Semalam setelah setelah usai menservis kereta Patique di TCEAS Batu Caves maka Patique pulang menuju ke Istana Baginda Matahari Terbit..Dalam perjalanan ingin singgah dahulu ke Pusat kenderaan ini untuk membayar insuran & roadtax kereta Patique
yang akan tamat pada bulan hadapan. Maka seperti biasa Patique melalui jalan yang biasa Patique lalui ( untuk pengetahuan sudah sebulan lebih Patique melalui jalan ini ) ….Sebaik sahaja Patique membelok dijalan itu…Maka Patique pun ditahan oleh Bapak Polisi Trafik…Dengan selambanya Patique berhenti ketepi dan membuka tingkap…Bila ditanya oleh Bapak Polisi Trafik ini …Apakah kesalahan Patique…Dengan confidentnya Patique jawab tak tau…kerana memang Patique rasakan tiada kesalahan trafik yang dilakukan….Bapak Polisi Trafik menerangkan yang Patique telah mengikuti arah yang bertentangan….Bila mengkala pulak jalan ini jadi sehala getus hati Patique.
Bapak Polisi Trafik meminta kad penegenalan diri dan lesen memandu…Bila di lihat pada lesen memandu Patique …Tamat tempoh juga pada hari semalam…..Katanya lesen Patique akan berakhir pada hari ini…Patique jawab ..tahu dan akan ke Pejabat pos selesai urusan Patique di Pusat kenderaan . Maka dengan TENANG nya..Bapak Polisi Trafik telah melayangkan surat CHENTAnya kepada Patique sambil memberitahu …. “ Encik boleh bayar saman ini dimana mana Balai Polis berdekatan ….. Terima Kasih Encik” ….
Adoi adakah perlu Ku jawab Terima kasih kembali atau sama sama….atau tak leh kautim ker??....Patique pun tak tau nak jawab apa ..maka dengan selambanya Patique jawab OK…walaupun dihati Patique ini GERAAMMMMMM……..tak terkira….Bukannya Patique sesuka hati nak buat jalan tu macam jalan Bapak Patique….kalau Patique tahu sah sah Patique akan mengikuti jalan yang betul….Walauapa pun semalam memang hari berbelanja…..Bayar service, Bayar Roadtax & Insuran dan Bayar lesen……Harap harap bulan nie aderlah rezeki lain yang datang ( Sambil menadah tangan ke langit )….
**** Hari ni Patique nak gi bayar saman dan membuat rayuan…..*****

No comments:
Post a Comment