Tuesday, February 22, 2011

3 Muka ????

Dinihari Patique mendengar kata kata dari Pembesar Pulau Kalungga mengenai 3 muka.
wikipedia.org
Selidikan Patique melalui wikipedia …kepercayaan Hindu menyatakan Dewa Visnu atau juga dikenali sebagai Narayana , merupakan Dewa Tertinggi atau Kenyataan Akhir bagi Vaishnavas dan satu manifestasi bagi Brahman dalam tradisi Advaita atau Smarta.
Dalam Trimurti, Dewa Visnu merupakan yang bertanggungjawab dalam pemeliharan Alam Semesta dengan peranan penciptaan dan pemusnahan  masing masing dibawah Brahma dan Shiva.
Jadi dilihat dari kepercayaan Hindu ini Patique membuat kesimpulan Dewa Visnu adalah Pencipta, Pemelihara dan Pemusnah dalam Alam Semesta. Kepercayaan Hindu mengangkat Dewa Visnu kepada satu kualiti yang tertinggi.

So korang letak ilmu diatas didalam kepala korang.  Yang ingin Patique sampaikan disini...di Istana Baginda Matahari Terbit ini ramai yang mempunyai 3 muka....
Tetapi didalam erti kata sebaliknya dan HARAMMM tiada kualiti untuk dibanggakan.
Jika pepatah mengatakan TALAM 2 MUKA...sudah menunjukan kekejian ...apatah lagi 3 muka..lagilah keji.
Mereka yang dimaksudkan mempunyai 3 muka ini seperti sangat suka memihak kepada mana mana belah yang dibicarakan...kalau sekadar mengiakan sahaja masih boleh tahan lagi...tetapi siap tolong tambah garam, gula, kicap dan ajinomoto untuk lebih berperisa.
Dia pulak yang lelebih...tukang cucuk sana sini...untuk melaga lagakan pelbagai Pihak.
Itu baru 2 muka....dan muka yang ke 3 adalah diri dia yang sebenarnya...yang mana tidak satu pihak pun tahu apa yang ader dalam kepala otak dan hati dia.

Orang orang sebegini MEMANG tidak boleh diberi kepercayaan langsung.....berkawan pun Patique tidak hingin. Bak kata orang Utara negeri Patique ...Tak Kebuloq Ehhh Chek Nak Kawan Ngan Depa !!!!!
Diaorang nie suka tikam menikam....ala ala main tikam tikam masa kecik kecik dulu...dengan harapan boleh dapat HABUAN kepentingan sendiri.

Nie ...Patique nak nasihat kat korang....udah udah ler...bermuka muka & muka tuuuu...
Cukup cukup la...JANGAN sampai satu hari nanti korang lak..yang kena tikam bertubi tubi...sampai lunyai . Tetapkan kedudukan dan yakin dengan ketetapan korang tu.
Ini tidak...sibuk bermuka muka & muka sampaikan...dah tak der yang percaya.
Kat sini korang cakap lain...Kat sana korang cakap lain...Kat diri sendiri korang cakap lain. Korang pun tak boleh nak percaya diri korang sendiri sbab banyak sangat muka nak dihadapkan. Ingat la...Manusia 3 muka ini tidak kemana kerana tidak dapat focus kemana perlu ia pergi...kekiri kekanan mahu pun kedepan...akhir tetap kat satu point tu sajer.


So kenapa Patique mengeji orang yang 3 muka nie....adalah kerana alasan diatas....
Dan Patique percaya penganut agama Hindu juga mengeji mereka yang bermuka 3 tiga kerana mereka hanya MANUSIA  yang suka menghancurkan ketenteraman di Istana Baginda Matahari Terbit ini. 

No comments:

Post a Comment