Friday, August 5, 2011

Jari Jari Ku


♪♪Jari jari ku hilang semua kerna bermain mercun harammm♪♭♪…..♪♪Tapi nak buat macam mana sbab nafsuku tak leh tahan……♪♭♪. ( Nyanyi  rentak ala ala lagu Jari jari ku sakit semua kerna bekerja siang dan malam……. ). Semalam baru hari keempat Ramadhan dah ader 2 orang yang putus jari kerana bermain mercun. Mangsa pertama ketika pembukaan Ramadhan berumur 20 tahun dan mangsa kedua setelah masuk 3 Ramadhan berumur 19 tahun.  Menjadi persoalannya budaya kitakah bermain mercun ini…..Setahu Patique budaya bermain mercun ini adalah dibawa oleh masyarakat Cina untuk menakut nakutkan hantu dengan membuat bising……Tapi bagi budaya masyarakat kita …budaya ini sepatutnya tidak wujud dan menjadi ikut ikutan dari budaya lain….Mana ader hantu setan di bulan Mubarak nie…bukan semuanya telah diikat kerrr….Cuma kalau nak halau pun hantu setan kepala hitam jer…huhuhu….Jika dilihat mangsa putus jari jemari ini adalah semuanya dah habis sekolah…Tapi tak tau lah kan sekolah tahap apa….Setiap tahun dah disebar senasional mangsa mangsa yang cukup sifatnya tetiba dah jadi tak cukup sifat disebabkan suka bermain mercun ini.  Zaman Patique kekecik dulu pun dah ader pelbagai mercun.. Seingat Patique sekadar bermain bunga api yang guna batang besi tu….lepas habis terbakar..celup dalam air…Pas tu ader satu lagi bunga api yang keluar banyak asap bila terbakar tu…..Tapi bila dah besar skit rasanya dah tak main dah sebab dikatakan melanggar undang undang…..mercu mercun yang meletup letup tu seingat Patique tak pernah main…apakan lagi meriam buluh yang membingitkan tu.
Tahun ini tak tahulah ader ker idak mangsa meriam buluh atau paip nie….yerlah seingat Patique setiap tahun ader jerrr…yang hilang anggota badannya …angkara bermain mercun dan meriam nie.
Rasa rasanya ader tak kita dengar mangsa mercun atau bunga api ketika Chinese New Year ataupun Deepavali…..Yang selalu kita dengar ketika hari raya jer….Patique pun tak paham … Kaum negeri Patique nie yang memang kalau mengikut budaya orang tu dia yang nombor satu….Contohnya kalau nak menjadi Mat/Minah Salleh tu…dia melebihi Mat / Minah Salleh Ori….. Rambut lebih karat dari biasa, mata lebih biru dari laut, pakaian lebih seksa dari apa yer???....Tapi kulit kalau dah tahap sawo tu…sawo gak ler….. Ialah perkara yang hendak disampaikan ialah….klau nak amik budaya tu…amik yang elok yang molek….mana yang tak berkenaan tu takyah leh nak ceduk gak masukkan dalam budaya kita….

***** Diasah Oleh Budaya Timur *****

No comments:

Post a Comment