Friday, June 17, 2011

Need to STOP…

Yesterday ..ketika Patique pulang dari Istana Matahari Terbit…. Patique mengekori satu trelar yang membawa muatan live stock…ITIK….hadoooiiii…nak memotong pun kereta banyak so terpaksalah Patique membontoti trelar tersebut dalam beberapa minit….yang Patique tidak tahannya..ialah bulu ITIK yang berterbangan umpama daun berguguran…punyalah penuh trelar tersebut dengan sangkar itik. ( You can imagine how the truck is full loaded with live stock) ..

Yang menjadi tanda TANYA ialah…di Negeri Patique nie tiada undang undang ker…menyatakan yang live stock nie tidak boleh dibawa dengan pengangkutan dijalanraya. Ini baru ITIK ….cuba kalau BABI ker…Kambing ker..Lembu ker…penuh selori …dan korang mengikuti dibelakang nya…sure menyebabkan korang rasa nak maki hamun jer…lori tu….dah tu ader najis berterbangan..atau air yang menjejeh terpercik kat kereta korang….sure punyalah korang mencarut sekandaq….lelebih lagi kalau live stock tu BABI….
Selama Patique menjelajah di Negara Matahri Terbit atau Negara Bermata Biru pun tak pernah nampak pun truck yang membawa live stock nie dijalanraya. What I knew yang live stock nie telah dislaughtered terlebih dahulu dan dibersihkan….. kemudian dibawa didalam truck yang ader frozen facility…so even they knew ader haiwan didalam truck itu..tetapi tidak mendatang pemandangan atau situasi kurang senang.
Patique rasa Negeri patique nie kena buat enforcement..berkenaan membawa haiwan hidup nie…dijalanraya.. kalau bawa kuda seekor ker, anjing dua ekor ker….kucing tiga ekor ker…bukanlah masalah besar..kerana selalunya haiwan haiwan ini dibawa oleh kenderaan persendirian…dalam kereta atau pick up mereka…
Ini maksud Patique haiwan untuk disajikan kepada kita..untuk disembelih dirumah penyembelihan…Adalah lebih baik setiap pusat penternakan mempunyai pusat penyembelihan mereka sendiri yang diakui oleh jabatan jabatan yang berkenaan seperti status persekitaran, penyembelihan halal atau haram dan perkara perkara berkaitan.
Patique harap yang Negeri Patique yang ingin berstatus negara maju ini…mula memikirkan masalah lori membawa live stock dijalan raya..baik dijalan persekutuan, jalan negeri atau lebuhraya.

No comments:

Post a Comment