Pada Ahad lepas Patique singgah ke pusat pengisian bahan api nasional negeri Patique.
Cuaca pada hari itu …hujan dari subuh membawa ke malam….
Patique tiba di pusat pengisian pada jam …dan keadaan disitu agak sibuk dan banyak kenderaan ingin mengisi bahan api.
Maka seperti biasa Patique pun beratur seperti kenderaan lain….
Didepan Patique ada sebuah Viva putih WTV XXXX. Pemilik kenderaan ini telah keluar dari kereta dan ingin kekaunter pembayaran…baru sahaja melangkah..kenderaan didepan Viva ini bergerak meninggalkan pam…Pemilik Viva ini bergegas kembali ke kereta..dan memakir Viva nyer di pam hadapan…kerana…memikirkan banyak kenderaan yang beratur dibelakang nyer dan memberi kemudahan kenderaan lain untuk mengisi dipam belakang nyer….
Patique amat terharu dan berterima kasih kepada pemilik Viva ini yang amat considerable…walaupun lelaki ini masih didalam lingkungan 20 an …tapi sudah boleh berfikir untuk kesejahteraan semua.
Berbeza dengan pemilik kenderaan disebelah yang begitu mementingkan diri….Harap jer kereta besar Camry baru…berpakaian kemas tetapi pemilik nyer Patique rasakan agak bongkak….
Bayangkan…setelah memakir kereta nyer dipam…dibiarkan sahaja pintu kereta terbuka…dan menghalang laluan MYVi hitam dibelakang. Maka MYVi hitam tu terpaksa menunggu…dan juga melewatkan kenderaan lain dibelakang untuk mengisi bahan api…. Kepada. Tuan punya Camry Putih WTS XXXX…..cuba la berfikir panjang sikit….ingat bukan kereta anda jer..nak mengisi bahan api…bukan anda sajer yang nak cepat…orang lain pun sama juga…..Ramai lagi yang Patique lihat berkereta besar…waktu itu…tapi X lah sengal macam ko..walaupun dah berumur….tak boleh dibuat teladan langsung.
Kepada tuan empunya Viva putih WTV XXXX ..teruskan amalan mulia anda dan Patique doakan kesejahteraan anda..semoga suatu hari nanti anda memandu kereta lebih gemilang dari Camry sebelah tu….HEHEHE

No comments:
Post a Comment