Monday, November 14, 2011

Tabi Ni Deru...

Tabi ni deru…bermakna ..keluar merantau…
Jadi itu pasallah..seminggu lebih blog nie tiada entri…huhuhu..
Bermula dari hari raya haji hari tu Patique dipaksa…pergi ke bumi Matahari terbit kerana ader urusan berkenaan program baru…yang perlu di terapkan ke Istana Matahari terbit ini…Walaupun berat hati Patique untuk pergi..namun digagahi juga demi tugas…..
Pesawat terbang 10 minit kurang jam 11 malam…..menuju ke destinasi….dan tiba di bumi Matahari Terbit jam 6.40 waktu tempatan…Perkara utama setelah melepasi immigresen ialah….membeli tiket keretapi….Setelah usai mambeli tiket keretapi ..maka..Patique pun turun ke basement menunggu keretapi jam 8.16am.
Tiba di destinasi jam menunjukkan pukul 1.13 pm…Maka dengan kurang ehsannya…Patique dibawa ke Istana Besar Matahari terbit dan terus memulakan tugas…Bayangkan dengan semalaman tanpa lena….Naik keretapi…sampai ke Tokyo..then tukar platform ..menunggu next train lagi…sampai sampai kena terus bertugas….Gila ker apa????
Seminggu Patique berada disana menghitung hari bilakan tiba hari minggu untuk pulang ke tanahair tercinta….Sadis …..berada disana yang menyerokkan hanya satu iaitu..Ketika ini musim luruh..dan Patique memang gemar musim ini kerana dedaunnya berwarna keemasan ketika disimbah mentari senja…..and this is the only season I love to be in oversea…hehehehe…

Walau apapun….Pada ahad jam 2.00am ..waktu tanahair…Patique bangun dan menaiki taxi jam 3.00 am menuju ke lapangan terbang Matahari Terbit….kemudian tiba disana pada jam 8.00 am….Pesawat bertolak pada jam 12.30 pm…dan tiba pada jam tanahair pada jam 6.30 pm.
Hari ini pada seperti biasa Patique pergi bertugas ke Istana Matahri Terbit  walaupun tanpa rehat yang cukup…dengan kesedaran selagi bekerja dengan orang selagi itulah..kena berusaha mengikut rentak yang dikehendaki…Apa nak buat dah rezeki masih disini …walaupun Abang La pun tak kerja seteruk Patique…..Stresssssss!!!!!!!!!!!!!!!!


No comments:

Post a Comment