Friday, March 25, 2011

Pagi Yang Memenatkan…

Pagi tadi hujan turun lebat..membuat Patique liat untuk bangun pagi tetapi Patique tetap bangun seperti biasa and bersiap untuk ke Istana Baginda Matahari Terbit.

Seperti biasa jam tepat 6.40 am…Patique akan menaiki kenderaan dan bergerak…singgah sebentar ke kedai sebelas tujuh untuk membeli minuman kegemaran … Coffee…Sorry I did not born to be an Englishman to drink tea.

Perjalanan dari teratak Patique ke laluan laju berbayar tiada masalah…tetapi bila tiba di laluan keluar laluan laju berbayar…tak samapi 500 m…kenderaan tidak bergarak…padahal dari situ ke Istana Baginda Matahari Terbit hanya 6 km sahaja…

Maka dengan tersenggut senggut ..kenderaan bergerak amaaaaattttttlaaahhhhh perlahan….
Ini yang membuat Patique hangiiinnn satu badan…setelah 50 minit untuk berlalu maka diketahuilah punca kelembapan tersebut….


Terfikir oleh Patique macammana trailer nie boleh jadi begini…..Ader sebuah kereta proton wira biru diarah bertentangan..tetapi Patique tak dapat gambarkan bagaimana kemalangan ini boleh berlaku….
Yang penting Patique perlu segera sampai ke Istana sebelum Baginda membebel kerana kelewatan…..walaupun sekali….Apa nak buat dah Patique nie kuli….

Pepagi lagi sudah penat..perjalanan yang mengambil 30 min dah menjadi 1 jam 30 min….pas tu 12 jam lagi perlu dihadapi……Penaaaattttnyerrrrr

No comments:

Post a Comment