Wednesday, February 2, 2011

Bila Tuan sama dengan ternakannya ….

Semalam ketika Patique pulang dari kerja….hujan turun dan pemandangan tidak begitu jelas.    Sedang Patique asyik mengalunkan lagu kegemaran Patique sambil memandu ..tetiba terpaksa menekan brek kecemasan.

Ini kerana berekor - ekor lembu sedang melepak dan berpiknik ditengah tengah laluan.
Sekarang nie dah masuk zaman Millenium….bukan zaman dahulu lagi…
Kenderaan pun dah banyak dijalanraya…..takkan Tuan Lembu ini pun otaknyer sama sahaja dengan lembu lembu nyer.
Berfikir panjang la sikit…kalau lembu itu dilanggar kereta… tak ker rugi…lembu mati, kereta rosak…..kalau motor yang langgar silap haribulan…dengan penunggang pun boleh maut.
Ini tidak..dah lah tak bayar cukai jalan…lebih lembu lak dari kenderaan…
Kenderaan lak yang kena mengelak….Tuan lembu yang cam lembu tu pun buat tak tau jer…nak ajer Patique mencarut….disebabkan kurangnyer kesedaran perkara perkara yang nampak remeh tetapi besar pengaruhnya.

Kalau nak bela lembu ker kambing ker kuda ker….kenalah sediakan kandang…dan tempat ragutnyer sekali…janganlah dilepaskan haiwan haiwan ternakan anda berleluasa di jalan jalan raya….kerana ia membahayakan pengguna jalanraya itu sendiri…
Kalau dilanggar …boleh ker pemilik kenderaan membuat tuntutan insuran kepada lembu tu….Tuan punya lembu sure lari atau buat havoc kat tempat kejadian….padahal salah Tuan Lembu itu sendiri yang sama macam lembu gak tak boleh berfikir.

Patique hanya memberi teguran…tetapi terpulang kepada Tuan Lembu yang melakukan perubahan…..Ingat la…Jalan raya bukan tempat lembu dan kambing bersidai.
Biarkan letak sesuatu kena pada tempatnyer….Lain la..kalau lembu dan kambing pun ader sticker Cukai Jalan terlekat kat dahi ..masa tu tak boleh la Patique bersungut kerana haiwan nie pun ader hak dijalanraya sbab bayar cukai jalan.

Lembu dan Kambing memang pasti ader OTAK tiada AKAL…..Bagaimana pula Tuan Empunya Lembu dan Kambing nie????

Jangan sampai Tuan Empunya pun sama jer ngan haiwan ternakan mereka….

No comments:

Post a Comment