Wednesday, February 9, 2011

Bila Banyak Sangat Nakhoda…….

Hari ini di Istana Baginda Matahari Terbit..seorang dayang telah rebah ketika melakukan tugas nya. Gempar la seketika di kawasan tempat dayang itu bertugas..
Maka Pembesar Berdarah Maharaja telah mengangkat dayang ini ke kawasan rehat…dan dayang dayang yang lain…sibuk cuba menyedarkan dayang yang rebah itu.
asiafinest.com
Pembesar Berdarah Maharaja itupun segera ..membawa dayang berjumpa tabib yang berdekatan dengan menaiki kuda putih kepunyaan Istana Baginda Matahari Terbit baka tempatan.
Ketika ini seorang lagi pembesar iaitu Pembesar Pulau Kalungga tiada di Istana kerana mempunyai banyak urusan peribadi perlu diuruskan.  Pembesar Berdarah Maharaja ini telah melaporkan kejadian itu kepada Pembesar Pulau Kalungga dengan menggunakan alat telekomunikasinya yang bercap buah epal itu.  Setelah melaporkan kejadian itu…Pembesar Berdarah Maharaja ini telah memerintahkan seorang pacal memanda menteri untuk menbawa dayang itu dengan seekor lagi kuda putih kepunyaan Istana Baginda Matahari Terbit baka import ke tempat  tabib tabib pakar.
southernhistory.net
Bersama dayang yang rebah tadi..ada Bonda, Dinda dan wakil dari Istana Ketua Dayang Tidak Disayangi pergi bersama.  Setelah mendengar Ketua Dayang Tidak Disayangi pergi bersama ke Pusat Pakar Tabib …maka Pembesar Pulau Kalungga pun bising …dan bertanya kenapa Ketua Dayang Tidak Disayangi perlu pergi sekali….Dijawab Pembesar Berdarah Maharaja bahawasa pihak Istana Baginda Matahari Terbit perlu bertanggungjawab kerana ia berlaku didalam Istana.  Berlakulah sedikit pertengkaran diantara pembesar pembesar ini …..Patique sebagai hulubalang..hanya melihat peristiwa yang berlaku diantara mereka.
Bagi pendapat peribadi Patique…Adalah betul tindakan yang diambil oleh Pembesar Berdarah Maharaja itu…kerana jika berlaku sesuatu yang tidak diingini ia akan melibatkan pihak Istana Baginda Matahari Terbit.  Pembesar Pulau Kalungga pula tidak boleh semborono memarahi Pembesar Berdarah Maharaja…kerana dia pun tidak berada ditempat kejadian…kerana disibukan dengan urusan peribadinya sahaja.
Kepada Pembesar Berdarah Maharaja…Patique sokong tindakan anda…..Kepada Pembesar Pulau Kalungga ..ia adalah tugas UTAMA anda dan anda sepatutnya berterima kasih kepada Pembesar Berdarah Maharaja.
indoflyer.net
Inilah masalah jika ada banyak nakhoda didalam sebuah kapal….!!!!!!

No comments:

Post a Comment