Pada Sabtu yang lepas setelah ujian berakhir..maka Patique pun segera meminta diri untuk pulang kerana ada urusan yang perlu dilaksanakan.
Semalam baru Patique tahu cerita sebenar dimana Baginda telah memanggil seluruh penolong ketua & ketua dayang/dayung dan bertitah sehingga 2 jam lamanya. Syukur Patique tiada disitu ketika kejadian kalau tidak mahu jadi 3 jam pulak. Then semalam Baginda telah memanggil seorang Ketua Dayung ini kerana keputusan ujian yang teruk dan pengiraan yang salah…dimana Baginda dan pembesar Berdarah Maharaja telah menjadi guru matematik selama 2 jam untuk mengajar Ketua Dayung tersebut. Patique pun tak sangka begitu slooowww sekali ketua Dayung dalam pengiraan….bukannya melibatkan kuasa atau pengkamilan…Cuma simple calculation campur tolak darab bahagi jer….Berita ini disampaikan sendiri oleh Pembesar Berdarah Maharaja setelah usai kami berexcercise digym. Pembesar Berdarah Maharaja juga bimbang dengan tahap matematik Ketua Dayung yang rendah ini. Bagi Patique NO COMMENT…sbab nak komen pun malas…ini semua pilihan Baginda bukan pilihan Patique…Baginda ynag beriya iya untuk menaikkan Ketua Dayung ini..padahal there are more capable persons that able to do better.
Setelah Ketua Dayung berada dibilik Pembesar Pulau Kalungga ..maka Baginda pun bertitah..tetapi introduction tidak tepat menyebabkan Ketua Dayung mengamuk dan mengambil keputusan untuk berhenti kerja….Kira suatu tindakan yang drastic…mendengar perkataan yang keluar dari mulut Ketua Dayung ini…maka Baginda telah sedikit terkedu dan mengubah strategi titahannya….dan keadaan dapat dikawal…tetapi I was stranded almost 1 ½ hour kat dalam bilik tu…Adoiiii…buang masa jer….
Ingakan cerita sudah selesai…rupa rupa nya…masih ader sambungan….Pagi tadi Ketua Dayung dipanggil kembali kebilik Pembesar Pulau Kalungga dan Pembesar Pulau Kalungga awal awal sudah cabut keluar…adakah macam tu…..Ini yang buat Patique hanginnn satu badan nie….
Kali ini Baginda memberi nasihat dan bertitah secara baik….maka Ketua Dayung pun kiranya dapat menerima titahan Baginda itu….
Patique tahu bukan kerana Baginda murka kerana gagal ujian yang membuat Ketua Dayung mengamuk…Cuma amukan itu adalah kerana Baginda mengungkit dan jika berlaku pada Patique pun …Patique akan mengamuk….Kalau dah buat baik ..tak yah mengungkit…Bukannya Ketua Dayung itu merosakkan Istana..Cuma gagal dalam ujian…dan ia perlu diperbaiki…Jika perbincangan hanya berkisar tentang ujian dan tanggungjawab Ketua Dayung sahaja ..Patique yakin amukan tidak berlaku…Ini cerita zaman TOK KADUK pun nak ungkit kembali….payahlah..sampai bila nak maju kehadapan.
Anyway harap cerita ini sudah selesai dan esok bermula hari yang baru . Semoga tiada lagi cerita berbangkit….
*** Ucapan terima kasih kepada tetamu yang hadir ke majlis makan tengahari pada hari minggu yang lepas ****

No comments:
Post a Comment