Wednesday, January 4, 2012

My Journey to Johor

Pada 31 Dec ynag lepas Patique bersama teman sejiwa, buah buah hati ,ayahanda, bonda dan macikanda hehehe...bertolak ker Desaru Johor...kerana adernya jemputan kahwin disana. Kami bertolak pada jam 10.30 am dan tiba dirumah pengantin dalam jam 5.00 pm. .. Setelah menikmati juadah...maka tergesa gesa lah kami mencari hotel untul menginap....Pada mulanya dikatakan yang penginapan telah disediakan...tetapi bila disana...penginapan tiada..Maka terpaksalah kami mencari penginapan sendiri.....pada mualnya ingin menginap di Lotus Apartment Desaru...Memandang jam telah menunjukan hampir 7.00 pm...maka alangkah ruginya membayar hampir setengah ribu untuk beberapa jam sahaja...jadi cancel...dan kami menginap di sebuah budget hotel..yang dinamakan DESARU Permai Inn....walaupun budget hotel..tetapi keadaan bilik amat bersih walaupun kecil...maka terpaksalah menyewa 2 buah bilik pada malam itu.
Setelah selesai bersiap maka bergegas kembali ke rumah pengantin untuk majlis akad nikah...usai majlis jam telah menunjukan jam hampir 10.30 pm dan tiba di hotel dalam jam 11.00 pm. 
Pada keesokan harinyer...Kami ker rumah pengantin untuk majlis perkahwinan...usai dalam jam 3.00 pm....Setelah itu segeralah kami menuju ke Johor Bahru dan tiba disana dalam jam 5.00 pm....setelah sesat mosat di dalam Bandar Johor Bahru tersebut.  Malam itu kami bermalam di New York Hotel ...Syukur dengan harga yang berpatutan...Kami mendapat bilik yang besar dan selesa untuk seisi keluarga bermalam.
Next morning...Matlamat cuma satu sahaja ...iaitu..pergi ke JPO ( Johor Premium Outlet ).....Tempatnya kira best dengan harga barang branded yang murah....Bak kata sedara Patique..lebih murah dari Pavilion hehehehe.....Anyway tiada apa yang dibeli cuma beberapa helai baju..sbab budget takdo....hahahaha
Tiba diteratak jam telah menunjukkan pukul 9.15 pm.




Hari ini...kembali bertugas di Istana seperti biasa....walaupun ramai yang cuti kerana hantar anak ke sekolah......hmmmmmmmm...

Happy New Year 2012

Selamat Tahun Baru 2012..


Semoga tahun ini lebih banyak rezeki...
Lebih kurang kena marah di Istana...
Lebih kurang stresssss di tempat kerja.....








Happy New Year to All.....

Wednesday, December 28, 2011

Surat.........

Semalam auditor Istana telah menelefon Pembesar Berdarah Maharaja mengenai surat pertukaran Pembesar dari Negeri Matahari Terbit.  Katanya surat berkenaan lewat diterima dan hanya diterima pada minggu lepas dan akan menyebabkan penalti jika dihantar kepihak berkenaan.  Seingat Patique surat berkenaan bertarikh pada 29 June dan Patique terima dari Pembesar Pulau Kalungga pada 8 Oct untuk diterjemahkan ke Bahasa Omputeh. Dan Patique submit kepada Pembesar Pulau Kalungga pada hari yang sama. ...
Persoalan dalam kepala Patique ialah... “ Bila Pembesar Pulau Kalungga menerima surat berkenaan????”.... “ Setelah diterjemahkan surat itu kenapa baru penghujung bulan Dec hendak dihantar ke auditor????”..... “ Buat apa dengan surat tu selama ini????....Buat pekasam apa ???” .... Akhirnya dah menyusahkan Pembesar Berdarah Maharaja untuk menyelesaikannya.....Tapi biasalah....Pembesar Berdarah Maharaja memang dah biasa mencuci NAJIS yang Pembesar Pulau Kalungga lakukan.....Itu pun Baginda Istana masih lagi nak back up Pembesar Pulau Kalungga dan pandang sebelah mata jerr Pembesar Berdarah Maharaja nie.
Walau apa pun beginilah senario bekerja di Istana...dimana yang berUSAHA itu Cuma dipandang sepi...Mana yang MALAUN AUTA tulah yang dibangga bangga dan puji puji.
Nantilah bila tiba masanya..ketika yang BerUSAHA  nie pakat pakat berenti beramai ramai..tinggal MALAUN AUTA sajer di Istana nie...masa tu baru tahu....siapa yang buat korejer....siapa yang tidak reti buat korejer.....

****** Bilalah masanya kan tiba yer????? **********

Tuesday, December 27, 2011

Sandal...

Setelah Patique usha hampir setengah tahun…casual sandal yang Patique idam idamkan….maka 2 hari yang lepas pergi Patique ke kedai kasut berkenaan….
clarks.co.uk
Tanpa perlu berpikir panjang..maka Patique pun mengambillah sandal yang Patique idam idamkan itu…..Maka berjumpalah dengan sales guy kat situ…..meminta saiz 6.
Sales guy pun menjawab saiz 6 sudah kehabisan stock….Adooiii…..setelah lama Patique bersabar untuk membelinya…bila tiba masa stock takder lak….KECEWA!!!!
Semalam diwaktu tengahari…Patique tidak puas hati kerana tidak dapat apa yang telah lama diidamkan ….lalu Patique pun menelefon kedai kedai kasut di sekitar Kuala Lumpur dan ader lah sebuah kedai kasut…..yang menyatakan yang hanya satu pasang jer yang tinggal dan Patique pun booking….dan pada malam  itu Patique pun pergi ke kedai tersebut dan membeli casual sandle yang diingini.
At last I got my dream sandal….hehehehe.

**** Pas nie nak usha apa lak…hmmmmmm ******

Saturday, December 24, 2011

Beruang, Bear, Kuma, Gom, Karati......

Kesah hulubalang tidak selesai selesai lagi…
Tak tahu besar sangat ker kesalahan hulubalang yang cuba menjalankan tanggungjawab agamanya…Benar ia satu kesalahan…tetapi perlukah hukuman yang begitu berat dijalankan…sehingga rasa terhina begitu sekali.
Bagi Patique adalah lebih baik hukuman dijalankan keatas…..individu yang rehatnya tengaharinya setiap hari bermula jam11.30 am hingga ke infiniti….kepada individu yang setiap hari ader sahaja hal di luar yang menyebabkan tugas tertunggak- tunggak..dan menyusahkan orang lain…..kepada individu yang mengutamakan rumah dari Istana walhal…berada dikedudukan yang amat tinggi….kepada individu yang bercuti panjang menunaikan ibadah dibumi Kalungga…kepada individu yang curi tulang setiap hari dikedai kainnya…Bukankah semua diatas tidak memenuhi syarat syarat Istana….
Namun tindakan tetap tidak diambil…kerana ader salah guna kuasa…kerana ader pakatan kuasa ….Kerana ader nyer hidden agenda antara mereka…..

Jika para ketua dayang atau penolong ketua dayang boleh ditarik jawatannya kerana peratus kedatangan yang mengecewakan…Bagaimana pula mereka yang hanya berada di Istana kurang lebih 4 jam setiap hari tidak lagi termasuk cuti cuti sesuka hati….walaupun kelihatan tidak bercuti…jika dikira jam bekerja…Patique rasa sama jer atau kurang dari para ketua dayang tadi….tetapi..semuanya di COVER…ditutup….bukan tindakan yang diambil..malah pelbagai ganjaran pula yang diberi …Apalah akan jadi Istana ini jika keadaan begini terus terusan…..Perubahan ingin Patique lakukan tetapi apakan daya ….Istana ini bukan milik Patique malah…tiada pegangan saham pun yang membolehkan Patique bersuara….Dengan kuasa yang cipuuuttttt nie tak banyak boleh dilakukan….pastinya jika transformasi ingin dilakukan di Istana ini….tak lama la jawabnya leher Patique akan dipenggal.  Namun jiwa Patique meronta ronta untuk menghapuskan atau mengurangkan sebanyak mungkin kepincangan yang berlaku di Istana ini.  Tapi seperti yang pernah dinyatakan oleh Ketua Besar Dayang .. “ Selagi dua ekor tu berada di atas …Selagi itulah perubahan tidak dapat dilakukan”..

********* Masih mencari jalan ….***********

Wednesday, December 21, 2011

@#$%#$%&*^

Dari semalam hingga ke hari ini Baginda tak henti henti mengamuk...
Apalah bala yang datang nie.....Patique dah siap boring mendengar leteran leteran...perkara perkara yang boleh diselesaikan di peringkat pembesar sahaja...
Bermula dari seawal pagi....Patique dipanggil ke bilik Pembesar Pulau Kalungga kerana ader pergaduhan diantara 2 orang dayang di shift malam. Selalu ajer jika melibatkan Autarian pasti akan berlaku isu besar.  Walhal dikatakan kedua orang dayang ini dulu amat baiklah hubungannyer dan tak tahu kenapa...akhirnya tercetus perang saudara....hingga membawa ketempat kerja. Adakah macam nie....personal is personal lah....Bila kat Istana buat jerlah kerja...cam biasa....Tulah waktu baik dulu..orang kata jangan berbual pun...korang pergi berbual....Ini orang instruct suruh check pun korang tak nak pergi sebab tak baik...pemikiran macam budak budak ..tak profesional langsung.
Dah semua hulubalang, ketua dayang, penolong ketua dayang & pembesar pembesar dipanggil. Apa dia nie???/ Perkara camnie pun nak kena panggil segala ker???/
Stressssss!!!!!!!!!!! Betullah....
Tak habis dengan itu pada jam 11 pagi lebih kurang.....Rasanya Memanda Menteri  Bumi Matahari yang mulut tempayan kot ...mereport pada Baginda ..mengatakan timbang di bahagian penghantaran telah diseret ke setor untuk digunakan....Baginda pun pergi ke bahagian penghantaran...memeriksa timbang dan timbang itu telah rosak..Maka murka lagilah Baginda...memacam dikatakan....hinggakan Para pembesar pun dimarahi kerana tiada tindakan diambil...Walhal..timbang tu tidak sesuai untuk menimbang kotak kotak recycle yang berat ya amat itu...dan arahan dari Pembesar Pulau Kalungga yang menyuruh agar timbang itu digunakan....Tak pasal pasal Ketua Dayang di bahagian penghantaran kena maki hamun.....Patique pun terbabit sama untuk menyampaikan pesanan....Stresssss!!!! LAGI......Then Ketua Dayang pun memberitahu Patique yang bila perkara itu berlaku Pembesar pembesar buat muka tak tahu jer.......Walhal kerosakan tersebut telah diberitahu dihari sebelumnya......Dari atas pun kena ..dari Bawah pun kena...Stresssssss!!!!! lagi & lagi. Setelah rehat tengahari yang Patique CUMA dapat 15 min sahaja.....Lebih kurang jam 2 petang.....guard post yang baru telah tiba.....Maka Patique memberitahu Pembesar Berdarah Maharaja berkenaan perkara tersebut...kerana Patique pun tidak tahu dimana guard post lama ingin diganti dengan guard post baru.
Ketika itu Baginda diminta untuk mengalihkan kereta nya...Maka baginda pun turun kebawah...maka berlaku lagi kemurkaan....Dimana Baginda memarahi Pembesar Berdarah Maharaja kerana tidak memikir langkah langakah perancangan untuk tukar ganti...Kerana guard post yang lama diletakkan di sebelah gusard post baru...dan siapa yang ingin mengangkat dan membuang guard post yang uzur itu.....Walhal perkara perkara itu di uruskan oleh Pembesar Pulau Kalungga ...dan seperti biasalah...Pembesar Berdarah Maharaja...tersepit menerima habuan...Dah Baginda berjumpa Patique bising bising...itu tak kena ini tak kena...sampaikan apa yang baginda ingin sampaikan kepada kedua orang Pembesar tersebut.  Bertambah lagi Stressssss !!!!!!!!!!!!
Jam 3 lebih...Memanda Menteri memanggil Patique untuk menghadiri mesyuarat..kerana ader kesilapan label di bahagian penghantaran....Adoiiii...kalau sampai ketelinga baginda ini...maka memekak lagilah jawabnya...siapa check?? siapa follow up???...kenapa??? Apa???? Bagaimana???? ...Syukur ketika itu Baginda sudah pulang...Cuma Stresssss berhadapan dengan Memanda Menteri yang bebal pulak...sbab tak paham paham proses.
Ingatkan hari ini....sudah selesai segalanya......pagi pagi jam 7.50 pagi seorang hulubalang berjumpa dengan Patique...Katanya pagi tagi dia dimarahi Baginda kerana tidak mencukur jambangnya...Sebenar pada minggu lepas hulubalang ini telah ditegur kerana tidak mencukur jambangnya...dan biasalah golongan Autarian ini jenis berbulu lebat...kiranya cepat jerlah..nak jadi beruang....Pembesar Berdarah Maharaja pernah menegur sebelum itu...dan dikatakan dia tengah bersembayang..dan diharamkan mencukur apa apa bulu dibadan selama 40 hari.  Baginda berkata .... pihak Istana tidak membenarkan para pekerja JANTAN nya untuk menyimpan jambang...misai dan sedikit janggut masih boleh dimaafkan....tetapi lebih baik jika dicukur licin setiap hari.
Dahnya hulubalang tersebut telah menerima 2 surat amaran berkenaan perkara tersebut dan Baginda bertitah ..katanya..jika hendak memilih agama hingga perlu tukar imej perlu keluar dari Istana dan mencari kerja lain.......Pihak Istana tidak ader kena mengena dengan agama. Kesihan melihat hulubalang tersebut....Tapi Patique pun tidak dapat berbuat apa apa...kerana Patique pun tak tahu adakah wajib melakukannya atau tidak...kerana agama yang dianuti berlainan. Cuma yang Patique pegang adalah Jangan Menghina Agama orang lain..kerana ditakuti Meraka akan menghina agama Patique.
Dah bertambah satu lagi Stresss!!!! hari ini........Stress semalam pun tak selesai lagi nak ditambahkan dengan yang baru.... Lepas nie tahu apa lagi yang ingin dimemekakkan...oleh Baginda.....STRESSSSSSSS!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

********* Aaarrrggghhhhhhhhh***********

Monday, December 19, 2011

Nyanyukkkkkk!!!!!!!

Pada Sabtu lepas dalam jam 11.30 am…Baginda menelefon Patique dari luar...Katanya dia mengisi minyak di sebuah petrol station yang berdekatan.  Baginda telah memberi RM50 kepada pump attendance dan ketika meter menunjukkan RM32 ..minyak telah penuh didalam tangki…. Maka baki RM18 katanya terlupa untuk diambil dan dia berlalu  pergi.  Jadi menjadi tugas Patique pula untuk pergi ke Petrol Station tersebut dan meminta wang baki RM 18 itu. Maka Patique dengan bengangnyer pergi ke Petrol Station tersebut dan berjumpa dengan penjaga kaunter dan bertanya ada tak Baginda mengisi minyak disini pagi tadi dan memberitahu yang Patique menerima panggilan telefon dari Baginda yang menyatakan dia tidak menerima wang baki.  Maka kakak di kaunter memberi tahu Patique yang Baginda sendiri datang ke kaunter dan wang baki kakak itu sendiri yang serahkan kepada Baginda dan jumlahnya adalah RM18.
Bertambahlah lagi bengang Patique …Baginda nie nyanyuk ker apa?????
Kerja Patique ker...kena minta wang baki yang dia dah lupa....cuba kalau Patique yang buat...mesti Baginda kata itu takder kena mengena dengan Istana....itu adalah personal matter.... Tapi kalau bab Baginda sesuka hati jer...suruh orang buat itu ini walaupun takder kena mengena dengan kerja kerja di istana. ... Nak menambahkan lagi kebengangan Patique pada jam 1.00 pm...Pembesar Berdarah Maharaja menerima panggilan telefon dari Pembesar Pulau Kalungga ...yang mengatakan Pembesar Pulau Kalungga  bertembung dengan kereta Baginda di pekan dijalan yang berdekatan dengan Petrol Station tersebut....
Dan ader seorang wanita asing bersama..katanya.....Ooooohhhhhh......Baginda pergi meyoya..ngan girlpren tak hengat...yang Patique tengah sibuk di Istana nie kerja ...kena pie amik wang baki.....Ingat Patique nie hamba ker apa.....pencacai ker apa????
Benda benda nie buat lah sendiri.....Patique dahlah banyak kerja...di Istana yang tak habis habis....tu nak tambahkan lagi pulak dengan kerja kerja amal...untuk baginda yang tak mendatangkan pekdah punnn... Baginda berseronok seronok ntah kemana......Kita nie nak settlekan hal peribodi dia sampai pening...takut salah dan pastu kena bambu tak tentu pasal...walaupun bukan dalam task kerja.....Maklumlah Baginda yang bayar gajikan....tu pasallah..Baginda leh buat sesuka hati jer kat pekerja.....Kata kat orang yo poyo jerrr....jangan sombonglah apa lah......tetapi dari pandangan Patique baginda lah yang sombong...sbab tahu dia pegang gaji pekerja...So dia bleh suruh sesuka hati menyalah guna kuasa yang ader untuk orang buat kerja kerja yang tak berkaitan dengan Istana.
Walau apapun Patique telefon Baginda kembali .. ..dan memberitahu yang wang baki itu...Baginda dah personally pergi ke kaunter dan ambil....So Petrol Station PIC kata dia dah berikan kat Baginda dan meminta Baginda menyemak sekali lagi.

***** Bila lah Baginda nie nak bertaubat gamaknya....hmmmm*********