Semalam sepanjang hari Patique menonton TV mengikuti majlis keberangkatan pulang Yang diPertuan Agong yang ke 13. Secara peribadi Patique tiada komen terhadap Yang Dipertuan Agong yang ke 13 ini kerana belum pernah berpeluang untuk bertemu dimana mana ketika Baginda mencemar duli bermesra bersama rakyat. Apa yangg Patique ingin katakan disini ketika keberangkatan pulang Baginda di Kompleks Bunga Raya KLIA…Kelihatan lah penari penari kebudayaan yang semak mata Patique melihatnya.
Bila ditonton dari kaca tv tak ubah seperti Carnivale warna warna Malaysia ….Hilang formaliti ketika menghantar keberangkatan Baginda di lapangan terbang itu. Adalah lebih baik diringi dengan pasukan beruniform yang segak berdiri mengiringi keberangkatan Baginda dari penari penari kebudayaan yang berwarna warni…tampak cacar merbanya…
Tak ubah seperti Carnivale …walhal yang diiringi keberangkatan itu adalah Yang Dipertuan Agong.
Ketika ketibaan Baginda di lapangan Terbang Sultan Mahmud ….tampak lebih bergaya cara sambutannya..penuh formaliti…ini baru dikatakan menyambut ketibaan Yang diPertuan Agong.
Walauapapun ini pandangan peribadi Patique…dimana mungkin ader yang tidak bersetuju dengan alasan alasan mereka tersendiri.
Cuma bagi Patique untuk menyambut seseorang yang kita muliakan…perlulah diadakan dengan penuh displin dan bergaya dari formalitinya…bukan yang kelihatan seolah olah Carnivale di jalanan.
**** Pening melihat warna warna bertaburan *******

No comments:
Post a Comment