Semalam…setelah menahan lapar sepanjang pagi….Patique bergegas untuk membeli makanan mengalas perut ditengahari. Ada sebuah gerai ini menjual rojak buah, cucur udang , samosa dan popia goreng.
Pelanggan adalah lebih kurang 5~6 orang sahaja. Patique dengan confident telah singgah ke gerai tersebut ubntuk memebeli popia goreng kerana terlalu lapar….akan tetapi pekerja gerai tersebut punya la lembab hingga melihat dia bekerja pun dah menyakitkan hati…..
Untuk membungkus 4 biji kuih pun mengambil masa 5 min….apa dia….tak terfikirkah…pelanggan yang singgah ke gerai korang tu..kebanyakan ingin mengejar masa..kerana mereka bekerja…dan waktu rehat yang singkat….Mereka tiada masa nak menunggu berkurun lama semata nak membeli cucur beberapa ketul….Dah la tu ader seorang pelanggan ini bertanya lebih 3 kali harga kuih tersebut….tetapi tidak berjawab…sebab concentrate mengikat kuah cili…..Adoooiiii…..yang mengikat tangan ko bukannya mulut ko…sambil mengikat kuah cili tu…takkan nak leh beritau…3 sehinggit ker…4 sehinggit ker???? Dah pelanggan tersebut menunggu pulak…sebab nak tau harga….Nie Patique nak beritau kat pekedai nie…kalau nak meniaga buat cara nak meniaga…ini tidak….. dah lah buat muka toyer jer…klau muka level model tu mungkin lah…pelanggan tahan lagi nak tengok…nie ..muka dah lah just ngam ngam border average Joe jer…pas tu nak buat muka below average lak…..tak faham tak faham….Macammana nak maju perniagaan kalau macam nie…senyum tidak…peramah tidak…cekap pun tidak…..
Walaupun pelanggan tidak ramai tetapi untuk mendapatkan sekadar 3 ketul kuih nak kena tunggu 10 min..baik takyah…So Patique mengambil keputusan..blah dari situ…sebab selera Patique dah terbungkus disebabkan kelembapan terlampau pekerja gerai tersebut dan sikapnya yang menyakitkan hati.
Nie Patique nak nasihat skit…kalau nak meniaga buat cara nak meniaga….kalau bukan ko punya gerai pun….Buatlah sungguh sungguh sbab ko dapat duit dari hasil jualan tersebut…klau dah tak laku ..mana ko nak dapat bayaran….Walaupun pun gerai tu Mak Bapak korang punya pun….kalau dah tak laku hasil jualan…korang pun akan ikut susah sama….
Kesimpulan nya…Patique beredar dari situ dengan hangiiinnnn satu badan dengan perut yang mendendangkan irama heavy metal….
Nasib baik…Pembesar Berdarah Maharaja membelikan Patique Ayam Goreng Atuk Janggut Putih tu 2 ketul…..So taklah Patique kelaparan hingga lewat petang..
Terima Kasih Pembesar Berdarah Maharaja…Semoga lebih murah rezeki lagi…huhuhu

No comments:
Post a Comment