Wednesday, February 16, 2011

Jika Nyawa Tidak Berharga…..

Bila korang memandu selalu tak korang tengok jejantas pejalan kaki di jalan raya???
Perasan tak korang yang dimana pejalan kaki melintas???
Pejalan pejalan kaki nie melintas dibawah jejantas bukan mengunakan jejantas yang dibina beribu ribu harganya tu. Agak agaknya lah…pejalan kaki nie ingat jejantas pejalan kaki tu  adalah susur atap kot…tu pasal lah diaorang jalan kat bawah jejantas tu mengelakkan dari panas atau hujan…bukan menggunakan jejantas tu untuk melintas jalan demi keselamatan diri. Kalau tak diaorang ingat tu monumen dijalanraya..sajer buat perhiasan…kalau tak jalanraya kosong …. boring lak…kan..

Patique cukup geram bila pejalan pejalan kaki nie…selamba BADAK jer..melintas jalan yang sibuk…rasa rasanya nyawa diaorang nie…tiada harga agaknya.
Kenapa Patique mengatakan demikian ..ialah..kalau berharga mesti keselamatan diri diutamakan dahulu….mesti diaorang guna jejantas atas untuk laluan ke seberang.
Ini tidak tak cukup dengan diri sendiri…siap bawak anak & keluarga sekali..sama sama kamikaze…di jalanraya.
Kesian anak anak diaorang…dah tak mampu membuat pilihan…so ikut jer…mak bapak yang nak mati katak kat jalanraya tu.

Alasan tidak menggunakan  jejantas laluan menyeberang nie  Cuma satu jer
…IAITU…malas nak naik tangga leceh amik banyak masa…ikut bawah lagi cepat.
tapi kalau dah kena langgar…lebih cepat anda ke Batu Dua.

Adakah malas itu harga nyawa korang….sebegitu murah ker nilai nyawa yang dikurniakan tuhan kepada korang ????  Bukan setakat nyawa korang…nyawa keluarga korang pun korang nak letak discount ker???  Ingat nyawa dia orang bukan milik anda..milik diorang …so jangan korang gadaikan nyawa keluarga korang hanya kerana nyawa korang dah tiada harga.

Setiap orang cuma dikurnia satu nyawa sajer…jadi jangan persiakan nyawa untuk perkara sia sia…..Kalau korang dah rasa nyawa tak bernilai…pergi join asoka tu..pertahankan negara…kalu terkorban pun dah berjasa..dari mati katak kat jalanraya..paling kuat leh masuk berita waktu perdana…lepas tu orang menonton maki tak ingat….sbab kebodohan korang buat…melintas tak gunakan jejantas.

No comments:

Post a Comment