![]() |
| istockphoto.com |
Dinihari lagi Patique perlu mendengar ceramah dari Para Pembesar.
Pembesar Berdarah Maharaja menyatakan perkara perkara yang perlu dijaga oleh pekerja pekerja Istana untuk meningkatkan mutu dan memang ini amat diperlukan oleh Para Pekerja Istana. Tetapi yang pelik tetapi benar...Pembesar Pulau Kalungga pula berlebih perkara perkara remeh yang perlu dijaga agar jangan hilang atau dipinjam oleh Para Dayang.
Bukan menyalahkan Pembesar Pulau Kalungga ...Benar apa yang dinyatakan tadi...tetapi kekadang bila dilakukan berlebihan akan menimbulkan rasa meluat dan menyampah dikalangan pekerja Istana. Bila wujud perkara perkara sebegini maka suatu hari nanti segala arahan atau suruhan para pembesar akan diCAWATkan sahaja oleh para pekerja Istana. Maka semakin sukar untuk Para pembesar untuk mengawal pergerakan Para Pekerja.
Patique sebagai Hulubalang di Istana Baginda Matahari terbit ini...tidak berpihak kepada sesiapa....Baik kepada Para Pembesar mahupun kepada Para Pekerja bawahan. Bagi Patique setiap individu ader kekureeeengaannnn nyer...Tetapi perlukah menunjuk nunjuk kekurangan yang ader melebihi kelebihan diri.
Yang Patique ingin sampaikan.....Pembesar Pulau Kalungga juga sering kali melakukan kesilapan yang sama...samada kunci Istana hilanglah...tak tahu letak kat mana lah....TIDAKkah itu lebih penting...in case berlaku sesuatu..siapa yanag akan bertanggungjawab...masa tu rata nak cari orang untuk dikambing hitamkan......tetapi tiada siapa yang menegurnya....kerana malas nak bertengkar....maklumlah...kedudukan diatas nie tak ramai...bertengkar sorang...tak sampai hisap sepuntung rokok ..jumpa balik....jadi memasing perlu fikirkan sendiri....Jika yang kita tegur itu benar...Maka perlu ditegur..tetapi bagaimana dengan diri kita sendiri....perlu lah bermuhasabah juga...lihat kelemahan yang ader...then make an improvement.
Teguran tidak menjadi masalah ...tetapi bila kita lakukan berlebihan akan menimbulkan masalah...Kerana bukan mereka yang diatas sahaja bekerja.....oranag bawahan juga bekerja keras...Walaupun ader segelintir yang selalu jer memonteng kerja atau menjual masa.
**** Patique Hanya Pemerhati ****

No comments:
Post a Comment