Monday, October 17, 2011

Terjebak Menonton .....

Pada malam minggu yang lepas Patique ketika di kampung halaman….memandangkan Bonda ingin menonton satu pertandingan menyanyi ini…maka Patqiue pun terjebak didepan TV menontonnya….Pertandingan ini menyanyikan lagu lagu klasik….Itu bukan menjadi masalah atau pertanyaan di kepala Patique….karana lagu lagu klasik perlu di sebarkan juga kepada generasi muda….Yang menjadi pertanyaan nya adalah peserta peserta yang majoritinya KERTU …… Patique rasa yang 30an..Cuma sekerat dua jer…yang selebihnya 40an. 50an dan 60 an…..pacik makcik nie..Patique lihat tergelek gelek, tergoyang goyang..menyanyikan lagu klasik mereka….Adooiiiii…..Tak malu ker anak anak bila melihat ayah ker mak mereka..menyanyi….di kaca TV…dah tu satu Tanahair..menonton….kat sini Patique dengan terus terang…memberitahu Bonda..janganlah buat perangai macam depa tu..MALU….Kalau pertandingan tilawah ker apa ker….masuk takper jugak….Tak kiralah pandai membawa lagu ngaji ker idak….Ini tidak bangga dengan umur dah lebih setengah abad…Masih nak menyanyi…ader yang kata dari tahun dulu dulu lagi dah start menyanyi pertandingan…..Umur dah cecah 60 an….Macammana tu….
Patique bukan nak mengutuk ker apa…Klau dah anak anak muda pun sibuk nak masuk pertandingan menyanyi….Yang tua tua pun sibuk agak agak nak masuk pertandingan menyanyi….Bila lah bangsa nak maju…..Baik..masuk pertandingan general knowledge ker…kira banyak membaca….Bila ader pertandingan pertandingan sebegini….Tak pulak…depa nie nak masuk…kata dah tua…otak tak jalaan lagi…membaca pun tak ingat…..ALASAN…Dok menyanyi ingatlah pulak….
Walau apa pun…Ini dari pandangan Patique…Luahan hati Patique sebagai belia tanahair…Nak terima …terimalah….Klau nak marah marah lah…semua ader hak untuk memberi pandangan mereka…..Cuma Patique tidaklah berbangga jika melihat makcik pakcik nie…melalak dipentas…kerana Patique tidak nampak dapat menyumbang kearah kebaikan dan kemajuan negara….klau nak menyanyi gak…nyanyi jerlah kat umah…itupun PASTI ader jejiran tetangga yang mengata… “gamak tak ingat nak mati kot???” dan Patique pasti dengan perkara ini…

***** Tak tau nak komen bila tengok kebanyakan Makcik dan Pakcik penonton yang OVER bila camera shoot kat mereka ********

No comments:

Post a Comment