Friday, September 9, 2011

My Hari Raya


Hari ini telah masuk 11 syawal…..Tetapi tahun ini sambutan tidak begitu meriah berbanding tetahun yang lalu walaupun mendapat cuti yang agak panjang.
Raya tahun ini bermula dengan Nenda Patique yang gering tua pada malam menyambutnya 1 syawal…dimana pada pukul 3.00 pagi ..Patique telah dikejutkan oleh teman sejiwa Patique untuk menyampaikan perkhabaran itu. Maka pada pagi 1 syawal setelah usai menunaikan solat sunat…berkumpullah anakanda anakanda, cucuanda cucuanda and cicianda cicianda…dirumah Nenda untuk memberi semangat kepada Nenda yang gering itu. Pada jam 11.30 am …maka Patique bergerak ke rumah saudara mara kerana ayahanda dan bonda tidak dapat menziarah saudara mara…..Setelah usai bermenziarahi..maka Patique bergerak ke utara tanahair  untuk bertemu ayahanda dan bonda disana….Tiba di utara tanahair jam menunjukan pukul 10.30 pm….Maka kesempatan yang ada diambil untuk berbual bual hingga mencecah jam 4.00 am. Pada keesokan harinya ayahanda diserang demam panas dan demam berlarutan hingga ke 4 syawal tetapi kesempatan berada diutara tanahair tetap diambil untuk melawat saudara mara disana pada 2 syawal. Pada 4 syawal Patique bertolak pulang kerumah dari utara tanahair pada jam 6.00 pm  dan perjalanan agak sesak di lebuhraya dan pada jam 10.30 pm ketika berada di negeri Perak…Patique menerima panggilan telefon dari Ayahanda yang memeberitahu Nenda telah pergi selamanya….Tiba dirumah nenda ..Jam menunjukan pukul 12.40 am…dan Patique berada disana hingga jam 1.00 am. Pada 5 syawal Nenda dikebumikan pada jam 9.00am dan pastinya saudara mara agak sibuk untuk menyediakan persiapan kenduri. Pada malam 5 Syawal…teman sejiwa dan buah hati Patique diserang demam panas…dan demam buah hati Patique berlarutan hingga ke 7 syawal….pada pagi 7 syawal Patique mula bertugas di Istana Matahari Terbit…dan tengahari itu ketika menelefon teman sejiwa ..diberitahu yang buah hati Patique refuse untuk makan dan minum…even susu pun taknak. Makan berkejarlah Patique pulang dan membawa buah hati Patique ke Pusat Pakar Tabib dinegeri Patique ini.  Maka pada jam 5.00 pm 7 syawal….buah hati Patique telah di ward kerana dehydrated . Semalam baru discharged dari ward pada jam 6.00 pm. Tetapi suhu badan masih lagi naik sekali sekala dan batuk masih belum berkurangan.

Walau apapun beginilah sambutan Eid Patique pada tahun 1432H.

No comments:

Post a Comment