Semalam Patique mendengar berita masih ader lagi murid murid yang tidak diberi mengambil peperiksaan kerana prestasi yang amat tidak memuaskan. Kini 5 orang murid telah di tahan dari mengambil peperiksaan kerana alasan diatas.
Kesian murid murid ini…..bukannya mereka ingin menjadi tidak pandai seperti pelajar pelajar yang lain..tetapi bukan alasan untuk dipariakan hingga tidak boleh mengambil peperiksaan. Patique meluat betul adernya bias dikalangan guru guru ini…..ialah dari dahulu hingga sekarang cara pemikiran tidak berubah…..Waktu Patique bersekolah dulu pun tak kira dari sekolah rendah hinggakan sekolah menengah…ader jer kasta…kelas merah untuk budak budak yang pandai…then diikuti oleh kelas hijau ,biru, unggu dan tercorot kelas kuning. Waktu itu Patique sentiasa di kelas yang teratas…kira kelas bebudak pandailah….Bila sudah dewasa terfikir kembali….Waktu itu…kawan kawan Patique semua dari kelas teratas jer….kira kelas kedua dan seterusnya tak genglah….Ini telah terdidik dari bangku sekolah rendah lagi….So bagaimana dengan murid murid kelas kedua…..Namanya memuridnya pun Patique tak tahu….apatah lagi kelas tercorot….bayangkan jika diwaktu itu tiada kasta diantara kelas….Patique rasa yang corot tu pun pastinya akan berusaha bersama sama yang pandai…kecuali murid murid lembab yang memang tak tahu membaca, mengira dan menulis. Mereka ini memang perlu diasingkan untuk para guru boleh memberi lebih perhatian….tetapi mereka ini tidaklah boleh ditidakkan hak mereka untuk mengambil peperiksaan. Tak kira jika markahnya hanya 0/100 sekali pun….tetapi dihalang untuk mengambil periksa akan mencalarkan hati mereka dan menjatuhkan maruah mereka…..Jiwa kecil yang tercalar ini akan membawa hingga mereka dewasa …dan jika dendam yang berkesumat di jiwa…tiada sebarang kebaikan yang akan berlaku…waktu ini pastinya guru guru yang mengejar nama ini perlu dipersalahkan. Itu belum lagi ketika remaja…dimana ader sahaja kelab kelab elite yang mana hanya pelajar pelajar yang pandai sahaja boleh menganggotainya..
Contohnya al briliante club, elite student club, excellante club dan ntah apa apa lagi club yang wujud di sekolah sekolah…..itu belum lagi recreation club…dimana untuk gymnasium, swimming, archery and tennis untuk mereka yang 3 pointer and above jer…For those yang 2 ~ 2.99 pointer bleh masuk club dakwah ker, kelab memasak ker atau kelab bola bola sepak..lagilah kalau below 2 pointer…lagi kelab ntah hapa hapa…kelab merokok kot……So bila dibangku sekolah pun telah dikastakan….No wonder lah…dalam masyarakat kita nie bila anak petani nak kahwin dengan anak businessman..katalah si anak petani tu nak rebut harta….walaupun anak petani tu seorang Doktor sekali pun…wujudlah pepatah Enggang sama enggang…pipit sama pipit….Ini semua bermula disekolah…taraf pendidikan yang menekan budaya dari logik pemikiran..gamaknya darah enggang tu putih kot dan darah pipit tu merah….Ataupun kalau businessman tu lahirnya ikut lubang lain dari yang petani….
So kepada guru guru yang mencari nama ini…jangan lupa niat utama untuk menjadi guru itu ialah mendidik ..jadi ubahlah pemikiran golongan golongan muda ini supaya masa hadapan negara nanti tidak seperti sekarang ini…dimana yang berwang ( atau beruang hehehe ) boleh buat sesuka hati..sbab ader kedudukan yang wang untuk membeli maruah diri…tetapi yang kureeng beruang plak…dihina hina tak tentu pasal…sebab apa ini berlaku…sebab dari dulu hingga kini…murid murid telah di tanamkan dengan nilai nilai pengkastaan ini….jadi pemikiran tetaplah mundur macam tu gakkkk.
Kalau Patique seorang guru..akan Patique beritahu yang pelajaran itu penting….seboleh daya kita kena bersaing untuk mencapai pendidikan tertinggi…Tetapi tahap pendidikan bukannya segala jawapan untuk kejayaan hidup…kerana hidup ini ditentukan tuhan dan kita hanya berusaha..tetapi tuhan yang mengizinkannya….Bagi mereka yang rasa kekurangan jangan lemah semangat usaha terus usaha…kerana setiap insan ada kekurangan dari satu segi tetapi mempunyai kelebihan dari segi yang lain.
**** Terpikir lak seorang kanak kanak yang tidak lembab…tetapi masih tak boleh membaca walaupun sudah masuk darjah 3 …kerana ibu atau penjaga sibuk urusan urusan yang tak mendatangkan pekdah…hingggakan pelajaran kanak kanak itu terabai sebab takder yang nak ambil peduli *****















