Tuesday, March 1, 2011

Adakah pilihan dibuat satu perjudian???

Patique rasa semua orang didunia ini membuat pilihan dan keputusan tetapi tidak diketahui pilihan atau keputusan itu mengundang kesejahteraan atau keburukan.
Semestinya semua memilih yang terbaik untuk diri dan keluarga. Memperjudikan nasib diatas pilihan dan keputusan dilakukan.

Pilihan atau keputusan apa???

Cuba fikirkan ketika selesai mengambil SRP @ PMR, kita akan berdepan dengan melakukan pilihan...aliran sasterakah ?? aliran sainskah ??  Itu belum lagi perlu melanjutkan pelajaran menengah tinggi disekolah sekarang kah ?? atau sekolah berasramakah ??

Setelah menghabiskan SPM pula ...kita masih akan berdepan untuk melakukan pilihan...ingin terus bekerjakah ?? Ingin menyambung keperingkat STPM kah ?? Diploma kah ??? atau Ijazah ??? Itu tidak termasuk samada ingin ke Universiti Tempatan atau Luar Negara.....Universiti mana ?? Negara mana ?? Bidang apa ????

Setelah graduate maka....berdepan lagi untuk melakukan keputusan....untuk bekerja dimana ?? Sebagai apa ???

Setelah bekerja berdepan untuk melakukan pilihan untuk membeli asset, pasangan ,kahwin dan seterusnya.

Maka sebagai insan didunia ini Patique yakin semua orang berdepan untuk membuat pilihan dalam hidup dan ia adalah sesuatu yang memberi tekanan. Ini kerana keputusan yang kita lakukan hari ini akan mempengaruhi hidup kita di masa hadapan.
Yang PASTI nya semua orang melakukan pilihan yang terbaik untuk diri dan keluarga.
Kita hanya mampu merancang perjalanan hidup hari ini, esok dan seterusnya...tetapi hidup juga ada qada’ dan qadarnya dimana insan tidak mampu untuk meramalkannya.
Cuma mampu melakukan pilihan dan memperjudikan pilihan itu samada kearah kecemerlangan atau kegagalan. Insan Cuma mampu berusaha kearah kecemerlangan dan selebihnya hanya tawakkal sebagai azimat.

Pegangan Patique hanya satu jika kita berusaha PASTI  DIA  akan membantu...kerana sepotong ayat yang menjadi peransang....Tidak akan berubah sesuatu kaum hingga dia merubahkannya...Maka rasanya sudah tiba Patique pergi ke level lain merubah nasib Patique kearah yang lebih baik...untuk masa depan diri dan keluarga. PASTInya tidak mudah tetapi usaha, idea, tawakkal dan berserah kepadaNYA akan menjadi dorongan.
Bila ??.....Hanya masa akan menentukannya.
Insan tidak mampu untuk meramalkan masa depan...tetapi mampu untuk menongkah arus menuju destinasi kerana setiap halangan pasti ada jalan penyelesaiannya.

Harap pilihan dan keputusan anda yang bakal diambil akan datang dapat merubah kehidupan anda kearah lebih baik dimasa hadapan.............

Doa Patique kepada insan insan yang berusaha...

No comments:

Post a Comment