Hari ini dalam sejarah kerana akhirnya Pembesar Berdarah Maharaja mengamuk give up dengan tugas yang dilakukannya.
Kesah bermula seawal pagi kerana pada Sabtu yang lepas Pembesar Berdarah Maharaja menerima perkhabaran untuk jualan bulan 10 dan 11. ketika Pembesar Berdarah Maharaja menyampaikan kepada Patique maka Patqiue memberitahu yang pasti akan Baginda Matahari Terbit akan murka kerana minggu ini kita melakukan OT. Pepagi lagi Pembesar Berdarah Matahari Terbit telah menyampaikan perkhabaran tersebut pada Baginda Matahari Terbit dan seperti dijangka maka Patique bersama sama pembesar lain telah dimarahi kerana kononnya tidak mengetahui bagaimana untuk melakukan kira kira memasing buat sesedap rasa jer…..Bukannya buat sesedap rasa yang dibumi Matahari Terbit itu adalah Ibu Syarikat …jika tidak didengari bagaimana pandangan mereka terhadap syarikat ini….dah berhari hari mereka menyalak nak 25 juta yen sehari…dah lah part banyak proses dan murah lak tu….dengan capacity yang ader tak termampu untuk memenuhi kehendak mereka…cara yang terbaik adalah melakukan 2 shift ..siang dan malam….Tup tup baginda menyatakan tak perlu ader 2 shift kerana dengan jumlah jualan yang ader nie…tak boleh nak cover kos OT and shift..atau pun boleh cover ngam ngam. Dah tau macam tu kenapa Baginda tak menefon sendiri Pembesar Pembesar disana menyatakan apa yang di benak Baginda…Ini tidak semuanya nak jatuh dibatu jemala Patique dan Pembesar –pembesar …tetapi Pembesar Pulau Kalungga macam biasa boleh menggoyang puting kehulu ke hilir. Yang teruk sekali kena buat segalanya ialah Pembesar Berdarah Maharaja..
Tak cukup dengan itu…..tengahari dah lah kami tak amik rehat ..kerana sibuk denagn audit yang akan berlangsung pada 14 Sep ini….Itu penting juga..sah sah Pembesar Pulau Kalungga takkan buatnya ..ialah bukannya tau pun…..tau ngomel jer ngan goyang puting.
Tak cukup dengan itu Memanda Menteri plak suruh buat planning jualan pada tengahari Sabtu lepas …katanya hendak hari pada hari ini….Cuba pikirkan mau kepala Pembesar Berdarah Maharaja tak berserabut…dah memacam kerja kena buat…dah dibuat ..sampai kerja Pembesar Pulau Kalungga pun kena buat …lepas tu sia sia kena complaint kena marah dengan Baginda…. Aparah ingat Pembesar Berdarah Maharaja tu tak der perasaan…Asyik asyik dia yang kena …salah yang di buat Pembesar Pulau Kalungga pun dua dua kena…kalau salah Pembesar Berdarah Maharaja…Cuma Pembesar Berdarah Maharaja jer yang kena…..Contoh hari ini…Pembesar Pulau Kalungga ntah kemana sedari jam 11.30 am hingga ke jam 4.00 pm ..batang hidung pun tak nampak.
Pembesar Berdarah Maharaja ..dah lah banyak kerja dengan audit, report jualan, production ditambah lagi dengan beban kerja Pembesar Pulau Kalungga yang hari hari mengular jer…Dah lah mengular dibayar mahal lak tu…Hampeh.
Patique pun tak tahu punca keSINGAan Pembesar Berdarah Maharaja…kerana apa yang Patique tahu yang hari ini ader maintenance untuk A/C diluar…dan diseliakan oleh Technician dibawah kuasa Pembesar Berdarah Maharaja [ Buat pengetahuan anda semua kerja di Istana ini dibawah penyeliaan Pembesar Berdarah Maharaja ….. Tugas Pembesar Pulau Kallungga ???? ] tiba tiba baginda memanggil Pembesar Berdarah Maharaja turun..dah lah kerja tengah melambak…lepas tu memacam kerja kena buat…..Turun turun kena marah….kalau Patique pun dah lama Patique mengaum….ini pun tengah tunggu masa jerrrr…
Masa adegan berlaku Patique baru habis menyedut oksigen dan ditangga office Pembesar Berdarah Maharaja denga suara kuat memberitahu Patique yang dia give up dah…semuanya dia nak buat…..dan dia nak blah dari istana ini…maka ketika di meja beliau…Pembesar Berdarah Maharaja mengangkat beg…untuk berlaku..tetapi ditahan oleh Baginda…dan Baginda memujuk Pembesar Berdarah Maharaja untuk berbincang dibilik Baginda…Tau kecut teloq Baginda…Ingat orang diam takkan mengamuk…Nampak sangat Baginda tak adil…..Nie baru Pembesar Pulau Kallungga pulang ke Istana…pastinya..baginda akan mereport pada Pembesar Pulau Kalungga …yang kekadang buat Patique konpius yang mana satu Boss besar….
Pembesar Pulau Kallungga dengan muka Busuk Sundal Malam jumpa Patique kata dengar Abang bawak beg nak keluar……Sikit pun tak rasa bersalah….
Walau apapun..TAHNIAH kepada Pembesar Berdarah Maharaja kerana mengamuk…dengan Baginda…..TAHNIAH ! TAHNIAH ! TAHNIAH !....
Lepas nie pasti Pembesar Berdarah Maharaja mendapat hak istimewa….huhuhu
***** Akan Ku tunggu amukan di lain masa.....*******************



No comments:
Post a Comment