Seperti biasa dalam perjalanan ke Istana Matahari Terbit , Patique pasti akan mendengar radio kegemaran Patique. Topic diperbincangkan pagi tadi adalah denda RM3K dan penjara pada mereka yang ditangkap melantak di public. Pada pandangan Patique lah..kalau denda RM10K sekali pun….tapi masih terdapat pintu belakang luas terbuka untuk kedai makan…maka berduyun duyun lah….jantan jantan yang uzur masuk untuk mentedarah. Thorough enforcement shall be done to prevent all Muslim to eat during daytime. Pihak berkuasa perlu menjalankan tugas dari kedai ke kedai….semak ke belukar…Include bar & lounge….Sbab mereka yang dogol & degil nie…pasti akan mencari tempat untuk mentedarah. Memang prevention cannot be done 100% but it may decrease the quantity. Itu tak termasuk akak akak yang katanya uzur..tetapi haraaam tak der apa pun…melantak sesuka hati jerrr…
Bagi Patique buatlah apa cara sekalipun …pasti perkara diatas sukar dibendung kerana asasnya ialah kesedaran untuk beramal…..Itu yang perlu di ketengahkan dulu…..pastinya mengambil masa tetapi dari 1 orang ke 2 orang….dari 2 ke 4 orang ….dari 4 orang ke 8 orang….dan seterusnya. Ini tidak cerita cerita membina iman nie ke ban kerana tak suka dengan pengajar dikatakan ada lencongan fahaman. Tapi kalau bab bab menyanyi nie dah nak naik meluat nak tonton…..tak kiralah adik adik, abang kakak dan terbaru pakcik makcik pun nak masuk pertandingan menyanyi gak…..cecukupla tu umur memasing dah masuk petang nak kesenja…ada hati nak melalak di TV supaya senasional mendengar….
Walau apapun meminjam kekata penceramah motivasi …. Fikir fikirkan & Selamat Beramal.
***** Lepas Nie Adik Adik Susah Lah Nak Belajar Mengaji Lagi …*****

No comments:
Post a Comment