June 1, 2011

Sepagi di 1 June

Seperti biasa Patique menjalankan tugas di Istana Matahari terbit ini…dan seperti biasa ader meeting untuk pengeluaran bermula dari jam 9.30 am ~ 10.30 am…..Yang tidak biasa nyer….Bermula jam 8.30 am sudah ader meeting atau panggilan pulau dimana Patique dan Pembesar Berdarah Maharaja  perlu menyelesaikan permasalahan dayang dayang yang ingin mengambil cuti panjaaaannngggggg  sempena hari keputeraan Baginda di negari Patique ini…..Ini yang Patique lemah nie…kita dah nasihatkan para dayang ini untuk tidak mengambil cuti…dan setiap waktu setiap tahun…pasti masalah yang sama ajer akan berlaku. Pelbagai alasan yang diberi ..bukan mereka tak tahu apa tindakan yang akan diambil…tetapi tetap berdegil untuk menyambung cuti hinggakan kelima enam hari….poniiingggg kepala memikirkannya. Dah la sekarang nie waktu sibuk dan  waktu waktu cam nie la ….dayang dayang nie sibuk nak cuti. Abang nak kahwin….OK lagi…Sedara nak kahwin , sepupu nak kahwin, Pak sedara potong kulup……OMG…tolonglah…bukan korang atau adik beradik atau mak bapak korang yang nak kahwin…sepupu sedara jauh etc yang nak kahwin..itu pun nak cuti sampai 5~6 hari kerr….…tak paham sungguh la diorang nie….betul keluarga itu penting…tetapi kalu korang kena buang kojer…pak mak sedara korang nak ke tolong korang bagi makan….sepupu korang nak ker tanggung korang bagi gaji…..tanggung dia orang sendiri pun tak cukup…kalau kaya pun..sah sah dia orang tak dok nyer nak tanggung korang…buang karan jer…..Agak agak berbaloi ker..korang pi tengok dia orang kahwin tu pastu gaji kena potong, bonus kena potong atau lebih dashyat lagi kena buang kerja…disebabkan sedara korang kahwin tu lebih penting dari kerja korang….Patique rasa paling kuat….dia orang kata teruk sungguh Istana tu yer…nak pergi rumah sedara kahwin pun kena ambil tindakan … kalau korang kata sebab diorang la…korang kena tindakan …Agak agak apa yang dijawab….Patique sure jawaban nye …sapa suruh Ko datang kawin aku ??…ader aku paksa ?? ..aku jemput jer…kalau ko tak datang pun….aku kawin jugak..bukannya tak leh kawin.  Jadi adakah berbaloi..apa yang korang korbankan tu????? Adik beradik pun belum tentu nak tanggung kita…apatah lagi sedara mara…..Lain la kalau korang memang ader masa ader banyak cuti boleh diambil…boleh lah pergi semua kenduri kendara ..tak kira la..potong jambul, potong kulup, potong lembu….kenduri kawin, bertunang , merisik…..yang dianjurkan oleh pak sedara mak sedara, atuk sedara, nenek sedara atau sepupu sepapat korang.
Bagi Patique mana mana kenduri kendara yang sempat hadir atau boleh hadir tu korang hadir la….mana yang melibatkan atau jeopardize kerja korang tu baik tak yah ler….Bukannya korang kerja sendiri atau you are one of shareholder….Ini makan gaji…suka atau tak suka..kena buat..or they will take action against you.
Bagi Patique kerja adalah penting..sbab kalau berlaku perkara diatas …sapa yang nak bagi makan keluarga Patique…tak kiralah what it takes …tak kira lah orang nak cakap apa…sbab dengan wang upah yang kerja tulah Patique boleh meneruskan hidup….kalau dah tak der kerja tak der duit..macamana Patique nak menyara keluarga Patique ….Biarlah sedara mara tak berkenan pun…kalau dah kena kerja…Patique kerja jer…dari tak der wang…tak der siapa pun nak bantu…..Yang penting…jaga keluarga dan ibu bapa.
Buat masa nie..mana mana sedara sepapat yang buat kenduri Patique cuba hadirkan diri…walaupun lewat setelah habis bekerja….At least I attend the event. Orang kata tunjuk muka…mana yang sempat bantu Patique bantu..mana yang tak sempat memerlukan Patique ambil cuti tu kirim salam jer….Patique minta maaf….sbab Patique tak nak jeopardize my job…for something that not worth it to jeopardize for.
Ini semua kerana diri Ku dasn keluarga Ku begitu berharga untuk disara.