Semalam Patique duduk berdepan TV kerana adernyer semangat untuk menonton perlawanan bola sepak diantara Harimau Malaya & Singa Temasek ini. Waktu perlawanan pertama dahulu di bumi Temasik …Harimau Malaya terpaksa menerima 5 berbalas 3 gol. Semalam keputusan hanya seri 1 berbalas 1 gol. Dari pandangan Patique yang kureeeng arif nie…Corak permainan tidaklah begitu memberansangkan….Ternyata pasukan Singa temasek melengah lengahkan masa…sejak dari awal permainan….tetapi kenapa pasukan Harimau Malaya pun terikut ikut jadi slow….Walaupun rata rata menyatakan berpuashati dengan corak permainan Harimau Malaya ini….tetapi bagi Patique masih banyak kekurangannya….Ini baru berdepan dengan squad Singa Temasek ..bagaimana jika berdepan dengan squad Kimuchi Kobis Putih and squad Sashimi Maguro yang ternyata sering layak ke World Cup. Pada Patique squad Kimuchi Kobis Putih dan squad Sashimi Maguro ini kira masih baru dalam sejarah berbanding squad Harimau Malaya. Waktu dahulu squad Harimau Malaya adalah satu squad yang agak disegani seantaro dunia dengan nama nama gah dipersada dunia bola sepak tempatan. Tetapi setelah sedekad dua….kegagahan squad menurun…..Dalam 15 tahun lampau di bumi Matahari Terbit ..bola sepak baru dipopularkan….ketika patique berada disana ..ramai yang menganggap penduduk dari tanahair Patique mampu bermain bola sepak dengan bagus….tetapi kini kita lihatlah sendiri kebanyakan pemain squad Sashimi maguro nie ..bermain di liga liga dunia…bersama team team yang mempunyai nama besar..hinggakan budak tak khatan lagi pun tau nama nama team tersebut disebabkan selalu menjadi sebutan kepada peminat peminat tegar dunia bola sepak. Walau apa pun squad Harimau Malaya nie nampak banyak kemajuannya…lebih dibanggakan dibawah bimbingan jurulatih tempatan.
Cuma sedikit terkilan ialah segelintir penyokong yang bermain main laser menganggu tumpuan pemain pemain . Tak payahlah kalau negeri kita menang pun akibat gangguan gangguan laser ini….pemain sudah main dengan baik…penyokong juga Patique berharap dalam menjadi penyokong yang bermoral.
Apa pun Selamat Maju Jaya kepada Pasukan Squad Harimau Malaya…..

No comments:
Post a Comment