Pepagi pada 01 Jul setelah Baginda menikmati juadah sarapan paginya…Maka Baginda memanggil Patique untuk mengumpulkan para penolong and ketua dayang. Titahnya akan diadakan ujian jawatan para penolong dan ketua dayang ini untuk memastikan mereka faham untuk melaksanakan tugas berdasarkan polisi polisi Istana, polisi Baginda dan matlamat Istana.
Jadi namapaknya para penolong dan ketua dayang ini tidak senang duduklah mengulang kaji …kertas kertas seminar yang lepas kerana bagi mereka yang tidak lulus akan diREHATkan dari jawatan buat sementara waktu..sebagai waktu RECHARGE katanya.
Tiada jawatan bermakna tiada elaun jawatan…gaji pun tinggal sikit….So diharap para penolong dan ketua dayang ini perlu berusaha mengulangkaji pelajaran agar tiada yang keciciran.
Bila ujian dilakukan…tidak diketahui..mungkin esok, lusa dan seterusnya.
***** Nak soalan bocor ???...Kena Tanya Patique..Tapi perlu ada pengerasnya..huhuhu****

No comments:
Post a Comment