Thursday, June 16, 2011

Paham ke Idak Nie???

Pagi nie Pembesar Pulau Kalungga telah menunjukkan satu senarai nama para dayang dan dayung yang ingin masuk lambat kerana ingin menghadiri majlis perkahwinan di Batu Caves katanya.
Yang Patique peliknya ..Majlis perkahwinan itu bukannya majlis perkahwinan kawan mereka yang juga pekerja di Istana Matahari Terbit ini tetapi ABANG kepada kawan mereka ini. Abang budak tu kawan ko jugak ker…setahu Patique korang kawan dengan budak tu jer…bukannya kenal pun ABANG budak tu….Bila ditanya ada yang mengaku sedara lah…Ko nak belit pun berpada pada la…..oiiiiii…Ingat KAMI nie bodoh ker..nak percaya kata korang tu…..Nampak sangat saja nak menyoya …kira masuk lambat 2~3 jam…Pas tu nanti bila gaji tak naik…dapat bonus skit…mulalah muncung macam TAPIR ……kata Istana Matahari Terbit tak adillah….pilih bulu lahhh……Kalau nak kata pilih bulu nie…dah lama Patique nak buat….Kalau Patique pilih…bulu bulu yang lurus dan agak agak ikal jerrr…kalu jejenis bulu kerinting nie …kirim salam….banyak sangat songelnyer……
Ada juga dikalangan mereka 2~3 ketul nie…lagi sengal…Masuk lambat sebab nak sambut BIRTHDAY…..Kepala hangguk betullah….Birthday Agong pun pun datang kerja…nie birthday sapa lak nie…yang besar dari Agong..yang korang nak masuk lambat atau cuti..Bila ditanya…jawapannya…. sedara punya birthday la…anak buah punya birthday la….Tok nek punya birthday la…
Kalau macam tu..kalau ader 30 orang sedara…kira setahun 30 hari korang nak masuk lambat atau cuti….baik tak yah keje cam tu….korang pie la..Birthday party setiap hari ….takder sapa nak marah…melantaklah kek tu puas puas…
Nie la..yang buat Patique tak paham…tak tau which is priority in life….Kerja ker??? atau Kenduri Abang Kawan ker atau Birthday ker?????

Dilihat pagi tadi…Pembesar Pulau Kalungga masih berlembut dengan dayang dan dayung nie…..Kalau Patique diberi peluang tadi…Patique Cuma beri kata dua sahaja…Korang nak pegi melantak ker atau nak datang kerja on time????
Kalau korang nak pegi melantak dan yoya..dipersilakan…pas tu tak yah dah datang kerja lagi….sbab dengan attitude macam nie…tak mendatangkan faedah kepada Istana Matahari Terbit buat rugi bayar gaji jer…..

**** Yang Pasti ….Dayang & Dayung nie…bila ditanya faham ker…jawapan punya baik…FAHAAAMMM !!!!!...Tapi tetap tak faham******

No comments:

Post a Comment