Tuesday, September 20, 2011

Enggak Bisa !!!

Beberapa hari yang lepas Patique menerima panggilan telefon dari bumi seberang.
Panggilan dibuat oleh bibik Patique yang pulang bercuti sempena syawal yang lepas.
Pulang pada 14 Ramadhan dan dijangka pulang pada 20 syawal ini…..Kiranya sepanjang minggu lepas sibuklah Patique menghitung hari…kepulangan bibik Patique…..tetapi Patique ingatkan langit akan cerah..rupa rupa nya menjadi mendung umpama beberapa hari kebelakangan ini. Katanya suami tidak melepaskannya untuk pulang ke tanahair Patique ini untuk bekerja kerana suaminya ingin keluar ke sebuah pulau diseberang untuk bekerja dan anaknya tiada siapa yang menjaga.  Aduuiihhhhh Enggak Bisa !!!!! susah…..Terlintas dikepala Patique siapa yang nak menyapu, mengemop dan berkemas dirumah Patique setiap hari…..Kalau mengharapkan teman sejiwa Patique pasti tidak sempat untuk melakukan semua itu dan lebih lebih lagi Teman sejiwa Patique juga bekerja.  Ini yang Patique malas nie….Bebuah hati memang bolah dihantar ke rumah penjaga ..tetapi bila pulang kalau Patique dan teman sejiwa sibuk dengan hal hal lain seperti membasuh dan melipat pakaian juaga menyediakan makan malam…bila masa untuk melayan bebuah hati Patique nie. Dah lah sepanjang siang berada dibawah jagaan orang..malam hari pulak parents tak sempat nak melayan mereka…..Bukan penjaga tidak baik…..Malah amat berterima kasih kepada penjaga buah hati Patique ini…Cuma kerja kerja dirumah tidak sempat untuk dilakukan….itu yang merunsingkan Patique dan ia berkaitan dengan masa yang dapat diluangkan kepada buah hati Patique.  Nampaknyer terpaksa lah Patique mencari Bibik baru dalam waktu terdekat ini…kerana kalau berterusan begini pastinya sukar untuk juggle the time.  Apa boleh buat…Bibik baru kena dicari sebagai ganti…Cuma Patique berharap penggantinya nanti juga tiada masalah, boleh bekerja dengan effisyen dan penyayang kepada bebuah hati Patique….

No comments:

Post a Comment