Wednesday, December 28, 2011

Surat.........

Semalam auditor Istana telah menelefon Pembesar Berdarah Maharaja mengenai surat pertukaran Pembesar dari Negeri Matahari Terbit.  Katanya surat berkenaan lewat diterima dan hanya diterima pada minggu lepas dan akan menyebabkan penalti jika dihantar kepihak berkenaan.  Seingat Patique surat berkenaan bertarikh pada 29 June dan Patique terima dari Pembesar Pulau Kalungga pada 8 Oct untuk diterjemahkan ke Bahasa Omputeh. Dan Patique submit kepada Pembesar Pulau Kalungga pada hari yang sama. ...
Persoalan dalam kepala Patique ialah... “ Bila Pembesar Pulau Kalungga menerima surat berkenaan????”.... “ Setelah diterjemahkan surat itu kenapa baru penghujung bulan Dec hendak dihantar ke auditor????”..... “ Buat apa dengan surat tu selama ini????....Buat pekasam apa ???” .... Akhirnya dah menyusahkan Pembesar Berdarah Maharaja untuk menyelesaikannya.....Tapi biasalah....Pembesar Berdarah Maharaja memang dah biasa mencuci NAJIS yang Pembesar Pulau Kalungga lakukan.....Itu pun Baginda Istana masih lagi nak back up Pembesar Pulau Kalungga dan pandang sebelah mata jerr Pembesar Berdarah Maharaja nie.
Walau apa pun beginilah senario bekerja di Istana...dimana yang berUSAHA itu Cuma dipandang sepi...Mana yang MALAUN AUTA tulah yang dibangga bangga dan puji puji.
Nantilah bila tiba masanya..ketika yang BerUSAHA  nie pakat pakat berenti beramai ramai..tinggal MALAUN AUTA sajer di Istana nie...masa tu baru tahu....siapa yang buat korejer....siapa yang tidak reti buat korejer.....

****** Bilalah masanya kan tiba yer????? **********

Tuesday, December 27, 2011

Sandal...

Setelah Patique usha hampir setengah tahun…casual sandal yang Patique idam idamkan….maka 2 hari yang lepas pergi Patique ke kedai kasut berkenaan….
clarks.co.uk
Tanpa perlu berpikir panjang..maka Patique pun mengambillah sandal yang Patique idam idamkan itu…..Maka berjumpalah dengan sales guy kat situ…..meminta saiz 6.
Sales guy pun menjawab saiz 6 sudah kehabisan stock….Adooiii…..setelah lama Patique bersabar untuk membelinya…bila tiba masa stock takder lak….KECEWA!!!!
Semalam diwaktu tengahari…Patique tidak puas hati kerana tidak dapat apa yang telah lama diidamkan ….lalu Patique pun menelefon kedai kedai kasut di sekitar Kuala Lumpur dan ader lah sebuah kedai kasut…..yang menyatakan yang hanya satu pasang jer yang tinggal dan Patique pun booking….dan pada malam  itu Patique pun pergi ke kedai tersebut dan membeli casual sandle yang diingini.
At last I got my dream sandal….hehehehe.

**** Pas nie nak usha apa lak…hmmmmmm ******

Saturday, December 24, 2011

Beruang, Bear, Kuma, Gom, Karati......

Kesah hulubalang tidak selesai selesai lagi…
Tak tahu besar sangat ker kesalahan hulubalang yang cuba menjalankan tanggungjawab agamanya…Benar ia satu kesalahan…tetapi perlukah hukuman yang begitu berat dijalankan…sehingga rasa terhina begitu sekali.
Bagi Patique adalah lebih baik hukuman dijalankan keatas…..individu yang rehatnya tengaharinya setiap hari bermula jam11.30 am hingga ke infiniti….kepada individu yang setiap hari ader sahaja hal di luar yang menyebabkan tugas tertunggak- tunggak..dan menyusahkan orang lain…..kepada individu yang mengutamakan rumah dari Istana walhal…berada dikedudukan yang amat tinggi….kepada individu yang bercuti panjang menunaikan ibadah dibumi Kalungga…kepada individu yang curi tulang setiap hari dikedai kainnya…Bukankah semua diatas tidak memenuhi syarat syarat Istana….
Namun tindakan tetap tidak diambil…kerana ader salah guna kuasa…kerana ader pakatan kuasa ….Kerana ader nyer hidden agenda antara mereka…..

Jika para ketua dayang atau penolong ketua dayang boleh ditarik jawatannya kerana peratus kedatangan yang mengecewakan…Bagaimana pula mereka yang hanya berada di Istana kurang lebih 4 jam setiap hari tidak lagi termasuk cuti cuti sesuka hati….walaupun kelihatan tidak bercuti…jika dikira jam bekerja…Patique rasa sama jer atau kurang dari para ketua dayang tadi….tetapi..semuanya di COVER…ditutup….bukan tindakan yang diambil..malah pelbagai ganjaran pula yang diberi …Apalah akan jadi Istana ini jika keadaan begini terus terusan…..Perubahan ingin Patique lakukan tetapi apakan daya ….Istana ini bukan milik Patique malah…tiada pegangan saham pun yang membolehkan Patique bersuara….Dengan kuasa yang cipuuuttttt nie tak banyak boleh dilakukan….pastinya jika transformasi ingin dilakukan di Istana ini….tak lama la jawabnya leher Patique akan dipenggal.  Namun jiwa Patique meronta ronta untuk menghapuskan atau mengurangkan sebanyak mungkin kepincangan yang berlaku di Istana ini.  Tapi seperti yang pernah dinyatakan oleh Ketua Besar Dayang .. “ Selagi dua ekor tu berada di atas …Selagi itulah perubahan tidak dapat dilakukan”..

********* Masih mencari jalan ….***********

Wednesday, December 21, 2011

@#$%#$%&*^

Dari semalam hingga ke hari ini Baginda tak henti henti mengamuk...
Apalah bala yang datang nie.....Patique dah siap boring mendengar leteran leteran...perkara perkara yang boleh diselesaikan di peringkat pembesar sahaja...
Bermula dari seawal pagi....Patique dipanggil ke bilik Pembesar Pulau Kalungga kerana ader pergaduhan diantara 2 orang dayang di shift malam. Selalu ajer jika melibatkan Autarian pasti akan berlaku isu besar.  Walhal dikatakan kedua orang dayang ini dulu amat baiklah hubungannyer dan tak tahu kenapa...akhirnya tercetus perang saudara....hingga membawa ketempat kerja. Adakah macam nie....personal is personal lah....Bila kat Istana buat jerlah kerja...cam biasa....Tulah waktu baik dulu..orang kata jangan berbual pun...korang pergi berbual....Ini orang instruct suruh check pun korang tak nak pergi sebab tak baik...pemikiran macam budak budak ..tak profesional langsung.
Dah semua hulubalang, ketua dayang, penolong ketua dayang & pembesar pembesar dipanggil. Apa dia nie???/ Perkara camnie pun nak kena panggil segala ker???/
Stressssss!!!!!!!!!!! Betullah....
Tak habis dengan itu pada jam 11 pagi lebih kurang.....Rasanya Memanda Menteri  Bumi Matahari yang mulut tempayan kot ...mereport pada Baginda ..mengatakan timbang di bahagian penghantaran telah diseret ke setor untuk digunakan....Baginda pun pergi ke bahagian penghantaran...memeriksa timbang dan timbang itu telah rosak..Maka murka lagilah Baginda...memacam dikatakan....hinggakan Para pembesar pun dimarahi kerana tiada tindakan diambil...Walhal..timbang tu tidak sesuai untuk menimbang kotak kotak recycle yang berat ya amat itu...dan arahan dari Pembesar Pulau Kalungga yang menyuruh agar timbang itu digunakan....Tak pasal pasal Ketua Dayang di bahagian penghantaran kena maki hamun.....Patique pun terbabit sama untuk menyampaikan pesanan....Stresssss!!!! LAGI......Then Ketua Dayang pun memberitahu Patique yang bila perkara itu berlaku Pembesar pembesar buat muka tak tahu jer.......Walhal kerosakan tersebut telah diberitahu dihari sebelumnya......Dari atas pun kena ..dari Bawah pun kena...Stresssssss!!!!! lagi & lagi. Setelah rehat tengahari yang Patique CUMA dapat 15 min sahaja.....Lebih kurang jam 2 petang.....guard post yang baru telah tiba.....Maka Patique memberitahu Pembesar Berdarah Maharaja berkenaan perkara tersebut...kerana Patique pun tidak tahu dimana guard post lama ingin diganti dengan guard post baru.
Ketika itu Baginda diminta untuk mengalihkan kereta nya...Maka baginda pun turun kebawah...maka berlaku lagi kemurkaan....Dimana Baginda memarahi Pembesar Berdarah Maharaja kerana tidak memikir langkah langakah perancangan untuk tukar ganti...Kerana guard post yang lama diletakkan di sebelah gusard post baru...dan siapa yang ingin mengangkat dan membuang guard post yang uzur itu.....Walhal perkara perkara itu di uruskan oleh Pembesar Pulau Kalungga ...dan seperti biasalah...Pembesar Berdarah Maharaja...tersepit menerima habuan...Dah Baginda berjumpa Patique bising bising...itu tak kena ini tak kena...sampaikan apa yang baginda ingin sampaikan kepada kedua orang Pembesar tersebut.  Bertambah lagi Stressssss !!!!!!!!!!!!
Jam 3 lebih...Memanda Menteri memanggil Patique untuk menghadiri mesyuarat..kerana ader kesilapan label di bahagian penghantaran....Adoiiii...kalau sampai ketelinga baginda ini...maka memekak lagilah jawabnya...siapa check?? siapa follow up???...kenapa??? Apa???? Bagaimana???? ...Syukur ketika itu Baginda sudah pulang...Cuma Stresssss berhadapan dengan Memanda Menteri yang bebal pulak...sbab tak paham paham proses.
Ingatkan hari ini....sudah selesai segalanya......pagi pagi jam 7.50 pagi seorang hulubalang berjumpa dengan Patique...Katanya pagi tagi dia dimarahi Baginda kerana tidak mencukur jambangnya...Sebenar pada minggu lepas hulubalang ini telah ditegur kerana tidak mencukur jambangnya...dan biasalah golongan Autarian ini jenis berbulu lebat...kiranya cepat jerlah..nak jadi beruang....Pembesar Berdarah Maharaja pernah menegur sebelum itu...dan dikatakan dia tengah bersembayang..dan diharamkan mencukur apa apa bulu dibadan selama 40 hari.  Baginda berkata .... pihak Istana tidak membenarkan para pekerja JANTAN nya untuk menyimpan jambang...misai dan sedikit janggut masih boleh dimaafkan....tetapi lebih baik jika dicukur licin setiap hari.
Dahnya hulubalang tersebut telah menerima 2 surat amaran berkenaan perkara tersebut dan Baginda bertitah ..katanya..jika hendak memilih agama hingga perlu tukar imej perlu keluar dari Istana dan mencari kerja lain.......Pihak Istana tidak ader kena mengena dengan agama. Kesihan melihat hulubalang tersebut....Tapi Patique pun tidak dapat berbuat apa apa...kerana Patique pun tak tahu adakah wajib melakukannya atau tidak...kerana agama yang dianuti berlainan. Cuma yang Patique pegang adalah Jangan Menghina Agama orang lain..kerana ditakuti Meraka akan menghina agama Patique.
Dah bertambah satu lagi Stresss!!!! hari ini........Stress semalam pun tak selesai lagi nak ditambahkan dengan yang baru.... Lepas nie tahu apa lagi yang ingin dimemekakkan...oleh Baginda.....STRESSSSSSSS!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

********* Aaarrrggghhhhhhhhh***********

Monday, December 19, 2011

Nyanyukkkkkk!!!!!!!

Pada Sabtu lepas dalam jam 11.30 am…Baginda menelefon Patique dari luar...Katanya dia mengisi minyak di sebuah petrol station yang berdekatan.  Baginda telah memberi RM50 kepada pump attendance dan ketika meter menunjukkan RM32 ..minyak telah penuh didalam tangki…. Maka baki RM18 katanya terlupa untuk diambil dan dia berlalu  pergi.  Jadi menjadi tugas Patique pula untuk pergi ke Petrol Station tersebut dan meminta wang baki RM 18 itu. Maka Patique dengan bengangnyer pergi ke Petrol Station tersebut dan berjumpa dengan penjaga kaunter dan bertanya ada tak Baginda mengisi minyak disini pagi tadi dan memberitahu yang Patique menerima panggilan telefon dari Baginda yang menyatakan dia tidak menerima wang baki.  Maka kakak di kaunter memberi tahu Patique yang Baginda sendiri datang ke kaunter dan wang baki kakak itu sendiri yang serahkan kepada Baginda dan jumlahnya adalah RM18.
Bertambahlah lagi bengang Patique …Baginda nie nyanyuk ker apa?????
Kerja Patique ker...kena minta wang baki yang dia dah lupa....cuba kalau Patique yang buat...mesti Baginda kata itu takder kena mengena dengan Istana....itu adalah personal matter.... Tapi kalau bab Baginda sesuka hati jer...suruh orang buat itu ini walaupun takder kena mengena dengan kerja kerja di istana. ... Nak menambahkan lagi kebengangan Patique pada jam 1.00 pm...Pembesar Berdarah Maharaja menerima panggilan telefon dari Pembesar Pulau Kalungga ...yang mengatakan Pembesar Pulau Kalungga  bertembung dengan kereta Baginda di pekan dijalan yang berdekatan dengan Petrol Station tersebut....
Dan ader seorang wanita asing bersama..katanya.....Ooooohhhhhh......Baginda pergi meyoya..ngan girlpren tak hengat...yang Patique tengah sibuk di Istana nie kerja ...kena pie amik wang baki.....Ingat Patique nie hamba ker apa.....pencacai ker apa????
Benda benda nie buat lah sendiri.....Patique dahlah banyak kerja...di Istana yang tak habis habis....tu nak tambahkan lagi pulak dengan kerja kerja amal...untuk baginda yang tak mendatangkan pekdah punnn... Baginda berseronok seronok ntah kemana......Kita nie nak settlekan hal peribodi dia sampai pening...takut salah dan pastu kena bambu tak tentu pasal...walaupun bukan dalam task kerja.....Maklumlah Baginda yang bayar gajikan....tu pasallah..Baginda leh buat sesuka hati jer kat pekerja.....Kata kat orang yo poyo jerrr....jangan sombonglah apa lah......tetapi dari pandangan Patique baginda lah yang sombong...sbab tahu dia pegang gaji pekerja...So dia bleh suruh sesuka hati menyalah guna kuasa yang ader untuk orang buat kerja kerja yang tak berkaitan dengan Istana.
Walau apapun Patique telefon Baginda kembali .. ..dan memberitahu yang wang baki itu...Baginda dah personally pergi ke kaunter dan ambil....So Petrol Station PIC kata dia dah berikan kat Baginda dan meminta Baginda menyemak sekali lagi.

***** Bila lah Baginda nie nak bertaubat gamaknya....hmmmm*********

Friday, December 16, 2011

Digigiiittt !!!!

Berita yang diterima dari kaca TV menyatakan seorang kanak kanak di gigit oleh Siamang di sebuah Zoo di tanahair Patique ini……Adooiii….nak pie Zoo pun rasa tak selamat dah…..Pastinya ramai yang menyalahkan pihak Zoo kerana tahap keselamatan pengunjung yang kurang kemas…..Nasib baik di gigit di kaki…kalau siamang tu spesis Dracula…sure gigit kat leher punya….Tak pasal pasal jadi peristiwa berdarah yang lebih berat. Inilah sikap…pengurusan ditanahair Patique yang perlu ditingkatkan….iaitu itu perlu ader pemikiran which is priority….Siamang tu tidak bersalah…mungkin kerana terancam maka ia menyerang pengunjung…..dan memang sudah sifat semulajadinya yang liar. Tanggungjawab perlu dipikul oleh pihak Zoo…tidak kira apapun alasannya…kejadian tetap nyata..seorang kanak kanak menjadi mangsa. Apa gunanya pengunjung membayar tiket masuk…jika keselamatan pengunjung tidak dapat dijamin.
Harapan Patique jangan ader pula…Harimau ker Beruang terlepas kandang di mana mana Zoo selepas ini..... Takut takut nanti dibaham pula pengunjung yang ramai tu.


Anyway Siamang kat bawah nie tak gigit sesuka hati...hehehehe



Harapan Patique jangan ader pula…Harimau ker Beruang terlepas kandang di mana mana Zoo selepas ini..... Takut takut nanti dibaham pula pengunjung yang ramai tu.


*****  Harimau Malaya terlepas …TAKPER  **********

Tuesday, December 13, 2011

Carnivale ????


Semalam sepanjang hari Patique menonton  TV mengikuti majlis keberangkatan pulang Yang diPertuan Agong yang ke 13. Secara peribadi Patique tiada komen terhadap Yang Dipertuan Agong yang ke 13 ini kerana belum pernah berpeluang untuk bertemu dimana mana ketika Baginda mencemar duli bermesra bersama rakyat.  Apa yangg Patique ingin katakan disini ketika keberangkatan pulang Baginda di Kompleks Bunga Raya KLIA…Kelihatan lah penari penari kebudayaan yang semak mata Patique melihatnya.
Bila ditonton dari kaca tv tak ubah seperti Carnivale warna warna Malaysia….Hilang formaliti ketika menghantar keberangkatan Baginda di lapangan terbang itu. Adalah lebih baik diringi dengan pasukan beruniform yang segak berdiri mengiringi keberangkatan Baginda dari penari penari kebudayaan yang berwarna warni…tampak cacar merbanya…
Tak ubah seperti Carnivale …walhal yang diiringi keberangkatan itu adalah Yang Dipertuan Agong.
Ketika ketibaan Baginda di lapangan Terbang Sultan Mahmud ….tampak lebih bergaya cara sambutannya..penuh formaliti…ini baru dikatakan menyambut ketibaan Yang diPertuan Agong.
Walauapapun ini pandangan peribadi Patique…dimana mungkin ader yang tidak bersetuju dengan alasan alasan mereka tersendiri.
Cuma bagi Patique untuk menyambut seseorang yang kita muliakan…perlulah diadakan dengan penuh displin dan bergaya dari formalitinya…bukan yang kelihatan seolah olah Carnivale di jalanan.

**** Pening melihat warna warna bertaburan *******

Saturday, December 10, 2011

Kelab KKK



Di Istana Baginda matahari terbit ini bila direnung renung…maka semakin Patique renung semakin jelas ke autariannya...Sekarang ini bolehlah dikatakan wujud kelab baru di Istana Baginda...iaitu Kelab 3K ( KKK ) ...dimana dinaungi oleh biasalah...Pembesar Pulau Kalungga…..Kelab 3K nie…seperti biasa …kalau datang lambat ker…cuti ker…perlbagai alas an …akan diberi……Itu lah inilah….Nak tau apa dia…3K itu..
Kelab Kaki Kuat Kencing….Asyik nak mengauta jer kerjanya….minggu nie sajer..pelbagai auta diberi…Patuique hanya melihat belum masa untuk bertindak….Menantikan Baginda pulang….Jika sebarang issue yang sepatutnya Patique tak terlibat tetapi dilibatkan juga….akan Patique…keluar segala.isi perut Patique yang dah lama bungkam….nak keluar nie…kepada Baginda….Lepas itu No More Hi Hi….Just Bye Bye….

***** Yang hampir tidak tahan menahan sabar *****

Monday, December 5, 2011

Laungan.....


Jihad Demi…..ttuutttt  tttuuuuuuuttt  tttuuuuuuuutttttt!!!!!!!!!!
Dimana Patique dengar laungan ini yer……hmmmm
Still wondering……..rasa dengar dalam mimpi kot !!!
Arghhh!!!! …lupakan sahaja….buat semak perut jer memikirkannya…..

Baru jerrr nak.....

Baru jer Patique bercita cita untuk melawat kedai 1 Tanahair yang di canang canang kerana harga yang murah dan berpatutan....Tup tup pepagi tadi dinyatakan di radio yang semua barangan 1 Tanahair ini kena melakukan ujian analysis  ( Analysis Toksin/Keselamatan kot ) ... Laaaa selama yang beroperasi nie ...tak menjalani sebarang ujian ker...main redah jual camtu ajer ker......Apalah jadi kepada mereka- mereka yang dah melantak atau menggunakan produk produk keluaran yang berbaris dirak 1 Tanahair nie.  Memanglah kalau barang murah kualitinya kurang bak kata orang puteh tu “ Cheap Cheap No Good ”...Tapi pada pandangan Patique ialah...kualitinya yang kurang ...macam sabun basuh...kureng buih ker...atau susu kurang lemak ker....tetapi masih dalam keadaan yang boleh diguna pakai dan dijamin selamat kepada pengguna .......bukannya tanpa sebarang ujian keselamatan guna pakai...hentam keromo jer...jual....Walau apapun kesihanilah..mereka mereka yang berkemampuan rendah seperti Patique ini.....Makan minum, sabun etc semuanya necessity dalam menjalani kehidupan...Jika barangan yang murah tiada jaminan  keselamatan untuk digunakan...maka in the future akan lebih tinggi lah perbelanjaan...kerana..tahap kesihatan yang menurun dan perbelanjaan kesihatan yang meningkat.

***** Semakin tertekan dengan taraf hidup yang tinggi ******

Bengang !!

Dah la hari ini hari Isnin..Badan dah rasa lenguh semacam ..maklumlah …semalam kena berkemas rumah….sorang sorang…..Then balik kampung lagi…pada petangnya.
Tapi yang buat Patique bengangnya..bila pagi pagi masuk…kerja yang target boleh habis tak habis…sbab yang tukang handle kurang competence … Dah tu tulis nota macam tak serius jer….Apa dia nie???  Dah lah tengah kritikal...section tu...dapat pula pekerja yang kurang competence....rasa nak menjerit jer..pepagi....Klau dah tak reti tu tepon lah superior Ko supaya ...dia bleh datang tunjuk ajar..walaupun malam...nie tak...buat lengeeee jer...Dahnya..semua yang dirancang tak kesampaian...dengan masa yang singkat nie..bleh ker kerja dihabiskan...dapat ker target untuk hari nie....Tak tau lah...apa nak cakap dengan Autarian nie.....Bengang!!!!!!!


Friday, December 2, 2011

Autarian!!! Autarian !!!!!

Masalah demi masalah…..


autionatrium.com

Bermula dari Perayaan Cahaya hari tu ader 2 orang ketua dayang autarian yang tak datang sesuka hati pada waktu itu telah diambil tindakan dengan menarik post mereka.
So telah sebulan post ditarik…maka mereka pun datang berjumpa Pembesar Pulau Kalungga kerana tidak puas hati dengan layanan pekerja pekerja lain terhadap mereka….Dikatakan para pekerja tidak menghormati mereka lagi…dan rasa tidak gembira untuk bekerja. Ini Patique nak tanya .. “ Korang ingat Korang tu saper???? Semua pekerja nak kena tunduk hormat kat Korang ker???Tinggi sangat ker..KASTA korang tu ??? Sesuka hati tak datang kerja sebab malas.. dan siap telepon kata dah mood holiday tak dapat datang...takkan Pihak Istana nak tutup mata ngan perangai korang tu??? …pastu kena tarik post…surelah orang tak nak bagi kojer kat Ko….sbab dah tak der post…kira pangkat sama dengan dengan pekerja lain…buat ajer la kerja macam pekerja lain….”
Patique pun tak paham apa perlu dilakukan….dengan 2 hekor nie…banyak sangat masalah nyer….
Kalau korang nak berenti kejer…Pi lah berenti…kurang skit masalah nak di pikirkan….


***** Hangiiinnnnn  satu badan**************