Hari ini telinga Patique menangkap sebaris ayat yang diucapkan seorang Pakcik.
![]() |
| 4a4b.wikispaces.com |
Katanya “ Cukup Bekalan Tidak Cukup Perhatian ”.
Ayat ini benar jika difikirkan…bagi satu Pihak tetapi tidak kepada satu Pihak yang lain
Anak anak kini memang cukup bekalan untuk kehidupannya..kerana ayah dan bonda bekerja keras setiap hari untuk memenuhi kehendak prasarana anak anak tetapi sesuatu yang hilang iaitu perhatian kasih dan sayang.
Tetapi cuba fikirkan pulak bagi ayah bonda yang cuma mampu memenuhi keperluan asas anak diorang. Mereka pun terpaksa bekerja keras setiap hari.
![]() |
| toybook.com |
Yelah…makan minum bukan murah sekarang nie, tak termasuk bil bil lagi, belanja sekolah anak lagi, tuisyen anak lagi…bukankah semua itu memerlukan wang yang banyak …Jadi ayah bonda terpaksa ler keluar pagi pulang malam …untuk dapatkan wang kerja lebih masa. Bila yang masa nak beri perhatian kepada anak anak.
![]() |
| kingofwords.com |
Tak termasuk juga..kalau bekerja disyarikat kuku besi….semua cuti umum nak kena kerja….waktu tu la..anak anak boleh habiskan masa dengan ayah bonda……tetapi ayah bonda diPAKSA bekerja diwaktu waktu libur….Kalau tak kerja waktu waktu ini nanti kenaikan terbantut…..belum lagi dipanggil pihak atasan kerana kononnya tidak memberi kerjasama dengan syarikat…hanya mementing keluarga dan diri sendiri.
Nie Patique nak bagitau kat syarikat kuku besi nie….
Dah la hari hari tak nampak matahari……sampai Sabtu pun kena balik petang…Cuma ader Ahad jer….itu lah waktu..nak cuci baju..itulah waktu nak kemas umah…itulah waktu nak rehat…itulah waktu nak bawa anak anak berjalan. Semua nak kena buat dalam satu hari. Patique bukan berbicara disini secara semborono….Ini adalah pengalaman Patique and my observation kepada mereka yang berkerja disekeliling Patique.
So kepada Pakcik yang bercakap cukup bekalan tak cukup perhatian tu…memang betul…Tapi Pakcik kena ingat…dunia hari ini…memerlukan wang…kalau tidak hidup macam kucing terbiar. Jadi Pakcik bukan sekadar cakap yang Patique perlukan..tetapi penyelesaiannya….Bagaimana Pakcik ada berani ka???
Jadi Pakcik jangan lihat satu belah sahaja….kena lihat sebelah lagi…baru balance Pakcik nak buat statement. Sekali lagi Pakcik keluarkan jalan penyelasaian nyer bukan hanya menyalahkan satu Pihak sahaja.



No comments:
Post a Comment