Sejak kebelakangan ini sebuah Negeri Pemimpin Badwi pula di serang oleh Negeri Pakcik Sam dan sekutunya. Yang peliknya kenapa la..Negeri Pakcik Sam ini tidak sudah sudah nak campurtangan hal hal orang lain.
Yang patut dibantu tak nak bantu pun...sibuk pergi serang negeri orang yang tak perlukan bantuan. Patique bukannya tahu bebenor tentang politik dunia nie....tapi dari kaca mata Patique yang tak berapa pandai ini....Kenapa Negeri Sebelah Laut Maut itu tidak dibantu sebaliknya menyokong pihak Negeri Bucu Lima yang kuat pula bersetongkol menindas yang lemah. Negeri itu lebih memerlukan bantuan kerana kekurangan makanan, peralatan , infrastruktur dan senjata melindungi negeri. Negeri Sebelah Laut Maut ini hanya menggunakan batu batuan sebagai senjata untuk mempertahankan tanah air tercinta....sebaliknya pihak lawan lengkap senjata yang canggih manggih untuk menjajah tanah bukan milik mereka.
Negeri Binaan Segitiga sudah jatuh kerana pemimpinnya yang haloba menyokong mereka yang menjajah ini.
Sekarang ini Negeri Pemimpin Badwi pula yang menjadi mangsa...kerana Negeri Pakcik Sam sudah campurtangan denagn alasan tentera Negeri Pemimpin Badwi ini membahayakan orang awam katanya.
Ceh...asyik asyik alasan yang sama ...selepas tu apa yang jadi pada Negeri itu...Jadilah seperti Negeri Bekas Pustaka Dunia ...dimana hingga kini masih tidak mampu untuk berdiri memerintah negeri sendiri...kerana campurtangan Negeri Pakcik Sam dan sekutunya.
Dah la...Negeri Matahari Terbit hancur disebab bencana alam...kini Negeri Pemimpin Badwi pula akan hancur disebab bencana kuasa manusia.
![]() |
| wikipedia.org |
Apalah nak jadi dengan dunia ini......??????
*** Patique Yang Hanya Mampu Memerhati ***

dunia sedang bergolak.. panas dek kerana tiada penyejuk... bila jiwa2 dah mengingati Yang Esa... tiada damai menerpa... semuanay panas panas panassssss
ReplyDeleteItulah masalah nyer...Negeri sendiri tunggang langgang...sibuk dengan negeri orang lain....
ReplyDeleteBak kata pepatah..kain sendiri dah koyak rabak...tak nampak...sibuk jaga tepi kain orang lain..