Wednesday, September 21, 2011

Kesusahan


Semalam Patique telah dihidangkan dengan sebuah kisah …dimana di bumi KL nie ader sebuah keluarga Ayah dan 4 orang anak. Dengarnya si Ibu telah melarikan diri kerana tidak tahan menanggung kesusahan.  Si bapa berniaga barang permainan di jalan Masjid India dan si anak bersekolah insaniah bukan sekolah biasa kerana si ayah tidak mampu dan tak pasti ni mana. ( dengarnya sekolah ini percuma )
Kisah bermula bila anak kedua dan ketiga sering tidak kesekolah ( ponteng ) tetapi mencuri besi di sekolah untuk dijual….Suatu hari kanak kanak ini ditangkap oleh guru…
Maka tahulah cerita yang besi itu dijual dengan harga 3 hinggit untuk membeli beras untuk makan.  Kanak kanak ini bersekolah sessi petang dan waktu pagi terpaksa menjaga adik kecil dirumah kerana si kakak pula akan bersekolah di sessi pagi.  Dengarnya lagi kanak kanak ini akan memakai baju yang sama selama seminggu bersekolah…bayangkan keadaan baju dan bau baju tersebut.. Rumah diduduki juga tidak sempurna…..Tombol pintu juga tiada dan disumbat dengan kertas untuk menutup lubang.  Ketika guru melawati tempat tinggal mereka si ayah tiada dirumah kerana mencari rezeki …dan yang ader Cuma si kakak dan adik kecil…Si kakak tidak membenarkan si Guru untuk masuk kerana pesanan si ayah agar tidak memberi sesiapa masuk kecuali ahli keluarga….
Terpaksalah si guru menunggu hingga si ayah pulang…ketika si ayah tiba..segeralah dia meminta maaf kepada si guru kerana tidak memberi si guru masuk kerana malu dengan keadaan daif rumah mereka.  Si guru meminta si ayah kebenaran untuk menjaga anak kecil tersebut sementara yang lain bersekolah dan petang boleh diambil kembali….tetapi si ayah keberatan untuk melepaskan anak anak dia.
Bukan si ayah malas duduk dirumah sahaja… dia keluar mencari rezeki menjual peralatan permainan..dan mungkin itu sahaja yang dia tahu lakukan….Anak anak terbiar tidak bersekolah seperti kanak kanak lain…Cuma bersekolah di sekolah yang mana segalanya percuma…Dengarnya sekolah insaniah ini dahulu mengenakan yuran 20 hinggit seorang…tetapi kerana ramai yang tidak mampu….maka yuran di mansuhkan…gaji guru pula dibiayai rendah untuk satu sessi sahaja …bagi yang mengajar dua sessi hanya melakukan kebajikan.  Dahlah anak anak yang hadir kesekolah dari keluarga tak berkemampuan ..guru guru juga terbabit tak berkemampuan. Hidup di KL jika gaji 1200 hinggit mana nak cukup….gaji potong epf adan socso tinggal 1000 hinggit .
Cuma bayangkan jika sewa sebuah rumah sahaja paling murah RM 350, Bil api/air dan telefon dah mencecah 100 hinggit, belum lagi wang kenderaan berulang alik kerja…naik bas pun sehari dah makan 2 hinggit sebulan dah cecah 50 hinggit.  Belum lagi lain lain ….yang tak nampak…..makan pastinya mahal….takkan nak makan ikan sardine setiap hari atau telur atau Maggie….Makanan kena makan yang berkhasiat.....kalau tak bila jatuh sakit pastinya kena bayar yuran rawatan..sebagainya. Itu yang bergaji 1200 hinggit bagaimana jika pendapatan tidak cecah 1000 hinggit dengan anak 4 orang termasuk anak kecil….dimana susu bayi sahaja akan makan 1/3 pendapatan. Kawasan perumahan yang semakin murah pastinya mempunyai environment yang tidak sehat….Dah lah si ayah hidup miskin…takkan generasi si ayah juga perlu hidup miskin…jika begini sampai bila tiada perubahan….Si anak tidak kesekolah rasmi…apa yang ader untuk menempuh dunia penuh teknologi dan saingan dimasa depan….akhirnya kecundang…jika iman & takwa penuh didada maka insan akan berusaha atau redha dengan apa yang ader…tetapi jika kurang perkara berikut maka akan wujudlah kaki rompak, kaki ragut dan pelbagai kaki lagi.  Jika ini berleluasa  siapa yang perlu dipersalahkan…adakah kita hanya perlu berlepas tangan…Walhal..ader badan badan yang diwujudkan perlu memantau kemiskinan ini…Jika orang lain , agama lain, negara lain boleh melakukannya kenapa tidak orang kita, agama kita dan negara kita.  Memang kata kita buat kerja….tetapi masih ramai lagi diluar sana yang hidup dalam kemiskinan …..
Patique kesihan memikir kan masa hadapan kanak kanak diatas..apa yang akan jadi pada mereka jika mereka terus menerus hidup dalam keadaan begini….Ini baru satu keluarga…tak tahu berapa banyak keluarga lagi yang  senasib dengan mereka…..
Jangan kan asyik membantu diluar lingkungan kita…padahal yang berdekatan dengan kita juga perlukan bantuan…..Bak kata pepatah anak kera disusukan anak sendiri mati kelaparan.

***** Sentiasa membantu apa yang mampu *****

No comments:

Post a Comment