Saturday, December 24, 2011

Beruang, Bear, Kuma, Gom, Karati......

Kesah hulubalang tidak selesai selesai lagi…
Tak tahu besar sangat ker kesalahan hulubalang yang cuba menjalankan tanggungjawab agamanya…Benar ia satu kesalahan…tetapi perlukah hukuman yang begitu berat dijalankan…sehingga rasa terhina begitu sekali.
Bagi Patique adalah lebih baik hukuman dijalankan keatas…..individu yang rehatnya tengaharinya setiap hari bermula jam11.30 am hingga ke infiniti….kepada individu yang setiap hari ader sahaja hal di luar yang menyebabkan tugas tertunggak- tunggak..dan menyusahkan orang lain…..kepada individu yang mengutamakan rumah dari Istana walhal…berada dikedudukan yang amat tinggi….kepada individu yang bercuti panjang menunaikan ibadah dibumi Kalungga…kepada individu yang curi tulang setiap hari dikedai kainnya…Bukankah semua diatas tidak memenuhi syarat syarat Istana….
Namun tindakan tetap tidak diambil…kerana ader salah guna kuasa…kerana ader pakatan kuasa ….Kerana ader nyer hidden agenda antara mereka…..

Jika para ketua dayang atau penolong ketua dayang boleh ditarik jawatannya kerana peratus kedatangan yang mengecewakan…Bagaimana pula mereka yang hanya berada di Istana kurang lebih 4 jam setiap hari tidak lagi termasuk cuti cuti sesuka hati….walaupun kelihatan tidak bercuti…jika dikira jam bekerja…Patique rasa sama jer atau kurang dari para ketua dayang tadi….tetapi..semuanya di COVER…ditutup….bukan tindakan yang diambil..malah pelbagai ganjaran pula yang diberi …Apalah akan jadi Istana ini jika keadaan begini terus terusan…..Perubahan ingin Patique lakukan tetapi apakan daya ….Istana ini bukan milik Patique malah…tiada pegangan saham pun yang membolehkan Patique bersuara….Dengan kuasa yang cipuuuttttt nie tak banyak boleh dilakukan….pastinya jika transformasi ingin dilakukan di Istana ini….tak lama la jawabnya leher Patique akan dipenggal.  Namun jiwa Patique meronta ronta untuk menghapuskan atau mengurangkan sebanyak mungkin kepincangan yang berlaku di Istana ini.  Tapi seperti yang pernah dinyatakan oleh Ketua Besar Dayang .. “ Selagi dua ekor tu berada di atas …Selagi itulah perubahan tidak dapat dilakukan”..

********* Masih mencari jalan ….***********

No comments:

Post a Comment