Monday, August 8, 2011

Cuti Raya…


Pagi tadi Patique masuk lambat ke Istana…kerana menghantar ayahanda Patique ke Hospital untuk  pemeriksaan matanya.  Tiba di Istana Matahari Terbit…jam telah menunjukan 12.45 pm dan berita terhangat ialah berkenaan cuti raya……Macam biasa setiap tahun kalau bab bab cuti nie…memang amat menyeksakan…..Yang Patique dengar telah diberi 2 options….


Option 1 :
            
              Bercuti dari 29 hb Aug ke 02 Sept ( dari Isnin ke Jumaat ) tetapi kena hadir kerja pada 28 hb Aug dan 04 hb Sep ( Ahad ) sebagai replace cuti pada 29 Aug dan 02 Sep. Bagi Patique tiada masalah..kerana hari apa pun Patique bekerja kadar upah totaaaappppp samo jer. Pada 03 Sep ( Sabtu ) waktu kerja biasa.
Tetapi kesian pada mereka yang dikira 2X kadar upah jika bekerja di hari Ahad…..Sepatutnya replace untuk satu Ahad sahaja kerana ia dibayar 2X …tetapi apakan daya..kalau dah dasar komunis tu tetap komunis.

Option 2 :

            Cuti pada 30hb Aug, 31hb Aug dan 01 Sep ...mengikut calendar dan tiada pengambilan cuti tahun sebelum dan selepas yang dibenarkan…Jika mengambil cuti  pada sebelum atau selepas… Maka gaji akan di potong seperti dibawah:
 
             1. Pembesar                        1000 hengget /sehari
             2. Panglima/Hulubalang        500 hengget /sehari
             3. Ketua Dayang /Dayung     300 hengget /sehari
             4. Para Dayang/Dayung       Unpay leave

Ini tidak temasuk BONUS yang akan dipotong pada hujung tahun ini jika mengambil cuti seperti diatas.

Conclusionnya…ikut kata Patique….Kalau pembesar Pulau Kalungga nak cuti berapa hari cutiiiiiiiiii laaaahhhhh tanpa potongan sebab pandai putarrrrr alam….Kalau Pembesar Berdarah Maharaja ….KEMUNGKINAN akan dipotong seperti diatas + bernanah telinga dengar tarbiah Baginda.  Panglima/Hulubalang dan Ketua Dayang/Dayung pulak SURE = PASTI  tindakan diatas kan diambil + tarbiah + kaunseling paksa berjam jam oleh Baginda.
So you have NO ACTUAL OPTION….Every OPTION you’ll loose…anyway just choose the most suitable even it will not fit you 100 %.  As long you are working with this DAMN Istana Matahari Terbit ini …selagi itulah..kena bersabar walaupun sebenarnya tahap kesabaran tu nak menipis.


****** Tengah beristifar banyak banyak sambil hidung kembang kempis menahan  amarah & gelora dijiwa *******


No comments:

Post a Comment