Semalam bermula dari jam 9.30 am Patique menghadiri mesyuarat Para Pembesar. Mesyuarat dihadiri oleh Baginda Matahari Terbit, Pembesar Pulau Kalungga, Pembesar Berdarah Maharaja, Memanda Menteri, Pembesar dari Negeri Matahari Terbit dan Pembesar dari Istana Kewangan. Mesyuarat berlangsung menjangkau ke jam 12.00pm dan masih belum selesai….ketika itu Patique dan Memanda Menteri terpaksa mengundur diri…kerana terdapat satu lagi perjumpaan di Bumi Bunga Orkid pada jam 1.40pm .
Perut telah terasa lapar..ketika melalui lebuhraya North South ..singgahlah Patique ke kawasan rehat jejantas….nasib tak baik…tutuplah pulak..kerana ader kerja kerja pembersihan…maka kami meneruskan perjalanan …ketika tiba dipersimpangan ke Bandara di Bumi Bunga Orkid tu…jalan sesak tidak bergerak kerana dengarnya ader kemalangan berlaku. Maka Patique pun mengambil lencongan ke jalan lain….kerana masa semakin suntuk…. diperjalan maka Patique singgahlah di sebuah petrol station nasional untuk grab a sandwich dan coffee sebagai pengalas perut. Perjumpaan berjalan dengan lancar dan amat membosankan…speaker cakap tak tau kemana..voice projection very bad….Content tak tau apa kebenda. Setelah usai perjumpaan seperti biasa ader ler..tea time…Masa tu Patiue belasah sandwich 4 keping dan currypuff sebiji…punya la lapar. Keluar dari tempat perjumpaan jam telah menunjukan hampir jam 4.00 pm .
Seperti dirancang Memanda Menteri pulang menaiki kenderaan Istana..dan Patique menuju kekedai camera …untuk menservey lensa idaman. End up I bought Macro & Wide Angle converter…bleh la…dari nak beli lensa yang harga mencecah 2400 hengget tu. Buat masa nie bersabar jer la dengan converter nie yang jauh jauh jauh lebih murah..hehehe. Setelah menghabiskan masa di Toko Camera ..maka pada jam 6.00 pm ..Patique pun berangkat pulang … meredah kesesakan lalu lintas ke teratak Patique.
Pada jam 7.00pm selamat tiba ker teratak dan terus bersiap untuk pulang ke kampung…Tepat jam 7.20 pm….bergerak kekampung dan tiba pada jam 8.00 pm …setelah menyelesaikan tanggungjawab …keluar untuk membeli makanan kerana Bonda terchenta…tidak mengasapkan dapur…maka tiada apa untuk santapan malam.
Tiba di teratak Bonda jam telah menunjukan jam 9.00 pm dan usai menikmati santapan malam jam menunjukan jam 10.00 pm …dan Patique melelapkan mata jam telah lepas jam 11.00 pm. Suatu hari yang agak memenatkan…….


No comments:
Post a Comment