Tuesday, August 9, 2011

Bengang !!


Seperti dijangkakan…rupa rupanya Baginda  Matahari Terbit berangkat pulang ke negeri halamannya pada malam ini hingga bila tidak diketahui.
Baginda berangkat keluar dari Istana dalam jam 11.00 am dan Pembesar Pulau Kalungga pula berangkat keluar makan kot? Pada jam 11.30 am …dan hingga kini ketika jam menunjukan waktu 4.15 pm…masih belum pulang ke Istana…..Ini lah yang membuat Para pembesar lain, Panglima, Hulubalang dan dayang dayung tidak berpuas hati….Padahal ketika ketiadaan Baginda di Istana ….segala urusan Istana perlu di sandang oleh Pembesar Pulau Kalungga..Kalau tidak masakan perlu dibayar kadar upah yang berganda ganda tingginya…jika tidak mahu membuat tugasan letak sahaja jawatan.
Selalunya dan kebiasaannya..Jika Baginda tiada di Istana maka Pembesar Pulau Kalungga mengambil kesempatan tiada di Istana..segala urusan Istana diuruskan oleh Pembesar Berdarah Maharaja…dahlah kadar upar separuh dari Pembesar Pulau Kalungga tetapi tanggungjawab mencecah dua kali ganda kerana adernye Pembesar yang pandai memanupulasikan pembesar lain.
Masing masing kini memedam marah didalam jiwa..untuk dilepaskan…tetapi selagi Baginda berkuasa di Istana…..selagi itulah pembesar Pulau Kalungga ini akan terus sesuka hati keluar masuk Istana macam BAPAK dia yang punya…..Lepas tu bila sampai di Istana komplen itu dan ini kekononnya buat kerja ….MENYAMPAH, MELUAT.& MEMEME apa apa lagi bersarang dihati Patique nie.
Tapi nak buat camner..Patique sekadar hulubalang jer di Istana….diambil tombak dan keris dari Patique hilanglah kuasa….Yang boleh dilakukan bersabar…kerana Patique percaya suatu hari nanti Istana akan terbalik dan waktu itu…Pembesar Pulau Kalungga akan tahu tinggi rendahnya dunia. …HAHAHAHAHA ( Ketawa jahat )


No comments:

Post a Comment