Tuesday, June 14, 2011

Impian..

Sebagai Manusia …Kita mempunyai pelbagai impian…
Mengimpikan rumah bak istana, wang berkepuk dalam bank, kereta yang berlambang kuda  dan pelbagai lagi. Kebanyakan impian kita bila didengari terlalu menjerumus kearah material….kenapa jadi begini ya??
Bagi Patique ini kerana kelangsungan hidup yang mendambakan material lebih dari segalanya….
Sebagai contoh…kalau nak cari suami ..pastinya inginkan suami yang berkerjaya besar…rupa paras jatuh nombor 2…yang penting kukuh dari segi ekonominya….kerana ada pepatah baru la….Sekadar hensem jer..tak boleh mengeyangkan perut…..Betul la tu…stakat nak hensem yer…kalau kerjanya hansap….mana nak kenyang….keculi ada minah nak spedo.
Maklumlah dunia alaf baru nie….No money No talk….Takde wang satu apa pun tak jadi… Kalau tak..takder la..minah minah yang malatop diluar tu nak kawin dengan pakcik pakcik berumur…semua nya kerana cinta itu buta….ialah dibutakan oleh RM.
Kalau dah ader anak ….. susu nak dibeli…selang setahun dua ..susu naik harga…anak anak semakin besar dan makan pun semakin banyak…kalu tiada berwang…bagaimana nak bagi makan anak anak….Itu tak temasuk bil elektrik…juga meningkat disebabkan harga petrol dunia naik….so..kalau nak jimat letrik..takkan nak bergelap sepanjang masa…berhangat didalam rumah tak yah pasang kipas…….Itu belum lagi bil telefon…
Walaupun pakai prepaid sekali pun…sure berhabis gak RM50 ke RM60 sebulan.
Pas tu kalau dah ader anak 2 orang..takkan nak naik motor…buat tatu angkatan tentera lak….sure kena beli kete….Dah kos naik lagi …petrol lak nak kena isi….belum lagi nak bayar pengasuh…tiap bulan RM200~ RM250 sebulan…maklum lah kalau sorang jer bekerja mana nak cukup…pulun OT tak balik umah sekali pun sure tak berapa nak cukup… tempat tinggal pun nak kena bayar…tak kira la…menyewa atau beli sendiri.
Apartment mampu milik…baru keluasan 600 kaki persegi…bersempit sempit la…macam sardine duduk sekeluarga. Nanti bila anak anak dah besar panjang…mula la mencari kebebasan diluar ..kerana rumah ku bukan syurga ku…
Ini lah kehidupan yang kita hadapi setiap hari….kepala si suami dah naik botak ..macamana nak menguruskan kewangan..macammana nak membahagiakan keluarga…macammana nak meluangkan masa…bawa anak anak berjalan atau bercuti…
Kerana punca semuanya WANG…….

Hingga Bila Kehidupan Akan Terus Begini…..WANG .. WANG…WANG….

Buat masa nie Patique tiadalah masalah kewangan…tetapi sama seperti yang lain diluar sana..kekurangan masa kerana bertebaran mencari rezeki untuk keluarga.


**** Impian Patique ialah ingin menjadi orang yang merdeka…dari segala segi…hehehehe ***********

No comments:

Post a Comment