Friday, August 5, 2011

Pasar Ramadhan

Hari nie masuk hari ke 5 Ramadhan.  Syukur 4 hari Ramadhan telah selamat ditunai.
Seperti tetahun yang lepas…Bila bermula Ramadhan ..maka bermulalah Pasar Ramadhan di pelbagai kawasan. Kira seperti cendawan tumbuh selepas hujan…..
Hari pertama Ramadhan…Patique bersama Pembesar Berdarah Maharaja singgah ke Pasar Ramadhan di Taman Ehsan…Waduhh waduhh…..Orang punya la ramai ..bersesak sesak hinggakan nak tengok makanan pun susah…yang nampak orang jerrr lalu lalang…
Seperti  Ramadhan yang lalu…maka di first Ramadhan nie..Patique nak lah..menjamah murtabak dan roti jala…..Maka setelah berhimpit himpit digerai murtabak..dapat murtabak yang diidamkan…roti jala lak…hmmm nasib baik dapat last stock….
Hari kedua Ramadhan ..Patique singgah di Sebelah Stadium Selayang….Besar lebih kurang dengan Pasar Ramadhan Taman Ehsan…Tapi food variation is more than Taman Ehsan.   Hari kedua Patique membeli…Popia Basah, Sata dan Dim Sum….Seronok tak terkata kerana dapat menikmati Dim sum ketika berbuka puasa….Bayangkan dengan 9 hengget dapat 16 biji…kira semua dapat makan dengan puas…Hari ketiga singgah membeli di Pasar Ramdadhan Rawang bersebelahan bangunan MPS tu…Peniaga ramai..tetapi kawasan agak sempit menyebabkan sukar untuk membeli makanan dan tak der pulak makanan yang betul betul menangkap kalbu makan ku….Patique membeli murtabak dan kuih tepung pelita. .. Hari keempat…Maka singgahlah Patique bersama Pembesar Berdarah Maharaja ke Pasar bersebelahan Stadium Selayang…Dahl ah hujan..lepas tu tiada Pasar Ramadhan kerana hari khamis adalah hari pasar malam…agak mengecewakan ..kerana tak banyak pilihan untuk juadah berbuka….Jadi Patique hanya membeli sata dan air soya sejuk…..hari nie nak kemana pula yer……Bukan apa nak pergi tempat tempat lain…dahlah petang hujan selalu….jadi agak terbatas untuk menyinggah di pasar pasar ramadhan yang lain….
Teringin nak pergi ke Pasar Ramadhan Taman Tun ….Jalan meow meow…( Jln Kuching ) ..tetapi dengan masa yang terbatas dan kesesakan lalulintas yang agak kronik…Patique lupakan sahaja niat dihati.

No comments:

Post a Comment