Friday, June 3, 2011

WTH…

Pagi semalam ketika Patique ingin berangkat ke Istana Matahari Terbit untuk mejalankan tugas Patique ader sebuah MPV nie memang setiap hari akan membuat Double Parking menghalang kereta lain yang memakir kereta mereka dengan betul. MPV nie pada pagi semalam telah menghalang sebuah kereta dan pastinya owner kereta terhalang berkenaan telah menolak MPV nie kehadapan….ketika Patique melintasi MPV ini Patique telah melihat bumpernya telah melanggar kereta lain iaitu sebuah sedan Vios putih akibat tolakan owner kereta yang pertama tadi. Maka Patique ingin membantu owner Vios tersebut kerana dia sedang mengendung anak…dan kelihatan seperti tercari cari seseorang tetapi Patique batalkan kerana mungkin owner Vios tersebut menunggu owner MPV bernombor WTH ( What The Hack ) tu tiba. Patique tak tahu apa yang terjadi kepada selepas itu kerana Patique juga sudah terlambat untuk ke Istana Matahari Terbit.


Pagi tadi ketika menuju ke kenderaan Patique……MPV “What The Hack” ini memakir kenderaannyer secara betul dalam kotak pakir….Ermm … Pandai pun nak Parking bebetul….Ingatkan owner nie tak reti nak memakir MPV buatan China nya itu..sbab asyik double park semedang……Melihat kepada owner MPV What The hack nie…macam kerja bagus…nye la…pergi kerja…siap kemeja bertie bagai…tetapi cara memakir kennderaan nya tak melambangkan langsung ciri ciri orang berpelajaran……
Patique yang memandu MPV buatan Jepun…. di ulangi…Jepun nie pun tak pernah buat double Park “ Mati la Meriak” huhuu…bukan buatan mana yang menjadi persoalan nya..kalau nak memandu kenderaan buatan Papua New Guinea ( kalau ader) sekali pun tak der kena mengena ngan Patique….tetapi bila memakir kereta tu pastikan la tidak menyusahkan orang lain…itu baru dipanggil orang berpelajaran bukan nya keluar universiti tu dah boleh dikatakan berpelajaran kalau perangai macam ungka dihutan menyusahkan orang lain nak buat apa.

Kepada Owner kenderaan MPV Buatan China Berplate WTH ( What The Hack !! ) 3XXX tu…tukar tukar ler perangai…..Tau Ko tu balik kerja selalu lambat ..maklum la BZ !! Tapi orang lain pun balik kojer lambat gak…bleh pun parkir jejauh sbab tak nak menyusahkan orang pepagi. Kepada owner kereta lain yang setiap hari buat double park tu juga..tetolong la yer….parkir kereta anda dengan betul….jangan samapi ader yang meradang tolong bakor kan kereta korang.

No comments:

Post a Comment