Monday, September 26, 2011

Apa tak leh amik ujian ?????

Mungkin agak lambat Patique mengomen tentang perkara ini.
Pada minggu lepas berita menayangkan dimana 3 orang murid telah dikurung di kelas berasingan dan diberi makan dan minum sepanjang peperiksaan. Murid murid ini tidak dibenarkan mengambil peperiksaan kerana ditakuti akan menjejaskan keputusan prestasi sekolah. Ini kalau dah cikgu pun mengamalkan bias bagaimana anak murid yang diajar akan bersikap adil. Tugas guru untuk mengajar anak anak murid supaya akan lebih baik dari sekarang. Tak semua manusia dilahirkan mempunyai IQ dan kebolehan yang sama.
Kalau semuanya ber IQ tinggi …dengan keputusan cemerlang….Semuanya jadi Doktor, Lawyer atau Majestrit …siapa yang nak jadi opis boy, peon, kerani taip atau pengawal keselamatan. Hidup memanglah ader yang diatas dan ader yang dibawah…cuba lihat Piramid di Giza tu…sebab Piramid tu di buat sebegitu rupa…dimana tapaknya besar dan puncaknya tirus atau gunung ganang juga serupa…..jadi piramid piramid nie boleh bertahan sampai ribuan tahun……Cuba kalau dulu si Firaun tu buat piramid tirus dibawah dan besar diatas …agak agak berapa lama yer akan bertahan.  Sama juga dalam sistem kehidupan….Dimana Opis boy, peon, kerani dan pengawal keselamatan lebih ramai dari Doktor, lawyer dam majestrit itu sendiri….Mereka lah sokongan asas bagi mereka diatas.  Tanpa sokongan ini agak agak doktor, lawyer dan majestrit tadi bolehkah melakukan tugas dengan lancar.
Jadi kepada guru guru yang mengamalkan bias ini perlu memikirkan perkara ini….semua anak murid perlu dilayan dengan saksama…mereka berhak untuk mengambil ujian seperti yang telah ditetapkan….Sama ader anak murid itu pandai atau bodoh bukan alasan untuk membenarkan atau tidak membenarkan pengambilan peperiksaan. 
Ibu bapa anak murid yang kurang cerdik juga membayar yuran PIBG atau yuran yuran lain seperti ibu bapa yang anak mereka cerdik.  Jadi kenapa perlu dikastakan anak anak murid ini berdasarkan kemampuan mereka mengambil peperiksaan.
Peluang perlu diberikan samada peluang itu digunakan sepenuhnya atau tidak terpulang kepada individu...Ini kerana dalam kes mengambil peperiksaan ini semua murid layak untuk mengambil peperiksaan keputusan adalah perkara kedua. 
Macamanalah negara nak maju kalau ader dikalangan pendidik juga yang masih berpikiran sempit begini.

***** Insan Dilahirkan Merdeka….Setiap Insan berhak memilih apa yang mereka ingin jadi..Selagi tidak melanggar tatsusila dan agama *******

No comments:

Post a Comment