Wednesday, February 9, 2011

Allloooooo Perempit……

Setiap kali Patique memandu ader sajer perempit yang tidak tahu undang-undang jalanraya.  Bagi pandangan Patique bukan semua perempit itu adalah muda belia yang memakai T-shirt & jean. Seperti yang selalu digambarkan di layar perak atau televisyen.





Mereka yang berpakai kemas berbaju formal juga merempit tidak ingat dunia.
Lebih lebih lagi ketika waktu puncak pergi dan pulang kerja.
Amatlah bahaya mencelah celah diantara kenderaan besar dan membawa orang tersayang bersama merempit laju.
Jika salah lah pandangan Patique…cuba korang lihat ketika waktu puncak..bagaimana penunggang - penunggang ini menunggang motosikal mereka.
Tidak pernah ker korang mengalami handle motor tu berlaga dengan side mirror kereta korang. Dah tahu lorong antara kereta itu sempit gagah lagi nak menyelit-nyelit lepas tu habis side mirror kereta orang dan pintu kereta calar balar.

flickr.com
Satu lagi ketika berhenti dilampu merah….penuh motosikal dihadapan berderet deret beratur ala ala Cup Prix..…dan ada dikalangan diaorang lampu masih merah lagi dah memecut melanggar lampu merah.  Nie Patique nak ingatkan “ MERAH TANDA BERHENTI ”  Di buat ader kenderaan lain yang datang dari arah lain melanggar penunggang nie..tak ker syahdu. Tinggal la anak isteri, mak bapak meratap sedih….tapi korang merempit tak ingat.  Itu kalau korang maut….kalau korang cacat lagi la syahdu…sbab menyusahkan orang lain kena jaga korang seumur hidup.

flickr.com
Belum lagi penunggang motorsikal yang kamikaze…selamba BADAK jer…mengikut jalan bertentangan… Korang ingat…klau bayar cukai jalan tu...boleh buat sesuka hati ..ikut suka mak ayah korang jer nak ikut lorong bertentangan.

Disebabkan perkara-perkara diatas nie la…Patique tak heran saban tahun semakin ramai Mat & Minah Rempit dijalanraya..sebab kebanyakan yang melakukan perkara perkara diatas tu dah kira berkeluarga…so anak anak nak ambil contoh siapa….
“ Likes Father Likes Son, Likes Mother Likes Daughther, Like Parents Like Children ” la..

from web
Jadi kepada ibu ayah yang merempit saban hari waktu puncak tu…bersopan la di jalanraya…dan ingatkan anak anak anda yang menunggang motosikal ke sekolah memakai topi keledar dan jangan merempit.  Takut takut nanti elok elok masa depan jadi doktor, engineer & peguam sebagainyer…gugur ditengah jalan.  Anak anak ini masa depan negara…..Jangan sampai masa depan negara terjejas sebab ramai beliawan yang tidak berupaya disebabkan maut, cacat anggota dan terencat kerana merempit.
Sekarang dah ramai buruh asing ..jangan pulak masa depan nanti perlukan ramai professional pakar asing memenuhi pejabat dan syarikat melebihi rakyat tempatan hanya sbab tiang negara patah ditengah jalan.

No comments:

Post a Comment